Famili

10 Tips Agar Anak Mudah Untuk Bercakap Cepat

Illa pernah melalui satu saat yang membuatkan Illa rasa panik, iaitu selepas membaca artikel tentang anak yang lambat bercakap. Masa tu, risau sangat kat Aisyah. Illa berdoa supaya Allah lancarkan usaha Illa mengajar Aisyah tak ketinggalan dengan perkembangan yang sepatutnya. Masa Aisyah setahun lebih, dia menunjukkan minat nak bercakap tapi tak tahu langsung apa yang dia sebutkan huhu comel.

Illa ingat lagi, masa tu Illa banyak membaca cara-cara yang bagus untuk galakkan anak bercakap. Tak kurang juga bertanya kepada elders sebab diorang lagi banyak pengalaman. Dalam adik beradik Illa, mak kata adik-adik ada yang lambat tapi bukannya speech delay. Cuma malas nak bercakap..haha. Gitu pun ada jugak. So, Aisyah boleh kira normal lagi katanya.

Syukur alhamdulillah. Namun begitu, Illa tak biarkan perkara ni berlalu je. Illa sedaya upaya tetap praktikkan tips-tips yang dah dibaca dan apply kat Aisyah.

Sekarang, Aisyah 2 tahun 4 bulan alhamdulillah menunjukkan minat untuk bercakap, menyanyi, dan berkomunikasi dengan kita ( walaupun lagi suka tengok Omar dan Hana guna henpon mami ).

Nak tahu tak tips-tips yang Illa gunakan sehingga sekarang kat Aisyah?

Jom baca dan praktik kat anak sendiri tau.

  1. Kerap berkomunikasi dengan anak semenjak usia kecil. Sebaiknya ketika usia mereka bayi atau masih belum pandai bercakap. Jangan tunggu bila dah besar umur 3 tahun baru nak ajar bercakap. Usia bayi hingga 4 tahun, lebih 50% anak cepat tangkap ye.
  2. Lakukan pengulangan secara konsisten akan buat anak lebih cepat belajar. Gunakan flashcards atau apa-apa sahaja bahan untuk mengajar tentang warna, nombor atau abjad.
  3. Elakkan guna bahasa bayi seperti “mamam nanak googoo”. Gunakan sahaja bahasa yang betul dan jelas. Tak perlu gunakan bahasa pelat kerana ini boleh buatkan anak keliru.
  4. Facial expression penting untuk anak faham apa yang cuba disampaikan.
  5. Gunakan ayat mudah dan pendek supaya mudah diikut anak. Bertutur dengan perlahan memudahkan anak untuk bertindak balas.
  6. Berikan ganjaran atas usaha anak. Bagi dia ciuman, pelukan, pujian yang membina. Pasti dia sangat gembira dan lebih motivated.
  7. Luangkan masa membacakan buku untuknya walaupun dia belum faham apa-apa. Jadikan rutin agar anak terbiasa mendengar dan boleh memupuk minat kepada buku.
  8. Bawa anak bersosial dengan rakan sebaya atau bergaul dengan orang. Ini mendedahkan anak kepada perbualan harian.
  9. Jadi pendengar yang baik dan beri tumpuan setiap kali anak menunjukkan minat untuk bercerita. Sambil tu, kita boleh tolong betulkan sebutan yang kurang jelas.
  10. Buat aktiviti bersama anak seperti menyanyi boleh membantu anak bertutur lebih lancar.

Mudah je kan tips-tips ni untuk diaplikasikan kat rumah bersama anak-anak?

Jom ibu mula hari ni juga!

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge