4 Cara Meningkatkan Tahap Kesuburan Suami

Assalamualaikum semua.

Hari ini Illa nak ceritakan pula bagaimana untuk meningkatkan tahap kesuburan bagi para suami. Ya, suami juga boleh menjadi punca kenapa isteri gagal hamil.

Bagaimana pula jika suami yang menjadi punca kegagalan ini?

Suami mempunyai potensi masalah seperti :

  • Sperma yang tidak sihat
  • Sperma yang sedikit
  • Sperma kurang matang
  • Masalah ejakulasi terlalu awal

Masalah-masalah di atas adalah antara yang lazimnya dialami oleh suami yang mengalami masalah kesuburan. Jangan risau, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya.

Jom kita tengok pula macam mana nak tingkatkan kesuburan suami. Seperti isteri, ada juga beberapa perkara yang boleh kita ubah untuk menjaga kesuburan suami agar menjadi kebanggaan isteri **love**

JANGAN MEMAKAI SELUAR KETAT

Ini termasuklah seluar dalam yang ketat mahupun seluar jeans/slack/khakis yang ketat. Seperti yang kita lihat zaman sekarang ramai betul yang suka pakai seluar ketat metat. Sebenarnya, pengudaraan yang baik dapat menggalakkan penghasilan sperma yang lebih sihat.

Jadi suami-suami yang sedang menjaga kesuburan, elakkan fesyen yang boleh mengganggu kesuburan ya.

DAPATKAN NASIHAT DOKTOR – PALING PENTING

Sebelum membuat apa-apa konklusi tentang masalah kesihatan yang dialami, wajib untuk berjumpa dengan doktor terlebih dahulu untuk megetahui punca masalah yang betul. Bila sudah didiagnosis dengan cara yang terbaik, baru lah boleh untuk mencuba apa-apa alternatif lain untuk mengatasi masalah kita.

Harus diingatkan, nasihat doktor dapat membantu kita lebih mengetahui apa yang sedang terjadi di dalam tubuh badan – masalah hormon, kurang sperma, gaya hidup tak sihat, penyakit kronik. Oleh itu, sebaiknya kita dapat nasihat yang lebih pakar kemudian terpulanglah nak pilih cara apa yang terbaik.

AMALKAN PEMAKANAN SIHATĀ 

Ini tips yang sama-sama diamalkan oleh suami dan isteri agar usaha mencapai kesuburan lebih mudah berhasil. Terdapat pelbagai makanan yang boleh membantu meningkat kesuburan dan kesihatan rahim.

Untuk yang beragama Islam, jangan sesekali ketagih kepada alkohol. Bukan sahaja ia haram, malah sangat menjejaskan kesuburan badan.

Pengambilan daging merah yang banyak juga mampu mengganggu hormon-hormon badan dan mengganggu kesuburan. Antara makanan yang lebih baik untuk kesuburan ialah buah-buahan, sayuran, produk tenusu dan protein daripada daging putih ( ayam, ikan ). Terdapat juga protein dari sumber tumbuhan NON-GMO yang ternyata lebih berkesan dan selamat. Pengambilan protein adalah sangat penting di dalam membina sel-sel baru di dalam badan.

Dengan pengambilan antioksidan yang bersesuaian, kesihatan sperma akan lebih terjaga. Antara vitamin antioksidan yang sangat bagus untuk sperma ialah Vitamin E + Selenium, Vitamin C dan Carotomax.

TUKAR GAYA HIDUP KEPADA LEBIH AKTIF

Ada sesetengah suami yang sukar untuk berhenti merokok, walaupun tahu kesan buruk yang boleh terjadi kepada paru-paru akibat nikotin. Merokok boleh merosakkan sel-sel sperma dan mengganggu kesihatan lelaki.

Sebaiknya elakkan daripada rasa stres yang terlalu lama. Tekanan seperti ini boleh mengakibatkan perubahan hormon yang boleh menyebabkan selera makan berubah, berat badan meningkat dan sakit kepala.

Cara terbaik ialah dengan bersenama secara konsisten setiap hari untuk mengekalkan berat badan ideal. Bersenam juga dapat menghilangkan rasa stres jadi isteri-isteri, kalau suami kata nak pergi main badminton ke, main bolaa futsal ke.. bagi aje hehehe.

Yang terakhir, wajib jauhi dadah. Umum mengetahui dadah ialah satu benda yang sangat bahaya kepada kesihatan kita, apatah lagi tahap kesuburan. Sel sperma boleh menjadi rosak dan sekiranya disenyawaka, sel rosak boleh membentuk bayi yang tidak sihat dan bermasalah.

Nauzubillah minta dijauhkan.

Leave a Reply

CommentLuv badge