Kehamilan

3 CARA Penyediaan AIR SELUSUH DENGAN AYAT AL-QURAN

Hari ni Illa nak kongsikan cara-cara penyediaan air selusuh dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran dan zikir. Air selusuh (atau air yang telah dibacakan) ini boleh diminum sebagai ikhtiar para ibu untuk membantu semasa proses bersalin kelak.

Selusuh merupakan salah satu ikhtiar yang diharuskan dari segi hukum Islam, selagi ia berpandukan Al- Quran dan hadith. Sebaiknya elakkan selusuh yang bercanggah dengan syariat Islam, iaitu mengandungi jampi serapah yang karut.

Selusuh boleh disediakan oleh suami (lebih afdhal), bapa atau orang alim ulama atau orang yang para ibu rasa berkelayakan.

Cara Penyediaan #1

•Al-Fatihah 1x

•Al-Hasyr Ayat 21 1x

•Selawat Syifa 1x

•Bacakan doa ” Ya Allah, dengan hak Maryam dan dengan mereka diturunkan kepadanya Surah Maryam, ringankanlah daripadanya (nama ibu hamil berbinti ibunya) sakit bersalin dengan rahmat Engkau wahai Tuhan Yang Maha Pemberi Rahmat “. Tiupkan pada air atau minyak.

•Diminum 7 hari sebelum EDD (Expected Due Date).

•Sapukan air atau minyak di perut ibu dari atas ke bawah dengan selawat 7x.

•Kalau minyak, perlu diminum sebanyak 1 sudu apabila sakit hendak bersalin.

Cara Penyediaan #2

•Istighfar 3x

•Menghadiahkan bacaan kepada Nabi Muhammad SAW, para sahabat dan para pengikutnya.

•Al-Fatihah 1x

•Selawat 11x

•Surah Al-Insyirah (Alam Nasyrah) 7x

•Surah Al-Ikhlas 3x

•Surah Al-Falaq 3x

•Surah An-Nas 3x

•Al-Fatihah 1x

•Berdoa hajat yang diingini.

Cara Penyediaan #3

•Al-Fatihah 1x. Ayat ke-5, lintaskan di dalam hati untuk memohon agar dipermudahkan untuk bersalin sebanyak 3x.

•Selawat Syifa 7x

•Surah Al-Hasyr Ayat 21  3x

•Sural Al-A’raa ayat 54  3x.

•Hembuskan pada air, minyak atau kurma.

Semoga panduan di atas dapat membantu para ibu yang tercari-cari cara untuk memudahkan proses bersalin. Perlu diingat bahawa selusuh ini hanyalah sebahagian ikhtiar sahaja. Selain daripada selusuh, banyakkan bergerak di akhir trimester juga boleh membantu para ibu bersalin dengan mudah.

Pernah dengar tentang Air Selusuh Akar Fatimah? Jom baca lebih lanjut tentangnya di entri ini.

Illa doakan ibu-ibu yang bakal bersalin supaya semuanya akan berjalan lancar InsyaAllah. Yang penting jangan terlalu takut ya dan banyakkan berdoa dan berzikir doa Nabi Yunus.

 

Selamat bersalin!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge