10 Cara Tangani Insomnia Semasa Hamil

Rata-rata wanita akan mengalami masalah tidur di waktu malam semasa mengandung. Insomnia atau kesukaran untuk tidur ini, akan membuatkan ibu kerap terjaga di waktu malam dan sukar untuk lelap semula. Ada juga yang boleh tidur tetapi akan berasa sangat penat apabila sudah bangun keesokan harinya, serupa macam tak tidur juga. Huhu

Banyak faktor yang boleh menyebabkan berlakunya insomnia ini. Faktor utama tentulah disebabkan oleh perubahan fizikal badan semasa mengandung. Menurut kajian, kualiti tidur akan semakin merosot apabila memasuki trimester kedua dan ketiga. Ini kerana apabila bayi semakin membesar di dalam kandungan, ibu mengandung akan mengalami kesukaran untuk mencari posisi tidur yang selesa.

Tekanan pada organ dalaman yang disebabkan oleh pengembangan rahim akan menyebabkan ibu sering sakit belakang, pedih ulu hati dan kerap membuang air kecil pada waktu malam. Semua ini menyebabkan ibu mengandung sering kehilangan tidur yang mencukupi atau susah untuk tidur. Belum masuk lagi morning sickness tak kira masa..

Cara Menangani Insomnia Tanpa Ubat

Oleh kerana ibu mengandung tidak digalakkan untuk mengambil ubat tidur untuk mengatasi masalah insomnia, ibu boleh mencuba cara-cara berikut untuk mudah tidur atau lebih selesa menghadapi masalah insomnia ini. Semulajadi, selamat dan berkesan, InsyaAllah ^_^*

#1 Pergi ke katil dalam keadaan mengantuk

Kadang-kadang ibu susah nak tidur sebab fizikal dan mental tak bersedia nak tidur. Jadi, bila ibu pergi ke katil bila dah betul-betul bersedia untuk tidur, peluang untuk cepat tidur lebih tinggi.

Nak tips ini lebih berkesan, elakkan mengambil minuman berkafein di waktu petang, jangan bersenam berlebihan di lewat petang dan jangan membuat,berfikir, atau berbincang tentang hal kerja di atas katil atau di dalam bilik tidur. Kesemua ini akan mengganggu proses otak kita untuk berehat.

#2 Jadikan bilik tidur se-selesa yang boleh

Persiapkan bilik tidur agar lebih selesa, nyaman dan sedia untuk merehatkan badan ibu yang penat. Pastikan suhu bilik tidak terlalu panas atau sejuk. Kain cadar pastikan yang lembut dan bersih. Pemilihan warna pun memainkan peranan juga, jadi bolehlah pilih warna yang lembut. Warna yang disyorkan ialah warna biru laut dan kelabu lembut. Tenang dan membuat ibu rasa mengantuk. Oh, lampu lebih elok dibiarkan malap.

#3 Comfort food

Ok, ini bukan bermaksud alasan untuk makan sebelum tidur ye. Comfort food as in light snack yang boleh membantu ibu, contohnya seperti susu suam. Segelas sudah memadai

#4  Jangan minum terlalu banyak air

Semasa hamil, ibu memang disarankan untuk minum air agar hydrated sepanjang hari. Namun begitu, cuba elakkan minum dengan kerap beberapa jam sebelum tidur. Ini untuk mengelakkan ibu akan kerap terjaga untuk ke tandas.

#5 Aktiviti Tak Berat

Admit it, semasa mengandung ni ibu memang akan banyak berfikir. Dari A sampai Z. “Baju suami tak seterika lagi, esok pakai baju ape ek? Emmm… Kalau baby girl *buka IG cari #aaisyahdhiarana* nak letak nama ape ye hihihi *google nama-nama bayi islam untuk perempuan* “

Bila dah nak terlelap……

“Eh, bile next checkup ye? *cari buku pink* Lusa???? Oohmai, esok kene apply cuti ni. Gahhh Hb naik sikit nauu ni. Ok, esok makan ikan bilis dan bayam banyak2! *nekad* “

Masa ni, dah nak pukul 1 pagi kot (-_-)”

Bila minda ibu terlalu padat dengan persoalan yang kekadang takde jawapan pun, lebih baik ibu alihkan perhatian kepada benda yang boleh buat ibu mengantuk. Membaca misalnya. Tak perlu bacaan yang berat seperti Starting A Business From Home. Contoh bacaan yang sesuai sebelum tidur ialah yang berunsurkan kerohanian, motivasi atau cerita.

Ataupun menonton televisyen. Pilih rancangan-rancangan yang tidak berat seperti drama ke, kartun ke, yang mindless kata orang – tak memberatkan otak.

#6 Senaman ringan

Berjalan atau berenang dapat membantu mengurangkan ketegangan badan ibu. Apabila badan berasa selesa, ibu lebih mudah untuk tidur lena di waktu malam. Untuk ibu yang sudah terbiasa bersenam, mungkin low impact exercise seperti prenatal yoga boleh diamalkan.

#7 Posisi tidur terbaik

Apabila kandungan sudah semakin membesar, bereksperimenlah ibu dengan posisi tidur yang sesuai. Mungkin dulu, menelentang sangat menyeronokkan tapi sekarang menyesakkan dada kerana organ dalaman terasa dihimpit. Sesetengah ibu akan mengiring ke kiri untuk membantu peredaran darah untuk bayi, ada yang suka letak bantal di celah kaki, dan ada juga yang suka letak bantal tinggi-tinggi.

Terpulang kepada keselesaan ibu ya. Tapi, kalau rasa nak tidur seorang sebab rasa sempit atau panas, sila berbincang dengan suami ye. Bincang elok-elok tau ^_^v

#8 Kongsikan masalah dengan pasangan

Jika ibu rasa anxious dengan hari yang bakal mendatang, tentang proses bersalin dan persediaan barang bayi misalnya, cuba kongsikan isu-isu tu dengan suami. Banyakkan bertanya kepada jururawat semasa checkup pun apa salahnya. Kalau nak tips berguna, boleh follow Bumpyella.com *eh* ^_^v

Yang penting, jangan pendam sangat dalam fikiran dan hati. Elakkan stress yang tak penting semasa hamil ni, sedikit sebanyak boleh memberi kesan emosi kepada bayi yang dikandung.

#9 Doa dan zikir

Susah sangat nak tidur, agaknya lupa baca doa tak? Haa, bacalah doa-doa sebelum tidur.. 3 Qul, Ayat Kursi, Bismillah 21x, Doa untuk suami, anak, keluarga.. doa seikhlas hati. InsyaAllah mudah untuk tidur.

Nak tips extra?

Memaafkan kesalahan orang lain sebelum tidur dan berdoa agar orang lain juga memaafkan kita. InsyaAllah Allah lapangkan hati dan otak kita

#10 Bangun je lah

Kalau semua tak jalan, ibu bangun je lah. Melawan keinginan untuk bangun akan menyebabkan ibu rasa lebih stress. Jadi, ibu buatlah ape-ape yang ibu rasa tak settle lagi. Lipat baju, susun buku, kemas kasut ke…

Kata orang tua, tak boleh tidur malam ni sebagai persediaan selepas bayi lahir. Mungkin ada benarnya di situ ^_^

SELAMAT MENCUBA! SEMOGA BERMANFAAT!

Leave a Reply

CommentLuv badge