Bumpyella

a motherhood journal

  • Tentang Penulis
  • Contact
  • Disclaimer
  • Home
  • Bisnes Dari Rumah
    • Pengedar Shaklee Paling Mesra Di Seremban 2 dan KLIA2
    • Senarai Cawangan Shaklee Untuk Walk-In Di Seluruh Malaysia
  • Famili
  • Food We Love
  • Artikel
    • Kesuburan
    • Kehamilan
    • Berpantang Dengan Sihat
    • Penyusuan
    • Kulit Bebas Parut Dan Jerawat
    • Masalah Jeragat
    • Penjagaan Rumah
    • Cyst & Fibroid
    • Denggi
    • Gout
  • Travelog
    • Ao Nang
    • Bangkok
    • Dubai
    • Hangzhou
    • Ho Chi Minh
    • Paris
    • Seoul Korea
    • Singapore
    • Toulouse
  • April 24, 2018
You are here: Home / 2017 / Archives for September 2017

Archives for September 2017

September 14, 2017 by ella

Liang Pori Mengecil dan Garis Halus Hilang Dalam Masa 8 Minggu

Umur baru nak masuk 30-an TAPI kulit muka nampak macam orang tua dah. Pipi kendur, mata banyak garis halus, dan ada kedut mula menampakkan diri pula. Liang pori pula terbuka luas buat rasa kurang cantik je.

Ha, itu dah tanda-tanda kolagen dalam badan mulai berkurang. Kolagen penting untuk memberi struktur dalam badan kita sebab dia macam “gam” yang buat kulit kita tegang. Macam kulit bayi, tegang dan anjal kan?

Kolagen banyak terdapat di dalam kulit manusia. Secara semulajadi, kandungan kolagen memang akan menurun apabila usia meningkat dan akan memberi kesan kulit kendur, kedut dan garis-garis halus.

Namun, terdapat juga faktor lain yang boleh buat kandungan kolagen menurun sebelum masanya. Contohnya, tabiat merokok, diet yang tidak seimbang dan sering terdedah kepada persekitaran tidak sihat.

Cegah Kulit Kendur Sebelum Masa Dengan Berkesan

Dalam Radiant 4, ada SCP (Shaklee Collagen Powder) yang membantu kulit untuk lebih tegang, lebih anjal dan tampak sihat dan gebu.

Dapat “extra” lagi sebab kulit jadi lebih cerah semulajadi! Sangat disyorkan untuk yang mencari cara nak hilangkan jeragat dengan cepat. Kandungan SCP ni bukan sekadar kolagen je, tapi ada 7 ramuan utama yang bagus untuk menyokong kecantikan dari dalam.

Shaklee Collagen Powder diekstrak dari sisik ikan merah, dan ia sangat mudah diserap berbanding kolagen lain sebab berat molekul yang lebih rendah. Kulit mudah nak serap, dan kesannya cepat.

Bahan-bahan lain seperti :

  • Ekstrak biji Camelia Japonica ( melembapkan kulit dan mengurangkan radikal bebas )
  • Esktrak kekerang ( membekalkan pelincir kepada sendi-sendi dan menghidrat mata )
  • Lactobacillus ( seimbangkan sistem usus yang sihat )
  • Vitamin C dan Vitamin B ( galakkan penghasilan kolagen dan bantu metabolisma )

Review Mereka Yang Dah Mencuba Shaklee Collagen Powder ( SCP )

 

 

 

Ramai yang dah merasai kesan terbaik SCP ini, jadi jangan tunggu lama-lama. Mulakan hari ini dan lihat kesannya bila diambil bersama dengan set Radiant 4 yang lain iaitu ESP, Sustained Release Vita C dan GLA Complex.

Apa itu Radiant 4

Build > Firm > Protection > Moisturize

Pilihan terbaik untuk kulit yang sensitif mahupun kombinasi. Merawat kulit dari dalaman adalah cara yang terbaik untuk mengembalikan kecantikan kulit asli.

Untuk menempah dan membuat pembelian, hantar ” Radiant 4 ” ke 0197780575

September 10, 2017 by ella

4 Kesan Terbaik Vivix Yang Tiada Pada Produk Resveratrol Yang Lain

Terdapat pelbagai produk yang mengandungi resveratrol di pasaran, namun begitu adakah ia benar-benar berkesan kepada tahap kesihatan? Atau hanya sekadar meletak nama resveratrol sedangkan hanya beberapa peratus sahaja kandungannya?

Dalam Shaklee, terdapat satu produk iaitu Vivix yang mengandungi resveratrol dan bukan calang-calang ya, 98% tau. Ia juga mempunyai 3 patent-pending. Ini bermakna, tiada siapa yang boleh meniru produk ini sewenang-wenangnya.

Apakah patent-patent tersebut?

  1. Proses Cold Filling Extraction.
    • Ada banyak jenis proses untuk mengekstrak jus atau minyak atau pati dari tumbuh-tumbuhan.
    • Cold extraction bermakna buah-buah yang digunakan dalam Vivix diperah untuk mengeluarkan patinya dengan suhu rendah.
    • Ada proses yang menggunakan air panas atau suhu panas, proses seperti ini boleh menurunkan kualiti produk itu walaupun hasilnya mungkin lebih banyak.
  2. Gabungan Polifenol
    • Bagi mendapatkan kesan maksimum, Vivix bukan cuma ada resveratrol tapi gabungan polifenol.
  3. Semulajadi, tanpa pengawet & stabil.
    • Kalau kita letak Vivix di atas meja, Vivix tak meruap. Kalau letak dalam freezer, Vivix tak membeku. Macam magic!

Paten-paten inilah yang menjadikan Vivix sangat istimewa kerana mempunyai kualiti yang terjamin, dan pasti berkesan kepada pengamalnya. Apabila digabungkan bersama polifenol, kesannya akan jadi 10x ganda lebih berkesan dan di dalam Vivix, ada 15 jenis polifenol.

Jadi, kita dah sedia maklum Vivix mempunyai kandungan yang terbaik di dunia. Mesti kesannya juga yang terbaik bukan? Mari kita lihat 4 kesan terbaik yang boleh didapati selepas mengamalkan Vivix ni.

Memperbaiki sistem ketahanan sel badan

Stress, diet yang kurang sihat dan pencemaran boleh melemahkan sistem imunisasi semulajadi sel badan kita. Ia juga melemahkan, merosakkan DNA badan, dan menurunkan prestasi sel badan.

Dengan pengambilan Vivix, tindakbalas biologi boleh dikawal dan menghalang sel badan menjadi lemah.

Meningkatkan tenaga sel badan

Kajian makmal di sebuah universiti terkemuka telah menunjukkan bahan-bahan Vivix meningkatkan penghasilan tenaga pada peringkat sel. Prestasi mitokondria ( pusat penghasilan tenaga) yang semakin meningkat membantu meningkatkan fungsi sel.

Ramuan Vivix menggalakkan biogenesis (pembentukan baru) mitokondria.

Memperbaiki kerosakan sel pada tahap DNA

Ini merupakan kesan terbaik yang sangat popular di kalangan pengamal Vivix. Kajian menunjukkan ia membantu membaiki kerosakan DNA, dan menyokong replikasi DNA untuk fungsi sel sihat.

Setiap hari sel badan diserang hampir sejuta serangan yang boleh merosakkan DNA. Serangan-serangan ini boleh merosakkan data genetik, dan menghasilkan satu “typo” yang boleh merosakkan fungsi sel dan penuaan sel.

Meningkatkan prestasi sel badan

Keputusan makmal menunjukkan bahan aktif di dalam Vivix membantutkan pembentukan protein AGE yang boleh menyebabkan kerosakan sel.

Pembentukan protein AGE ( advanced glycation end products) yang berlebihan boleh merosakkan tahap selular yang membuatkan penuaan berlaku dengan cepat.

Fungsi ini membuatkan Vivix menjadi pilihan popular untuk dijadikan supplemen anti aging yang terbaik.

*****

Adakah anda mengamalkan supplemen resveratrol untuk kesihatan badan, sel dan anti penuaan?

Pastikan supplemen resveratrol anda mempunyai fungsi-fungsi berikut :

Pastikan anda memilih Vivix yang terbukti keberkesanannya kepada wanita , terutamanya. Antara mereka yang telah merasai kehebatan Vivix :

 

September 7, 2017 by ella

Cara Sembuhkan Kulit Dari Parut Dan Jerawat Selepas Guna Kosmetik Yang Beracun

Ramai rasanya yang ada mengalami masalah kulit yang merana akibat tersalah guna produk kosmetik yang ada di pasaran. Illa sendiri pernah menjadi mangsa kulit rosak akibat menggunakan produk T yang pernah satu ketika dahulu terkenal sangat.

Mula-mula pakai kulit jadi bersih halus, putih pula tu. Siapa yang tak suka, kan? Namun, bila dah berhenti guna lama-kelamaan kulit jadi gelap pula. Eh, apahal pula ni.

Lepas tu, Cik Jerawat pula datang tak henti-henti singgah.. jap ada jap surut. Tangan pun .. hmmm.. masa tu tengah muda remaja lagi. Geram la tengok yang besar-besar tu kan.

Akibatnya?

Kulit jadi luka, bersambung-sambung luka. Kemudian jadi parut yang sangat dalam dan ada yang buat kulit Illa berlubang (u_u).

Ini cerita benar ya. Bukan rekaan dan Illa pasti, ramai di luar sana yang KENA SAMA MACAM NI. Entah-entah yang tengah baca ni pun, mangsa tak? Hehehe.

Bertahun juga Illa survive dengan kulit yang jap ok jap tak. Selalu juga pergi facial, tapi susah dah. Kulit yang normal dah menjadi kulit yang sensitif dan nipis. Bila masuk universiti, self-esteem kalau bab kulit muka ni memang zero kata orang – malu sangat!

Kakak ni pun ada masalah yang sama bertahun-tahun.. 7 tahun tau! Akhirnya kulitnya sembuh dan cantik mulus lagi.

Apa rahsianya? Ce dengar perkongsian beliau tentang apa yang dia ambil guna secara konsisten.

Lebih kurang je cerita kami hikhik

Oh My Penyelamat

Blessings come in disguise, kata orang putih. Sebenarnya, Illa ingat kalau nak buang parut dan repair kulit berlubang ni memang kena laser ja. Dah tak jalan facial biasa ni. Kononnya nanti nak kumpul duit la buat rawatan estetik bagi kulit ok balik.

Tanpa Illa sedari, kulit Illa yang berparut dan berlubang dah tak kelihatan. Sebenarnya memang Illa pengguna Shaklee ( dan masih lagi setia ) tetapi tak pernah ambil set untuk kulit.

Illa ambil Set Kesuburan, bersambung ke Set Prenatal Premium dan Set Postnatal Premium.

Memang ada yang tegur kulit Illa masa pregnant lebih ok kalau nak bandingkan dari sebelum tu. Rupanya dalam tak sedar Illa dah guna pun vitamin untuk kulit sekali. Dalam set hamil ada ESP, Vitamin C dan Vitamin B Complex.

Dalam set kesuburan pula ada GLA yang mengandungi Vitamin E, sangat bagus untuk memudarkan jerawat.

Nak Baiki Parut Dan Lubang, Kena Repair Sel Kulit

Bila terjadi rezeki yang tak disangka-sangka ni ( Alhamdulillah ), Illa pun tengok semula apa kebaikan daripada semua yang Illa ambil dari segi kesan kepada kulit wajah.

Protein sangat membantu membina sel-sel kulit yang telah rosak akibat parut dan luka. B-Complex dan GLA pula membantu dari segi hormon, mengawal penghasilan minyak di wajah dan melancarkan pengaliran darah dan saraf halus pada kulit.

Vitamin C pula sangat terkenal dengan fungsinya mengubati luka luaran mahupun dalaman. Since Shaklee punya Vitamin C ada teknologi “Sustained Release” Illa lebih prefer yang ni sebab tak membazir Vitamin C yang mana, lebihannya akan keluar mengalir ikut peluh atau air kecil.

Jimat betul vitamin Shaklee ni. Beli 1 tapi manfaatnya banyak sampai boleh membantu!

Jangan Tangguh Lagi, Mula Dari Sekarang

Nasihat Illa untuk mereka yang mencari cara yang mudah, selamat, dan berkesan – anda memerlukan kesabaran yang tinggi. Lihat saja video kak Izan tadi, beliau konsisten selama 6 BULAN untuk mendapatkan hasil yang jauh berbeza. Tapi, jerawat dah takde kan?

Kenapa perlu 6 bulan? Dalam 2-3 bulan pertama, kulit sedang melalui proses pemulihan akibat kerosakan yang telah meninggalkan parut hingga ke epidermis dalam kulit. Bila dah melepasi tempoh pemulihan tu, kena maintain pengambilan dengan dos yang bersesuaian sebagai supplemen untuk kulit.

Jadi kulit kita jadi sihat dari dalam, tak kusam dan tak berjerawat. Happy kan?

So, jangan tunggu lama-lama. Mulakan nutritional healing untuk kulit anda supaya 6 bulan akan datang boleh dah try skincare YOUTH yang bakal memasuki Malaysia ( eh promote ^_^ )

Salam Cantik-Cantik Selalu,

 

September 7, 2017 by ella

Rahsia Mengawal Kencing Manis Agar Boleh Bebas Dari Ubat

Penyakit kencing manis atau diabetes merupakan penyakit kronik yang boleh menyebabkan  masalah serangan jantung, kegagalan buah pinggang, strok, buta, dan kerosakan saraf. Di Malaysia, penyakit ini sudah tidak asing lagi kerana penghidap kencing manis semakin meningkat hari demi hari. Lihat sahaja cara pemakanan kita, dengan gaya hidup yang tidak sihat (stress, kurang senaman).

Mengikut statistik Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2006, ia menunjukkan bahawa 1 daripada 7 orang dewasa rakyat Malaysia menghidapi penyakit kencing manis. Namun begitu, masalah ini menjadi bertambah buruk apabila separuh daripada pesakit kencing manis tidak menyedari penyakit yang dihadapinya.

Apakah penyebab kencing manis?

Faktor penyebab kencing manis adalah organ pankreas pesakit kencing manis tidak mengeluarkan insulin secukupnya atau insulin yang dikeluarkan tidak berkesan.

Ini menyebabkan glukos tidak dapat masuk ke dalam sel badan yang sepatutnya bertukar kepada tenaga. Maka, ianya (glukos) terkumpul di dalam darah yang kemudiannya menyebabkan paras glukos menjadi tinggi sehingga melimpah ke air kencing.

Jenis-Jenis Diabetes (Kencing Manis)

a) Jenis 1:

Kencing manis yang bergantung kepada insulin. Biasanya ia terjadi dikalangan kanak-kanak atau remaja.. Hanya boleh dikawal dengan suntikan insulin, kawalan pemakanan dan senaman.

b) Jenis 2:

Diabetes yang tanpa bergantung kepada insulin. Ianya selalu berlaku di kalangan orang dewasa (35 tahun ke atas) dan individu yang mempunyai berat badan yang berlebihan. Kencing manis jenis 2 ini boleh dikawal dengan kawalan pemakanan dan senaman atau gabungan pemakanan, senaman dan ubatan. Kebiasaannya, penghidap kencing manis ini mempunyai sejarah keluarga yang menghidap kencing manis.

Diabetes Jenis 1

  • Jarang berlaku tetapi jika berlaku, keadaannya adalah lebih teruk.
  • Terjadi di kalangan mereka yang lebih muda, antara umur 10 – 16 tahun
  • Terjadi begitu cepat. Terjadi apabila insulin yang dikeluarkan dari pancreas dimusnahkan
  • Tidak mempunyai sejarah keluarga yang menghidap penyakit kencing manis
  • Tidak dikaitkan dengan kegemukan atau obesity
  • Pesakit akan mengalami tanda-tanda awal kencing manis dari gejala amaran yang serius
  • Kebiasaan Rawatan: Penjagaan pemakanan dan suntikan insulin

Diabetes Jenis 2

  • Biasa berlaku.
  • Tejadi dikalangan mereka yang lebih dewasa, berumur sekita 35 tahun ke atas
  • Terjadi secara perlahan-lahan. Insulin yang dikeluarkan tidak mencukupi dan menyebabkan paras glukosa di dalam darah meningkat
  • Mempunyai sejarah keluarga yang menghidap penyakit kencing manis
  • Kejadian kegemukan sangat tinggi
  • Merupakan penyakit yang senyap, selalunya dikesan secara kebetulan atau selepas berlakunya komplikasi
  • Kebiasaan Rawatan: Penjagaan pemakanan dan senaman (menurunkan berat badan) dan ubat dan suntikan insulin (bagi kes-kes tertentu)

Cara Mengelak @ Mengawal Kencing Manis Agar Lebih Sihat

Ubah corak pemakanan

Bukan setakat pemakanan gula sahaja yang disekat, tetapi makanan yang tinggi karbohidrat juga penting untuk dikurangkan. Mengawal pengambilan kalori dalam sehari dapat membantu mengawal kenaikan berat badan yang mendadak.

Senaman

Penting untuk menggunakan kalori berlebihan di dalam badan agar berat badan berlebihan dapat dikurangkan. Selain itu, ia dapat memperbaiki kesihatan jantung dan paru-paru. Satu kajian tentang kencing manis mendapati senaman seperti berjalan selama 2 1/2 jam dalam tempoh seminggu dapat mengurangkan perkembangan kencing manis sebanyak 40% ke 60%.

Pemeriksaan doktor

Rajinlah berjumpa doktor setahun sekali ke, untuk mengetahui tahap kesihatan anda. Rawatan awal kencing manis dapat mengurangkan 30% ke 70% kegagalan buah pinggang pada masa hadapan.

Pengambilan supplemen tambahan Vivix

Ramuan di dalam Vivix yang mengandungi polifenol dapat melambatkan proses pencernaan dan penyerapan karbohidrat ke dalam darah seterusnya mengelakkan pengumpulan gula yang tinggi di dalam darah.

Mari baca perkongsian daripada beberapa penghidap kencing manis yang mempunyai pengalaman mengamalkan Vivix ni:

[Testimoni 1]

 

[Testimoni 2]

Setelah 14 tahun menghidap kencing manis, R. Jitendra kini bebas sepenuhnya setelah mengamalkan Vivix selama 7 bulan tanpa henti. Kadar gula 15.5 turun hingga 4.8.

[Testimoni 3]

 

[VIDEO] Testimoni BONUS : Bebaskan Dirimu Dari  Darah Tinggi [ WAJIB TONTON ]

*****

Terbaik kan kesan Vivix ini untuk pesakit kencing manis? Jangan lepaskan peluang keemasan untuk mendapatkan Vivix hari ini. Harga sebotol ialah RM475.

Namun sekarang ada promosi istimewa untuk setiap pembelian Twin Pack Vivix.

  1. Keahlian PERCUMA.
  2. Kos penghantaran PERCUMA.
  3. Twin Pack akan mendapat diskaun yang banyak hampir RM70.00!

Jom dapatkan Vivix hari ini untuk dihadiahkan kepada mak, ayah, suami, dan ahli keluarga tersayang kita yang terkesan dengan masalah ini. Sekiranya anda ingin mendapatkannya, anda boleh buat tempahan sendiri hanya dengan menekan butang di bawah.

Sekiranya anda tidak pasti tentang kuantiti yang diperlukan ataupun perlukan tips dan nasihat, taip VIVIX dan SMS/Whatapps ke 019-7780575. Illa akan berikan konsultasi terbaik dan cara pemakanan yang betul untuk mendapatkan hasil yang terbaik InsyaAllah =)

September 6, 2017 by ella

Tips Ganti Puasa Yang Mudah Untuk Ibu Yang Menyusukan (BF Mom)

Ramai antara ibu-ibu yang kurang yakin untuk berpuasa atau meneruskan puasa dalam keadaan menyusukan. Antara faktornya ialah :

• RISAU anak tak mendapat zat yang mencukupi

• TAKUT bekalan susu tidak mencukupi

• TAKUT akan rasa lebih lapar

Namun begitu, sebenarnya banyak kelebihan berpuasa tatkala hamil dan menyusukan ni tau. Bayangkan kita mendidik anak-anak kita membaca Al-Quran setiap hari, menahan diri daripada melakukan perkara-perkara lagha dan sebagainya. Ini dapat membentuk peribadi anak-anak secara halus.

Power of Visualisation sangat penting apabila kita hendak mula berpuasa dalam keadaan menyusukan mahupun hamil. Kita haruslah yakin dan bersikap positif bila kita dah set minda kita yang kita sudah bersedia.

Perasaan TAKUT dan RISAU ibu-ibu setelah mendengar pengalaman orang lain membuatkan anda tak yakin yang anda boleh melakukannya.

Islam sememangnya mudah dan memudahkan, oleh itu memang ada kelonggaran untuk ibu-ibu yang sedang hamil dan menyusukan untuk tidak berpuasa. Tiada masalah, cuma ibu-ibu kena ganti puasa lah.

Bagaimana ibu-ibu nak ganti puasa pula sedangkan kerisauan di atas tadi menghantui ibu-ibu?

Illa juga pernah mempunyai kerisauan yang sama. Tahun 2015 mengandungkan Aisyah merupakan saat yang mencabar juga bagi Illa yang first-time mom ni. Rasa nak mengunyah sentiasa, panas sikit boleh haus pula. Huhu.

Alhamdulillah berjaya Illa harungi tempoh berpuasa sehingga bersalinkan Aisyah minggu ke-2 raya ^_^

Tahun 2016 pula berpuasa semasa menyusukan Aisyah. Lagi mencabar sebab Aisyah kuat menyusu. Tapi, Illa dah tak risau dah sebab dah ada “rahsia” yang Illa amalkan semasa hamil dulu boleh diguna-pakai sampai bila-bila.

Apakah rahsia Illa yang boleh membantu ibu-ibu lebih bertenaga dan mampu menyusukan dengan jayanya? Jom baca tips dan pengalaman Illa ni.

1] Pengambilan Kurma dan Makanan Sunnah Yang Lain

Ambil kurma dengan angka ganjil 3,5, atau 7. Boleh makan begitu sahaja atau blendkan dengan susu kambing.

Kadang-kadang Illa blendkan kurma dengan ESP, Mealshakes dan susu. Sedap! Kenyang pun lama. Sekali sekala boleh letak Chia Seeds. Sedap juga!

Amalkan minum air zam-zam jika ada, setiap kali sahur. Selitkan doa. Doa ibu-ibu kan mustajab? *love*

2] Lebihkan Protein dan Serat, Kurangkan Karbohidrat

Kita lebih suka makan roti sebab mudah, cepat, dan ringkas kan? Namun begitu, roti putih mungkin akan membuat kita lebih cepat lapar. Jadi lebihkan makanan berunsurkan protein untuk membekalkan tenaga kepada kita lebih lama. Contohnya, ayam daging dan telur. Untuk minuman protein, minuman protein ESP juga sangat membantu ibu kenyang lama.

Kalau memang pencinta roti, boleh tukar roti putih kepada wholemeal. Lebih serat dan kenyang lebih lama.

3]  Elakkan minuman berkafein dan manis

Minuman seperti kopi, teh dan sirap akan membuatkan kita lebih haus. Teh pula boleh bersifat diuretic, asyik nak buang air saja. Illa memang tak ambil minuman seperti kopi sejak.. err… dah lama sampai tak ingat hehe.

Air putih/air kosong/air jarang/air masak juga yang terbaik.

4] Pengambilan supplemen yang selamat dan berkesan

Untuk supplemen, Illa semestinya mengamalkan Shaklee untuk kesan yang terbaik. Set berpuasa yang paling popular ni namanya Mighty 3 Gems.

Mighty 3 Gems terdapat ESP, Performance Drink dan Mealshakes. Illa amalkan ESP, Performance Drink, Mealshakes untuk sahur di samping vitamin tambahan lain seperti BComplex, Omega dan Vitalea.

Bila amalkan semua di atas ni dengan konsisten, badan rasa lebih bertenaga, kenyang lebih lama, susu pun meriah dan lebih pekat.

Bagaimana Mighty 3 Gems boleh membantu ibu kenyang lebih lama semasa berpuasa?

Ok, soalan yang bagus dan sangat selalu ditanyakan kepada Illa. Biar Illa terangkan satu persatu ya.

ESP ( Non-GMO Soy Protein )

Protein lengkap dengan 9 asid amino perlu yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel. Kandungan GI yang rendah membuatkan ia sesuai diambil untuk mereka yang ada kencing manis.

Membekalkan protein yang cukup dan tenaga segera, bagi membantu kita kekal kenyang dalam tempoh yang lama. Bagus sangat untuk ibu menyusu dan berpantang, yang mudah berasa lapar.

MEALSHAKE ( Multivitamin )

Mengandungi multivitamin lengkap dan dapat mencukupkan nutrisi yang berkurangan. Memberi rasa kenyang lama dan memberi extra tenaga.

PERFORMANCE DRINK ( With OptiLyte )

Minuman isotonik tanpa gas (ala ala 100%) tanpa gula berperisa oren. Membantu mengelak tubuh kita dari terhidrat. dengan membekalkan air cukup di dalam badan.

Dengan adanya rumusan OptiLyte ini, badan kita boleh bertahan lama tanpa minum air. Sebab itu juga, ahli sukan berbasikal sangat sukakan Performance Drink ni kerana memanjangkan tempoh endurance mereka.

Review Mighty 3 Gems yang diambil oleh ibu-ibu yang berpuasa.

Mari kita tengok rakan-rakan mommies yang lain yang juga telah berjaya berpuasa dengan set Mighty 3 Gems ni.

{Review 1}

{Review 2}

[Review Bonus]

**********

So, mommies. Ini je rahsia Illa yang tak berapa rahsia dah sekarang heheh. Jika ada sebarang pertanyaan, jangan segan boleh email ke fadehasbi@gmail.com ataupun Whatapps terus ke 0197780575. Illa sedia membantu.

 

 

Follow Us

  • Email
  • Facebook

Youth Skincare

My 30 Days YOUTH Journey

Instagram

  • Omega Guard Shaklee Yang Terbaik Di Dunia  Minyak ikan
    by kedai_vitamin.seremban2
  • We love August! Apa yang menarik di bulan kemerdekaan ni?
    by kedai_vitamin.seremban2
  • WAJIB ADA BILA BERPANTANG!  Alkisahnya masa pantang terkena sembelit
    by kedai_vitamin.seremban2
  • Omega Guard Shaklee Yang Terbaik Di Dunia  Minyak ikan
    by kedai_vitamin.seremban2
  • Youth Skincare ni terbukti sesuai  berkesan untuk semua jenis
    by kedai_vitamin.seremban2
  • Omega Guard Shaklee Yang Terbaik Di Dunia  Minyak ikan
    by kedai_vitamin.seremban2

Categories

  • Artikel
  • Bangkok
  • Berpantang Dengan Sihat
  • Bisnes Dari Rumah
  • Cyst & Fibroid
  • Famili
  • Food We Love
  • Kehamilan
  • Kesuburan
  • Kulit Bebas Parut Dan Jerawat
  • Masalah Jeragat
  • Paris
  • Penjagaan Rumah
  • Penyusuan
  • Toulouse
  • Uncategorized
  • YOUTH

Archives

  • April 2018
  • March 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017
  • September 2017
  • August 2017
  • July 2017
  • June 2017
  • May 2017

Thanks for reading!

  • 0
  • 46
  • 10
  • 183,439

Pretty Chic Theme By: Pretty Darn Cute Design