Menu Ayam Masak Bali Yang Patut Dijadikan Juadah Berbuka Puasa

Ayam Masak Bali merupakan menu yang mudah untuk disediakan dan boleh membuatkan siapa yang pernah merasanya, pasti nak lagi dan lagi. Berhantu kan? *mueehhehee*

Sebab tu, buat jadi menu berbuka pun sangat mantap ni. Mudah, senang, dan confirm sedap!

Resepi ayam masak bali ni Illa lebih suka bila berhimpun di rumah ayah kerana rasanya yang unik ( pedas manis masin bergaduh di dalam mulut ) lebih enak dinikmati beramai-ramai.

Ini merupakan resepi yang sangat mudah, lelaki bujang pun boleh buat okeh? Jom jangan buang masa. Esok boleh cuba untuk berbuka puasa.

Bahan-bahannya:

Ayam – dibuang kulit dan dibersihkan

Serai – 6 batang

Daun Kari – 6 tangkai

Bawang putih – 1 labu *kisar*

Bawang merah – 6 ulas *kisar*

Halia – 1 inci *kisar*

Belacan ( ikut pilihan) – 2 inci *kisar*

Cili kisar – 1 genggam

Kicap manis, masin ( ikut pilihan)

Garam

Gula

 

Perap ayam dengan kunyit dan garam. Tak perlu byk sgt kunyit. Ikut sukatan ayam

Goreng ayam dahulu. Jangan terlebih garing, nanti nak gaulkan dalam kuahnya.

Serai dan daun kari yang bakal ditumis dahulu. Cantik pemandangan *tarik nafas*

Tumis hingga warna keemasan. Keemasan ye, bukan kehitaman. Itu hangus. Hoho.

Bila dah bertukar warna emas, masukkan bahan kisar dan tumis hingga naik bau.

Lepas dah tumis bahan yang dikisar, masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak. Pecah minyak ni, bila ada bubbles2 keluar dan merecik-recik ke muka, tangan, dinding korang (n_n)

Amacam, menggiurkan tak gambar ni? Dah pecah minyak, boleh masukkan ayam goreng awal tadi ok.

.

.

Tunggu gambar dah siap nanti, merana!

HAA, DAH SIAP! *telan air liur*

Mudah dan ringkas kan? Yang penting rajin jer.

OK, selamat mencuba!

^_^

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge