10 Info Tidur Bayi Agar Lebih Berkualiti

Tidur merupakan elemen paling penting di dalam kehidupan awal bayi. Masalah kekurangan tidur boleh menyebabkan pelbagai masalah yang nampak kecil tapi impak yang sangat besar seperti :

• stress

• mengurangkan keupayaan untuk menumpukan perhatian  dan interaksi kepada persekitaran

• melambatkan perkembangan otak

• mengganggu perkembangan dan pembangunan sistem saraf pusat

• sistem imun dan kekebalan tubuh menurun

Kesemua masalah dapat diatasi dengan memastikan kualiti dan tempoh tidur adalah mencukupi. Bayi sememangnya memerlukan tidur dua kali ganda daripada orang dewasa. Kualiti tidur adalah penting, sama penting dengan pemakanan ibu yang membekalkan zat dan nutrien. Ibu dan bapa dapat memastikan kualiti tidur bayi dengan memahami sedikit sebanyak tentang perihal tidur bayi tersayang.

Info 1

Tidur bayi terbahagi kepada dua set kitar tidur : tidur nyenyak dan tidur aktif. Semasa tidur aktif (Rapid Eye Movement atau REM sleep), anda boleh melihat bayi anda mengagah, tersenyum atau berkerdip. Kemudian, barulah dia memasuki fasa tidur nyenyak iaitu Non-REM sleep. Ketika ini, perkembangan otak adalah pesat di mana sel-sel otak saling berhubung antara satu sama lain.

Info 2

Mandi air suam dan urutan dapat membantu bayi tidur lebih nyenyak.

Info 3

Selalu berjaga malam? Jangan risau kerana pada tempoh 6 bulan pertama, bayi masih lagi belajar menyesuaikan diri dan mematangkan corak tidurnya.

Info 4

Membedung bayi atau swaddling akan lebih membantu bayi untuk tidur lena tanpa terjaga kerana bayi cenderung untuk terjaga dari tidur walaupun kerana bunyi yang kecil seperti membuka almari baju! Bedung juga dapat membuat bayi rasa lebih tenang seperti di dalam rahim ibunya.

Info 5

Tidur yang cukup dapat mengurangkan risiko masalah kesihatan dan tekanan perasaan bayi.

Info 6

Bayi yang kurang tidur akan mudah marah dan meragam terhadap perkara yang kecil. Tanda-tanda bayi sudah mengantuk dan penat, antaranya ialah apabila dia menggosok-gosok mata, menguap, badan melembik dan termenung kosong.

Info 7

Persekitaran yang tenang, suram dan senyap dapat membantu bayi tidur lena.

Info 8

Pastikan cadar katil bayi yang selesa untuk mengelakkan bayi anda tidak terjaga kerana kepanasan atau tidak selesa.

Info 9

Waktu tidur yang konsisten akan membantu bayi anda tidur dengan mudah apabila sudah tiba masanya.

Info 10

Bayi baru lahir memerlukan tidur siang dan malam lebih kurang 16 jam sehari. Apabila memasuki 12 bulan, jumlah jam tidur akan berkurangan kepada 13 jam, kira-kira 11 jam waktu malam dan 2 jam di siang hari (2 kali tidur)

Leave a Reply

CommentLuv badge