Berpantang Dengan Sihat

12 Amalan Semasa Berpantang Yang Mudah Untuk Ibu Lepas Bersalin

Tahniah sebab dah berjaya melahirkan si comel ke dunia ini!

Bagaimana perasaan sekarang? Teruja dan lega kerana perjuangan telah selesai? Oh, ibu kena bersedia untuk menempuh waktu berpantang pula tau. Berpantang sangat penting bagi kita yang telah melahirkan bayi kerana proses bersalin adalah proses yang memenatkan. Jangan sesekali kita mengabaikan proses berpantang ini kerana ia akan mengembalikan tenaga yang telah hilang kita gunakan semasa proses bersalin.

Semasa proses bersalin, kesakitan yang dialami ibarat 20 tulang dipatahkan serentak. Bayangkan! Urat-urat yang telah terputus semua… takkan nak biarkan je macam tu. Sebab inilah amalan-amalan ketika berpantang perlu diamalkan agar tahap kesihatan ibu akan menjadi lebih baik dan InsyaAllah akan menjadi lebih baik daripada selalu =)

Hari ini Illa nak kongsikan amalan berpantang mudah untuk diamalkan ibu lepas bersalin, lebih-lebih lagi untuk ibu yang berpantang sendiri di rumah. Jom praktik!

#1 Alas kepala dengan bantal

Seeloknya alas kepala dengan bantal supaya pengaliran darah dari otak berjalan dengan lancar. Jika tidak beralas, nanti ibu akan mendapat sakit kepala dan angin mudah untuk naik ke kepala. Mula la ibu rasa lemah-lemah badan dan dikhuatiri akan menjemput sakit meroyan.

#2 Memakai pakaian tebal ( stokin, baju )

Yang ini pemandangan yang biasa akan kita lihat di klinik mahupun hospital. Illa sendiri dulu pun pelik kenapa ibu-ibu ni pakai macam ni, tak berfesyen langsung. Hahah…dulu bolehlah cakap macam tu. Lepas bersalin, sendiri pun pakai stokin dan selipar ye. Cuma baju pakai jubah, lebih sopan ^_^*

Ok, hikmah memakai baju tebal dan stokin ini, tak lain tak bukan, ialah untuk mengelakkan angin daripada masuk ke dalam badan. Urat-urat yang lemah mudah dimasuki angin dan ibu semestinya akan merasa sangat tak sihat, macam nak demam, menggigil dan sebagainya. Macam bentan angin pun ada.

Illa pernah mengalaminya sekali sebab stokin tertanggal semasa tidur. Tak tahulah macam mana boleh tertanggal, tengah berpantang pun boleh tidur buas ke? (-_-). Tengah tidur dengan Aisyah, tiba-tiba terbangun dari tidur dan menggigil-gigil terketar-ketar. Panggil adik minta tolong tapi takde suara keluar. Ambil selimut cuba nak panaskan badan tapi tak berkesan pun. Adik pun panik je tak tahu nak buat ape, last sekali buatkan Milo panas secawan..baru lega sedikit demi sedikit.

Lepas kejadian tu, terus cari stokin yang panjang tebal dan ketat sikit. Tak payah nak lokek sangat pakai stokin kapal terbang tu tau.

#3 Rapatkan kaki semasa tidur

Ok, amalan ini semestinya untuk peranakan cepat sembuh. Organ dalaman yang tidak nampak pada mata kasar, hakikatnya sangat sensitif lebih-lebih lagi kalau ibu baru saja bersalin. Peranakan masih di dalam keadaan lemah dan elok jika ibu banyakkan berehat, kurangkan pergerakan besar sekurang-kurangkan 2 minggu. Boleh memulihkan tenaga juga.

#4 Ibu jari kaki

Yang ini, rasanya petua orang-orang tua. Melindungi ibu jari kaki daripada terhantuk, terlanggar, tersadung (dan lain-lain kecederaan yang boleh berlaku pada ibu jari kaki) ialah untuk mengelakkan terkena bentan urat. Apabila jari kaki terhantuk sesuatu, urat-urat yang lemah akan meyebabkan angin masuk ke dalam badan. Again, berpantang is about jangan bagi angin masuk badan ok?

#5 Mencangkung

Amat tidak digalakkan untuk ibu-ibu untuk mencangkung. Kalau boleh, jangan buat. Sebab ape? Sebab nak elakkan peranakan kita terturun ke bawah. Otot-otot badan terutamanya otot perut masih lemah jadi badan ibu masih belum kuat untuk mengawal pergerakan. Bayangkan kalau ibu masih lagi ada kesan jahitan selepas bersalin? Nak ke mencangkung..ish ish.. tentu sakit.

#6 Mandi duduk

Jadi, untuk mengelakkan amalan nombor #5, ibu boleh memilih untuk mandi duduk. Sediakan kerusi di dalam bilik air untuk memudahkan kita mandi. Dengan cara ini, ibu tidak akan menggunakan banyak tenaga dan otot-otot peranakan akan lebih berehat.

#7 Rule 100 hari

Kalau boleh, cuba elakkan untuk bersama dengan suami dalam masa yang terdekat. Ini untuk mengelakkan berlaku kelonggaran pada vagina ibu yang belum pulih sepenuhnya.

Apa pun, boleh bincang dengan suami tentang perkara ini..manatau dia tak setuju pulak…hehe..kenapa 100 bukan 200 ke 300? Wallahua’lam. Mungkin 100 hari tu bergantung pada badan ibu kot. Kalau selepas 44 hari tu dah sihat walafiat takde masalah ^_^

#8 Mandi herba

Mandi herba sangat bagus untuk mengembalikan tenaga untuk badan. Antara daun popular untuk buat mandi herba ni ialah daun nangka, pandan, inai, dan serai wangi. Illa takde pengalaman buat sendiri air mandian herba ni, semua confinement lady yang buatkan ( untuk hari terakhir pantang). Illa cuma beli paket mandian herba Tanamera sebagai tambahan. Alhamdulillah recommended la Tanamera ni. Menyegarkan! Oh, Illa mula mandi selepas 2 minggu, itu pun selang 2 hari. Bila dah kuat sikit, baru selang 1 hari.

#9 Air Rebusan Herba

Yang ini special untuk vaginal wash ye. Air rebusan herba ni boleh membantu menyembuhkan luka jahitan dengan cepat dan mengurangkan bau hanyir darah. Illa recommend juga Tanamera Feminine Wash sebab rasa selesa bila terkena bekas jahitan. Illa gunakan air rebusan ni selang seli dengan air garam suam. Air garam suam semacam antiseptik jadi boleh kurangkan risiko jangkitan kuman.

#10 Makanan berangin dan ikan berbisa

Pemakanan memang wajib jaga lebih-lebih lagi ibu yang nak fully breastfeeding. Bayi di awal usia memang sensitif dan mudah untuk kembung perut kalau ibu tak jaga makan. Ibu pun mudah masuk angin, kalo terkena nanti mula terasa mencucuk-cucuk di kawasan perut dan rahim.

Elakkan memakan ubi-ubian seperti keladi, ubi kayu, dan keledek. Ikan yang berbisa seperti ikan keli perlu dielakkan. Ikan haruan boleh diamalkan untuk menyembuhkan luka dalaman.

Oh ya, selain menjaga pemakanan yang betul Illa juga mengamalkan Set Berpantang Moden yang sangat sesuai untuk badan Illa. Confinement lady takde masalah pun sebab ia cuma vitamin untuk menambahbaik tahap kesihatan badan. Barulah cepat sembuh, cergas dan muka berseri.

#11 Bertungku

Bertungku adalah raja segala amalan semasa berpantang. Macam-macam kebaikan yang boleh kita dapati dengan bertungku. Membuang angin, melancarkan peredaran darah, melegakan kesakitan di bahagian kelengkang, mengecutkan rahim, memecahkan lemak perut… you name it. Kalau boleh istiqamah, bertungku lah hari-hari. Setiap kali lepas pakai bengkung, bertungku selama yang larat.

Illa bertungku dengan menggunakan batu bata merah sebab apabila dipanaskan, panasnya sekata dan mudah untuk diletakkan di atas badan. Amalan ni memang dari zaman nenek Illa jadi Illa turutkan je. Pinjam jap batu bata kat pasu rumah ^_^

#12 Berurut

Sepanjang tempoh berpantang, ibu perlu juga berurut untuk mengeluarkan angin-angin degil di dalam badan. Tukang urut yang berpengalaman dapat membantu membetulkan balik urat-urat di badan ibu. Satu lagi, dengan berurut boleh memastikan kedudukan peranakan kembali ke tempatnya. Nanti berpantang bukan main, rahim entah kat mana =P

Praktiskan setiap pagi dan petang. InsyaAllah banyak manfaat untuk badan ibu =)

SEMOGA BERMANFAAT!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge