Kulit Bebas Parut Dan Jerawat, Masalah Jeragat

4 Nutrisi Penting Untuk Mencegah Jeragat Muncul Lebih Cepat

Seingat Illa, mak dah lama pesan untuk pakai pelindung UV setiap kali keluar rumah.. since masuk sekolah menengah. Illa aktif sukan, dan selalu berjemur bawah matahari.

The thing is, being a teenager.. I do not like wearing UVs. Illa rasa bila berpeluh ia sungguh menjengkelkan, kulit rasa berminyak dan sometimes, kulit tetiba nampak lebih gelap.

And that shows how little I care about myself.

Bila umur dah meningkat dan memasuki 20-an, mak ingatkan sekali lagi tentang perkara ni. Sebabnya tona kulit muka dah nampak tak sekata katanya.

Kali ini Illa sangat ambil kisah tentang jeragat sebab taknak tua sebelum masa! Not yet! So, I’m starting all routines in skincare.. yang ni Illa akan kongsikan later.

Penjagaan luar kena seiring dengan penjagaan dalaman juga tau. Makanan kena jaga, emosi kena jaga. Tau tak, stress buat hormon huru hara? Bila hormon huru hara, kulit juga stress dan boleh berjeragat!

Take note on the vitamins girls. Dengan mengamalkan semua ini dalam menu harian, masalah jeragat pasti dapat dihalang daripada muncul dengan cepat.

Vitamin E

•Dikenali sebagai vitamin awet muda. Ia mampu melambatkan proses penuaan. Selain itu bagus juga untuk seimbangkan hormon dan mengawal minyak di kulit kita. Kesan jeragat juga akan berkurangan.

Vitamin C

•Bagus untuk membentuk kolagen. Ramai yang mengambil hanya kolagen sedangkan makanan yang tinggi kandungan vitamin C membantu penghasilan kolagen dengan lebih baik.

Protein

•Membantu dalam mengurangkan kesan hitam daripada sel kulit mati akibat jeragat. Tompokan hitam itu sangat sukar nak dihilangkan jika sumber protein tak cukup untuk menghasilkan sel kulit baru. Nak kulit cantik kena dapatkan makanan dari sumber protein secukupnya.

Air

•Penting untuk pengaliran darah, penyerapan semua nutrien dari sumber makanan agar lebih mudah diserap oleh badan. Bila kekurangan air, kulit kita akan menjadi kering dan mudah bermasalah seperti jerawat dan tona tidak sekata.

Jangan culas untuk amalkan keempat-empat perkara penting di atas tau untuk pastikan kulit tak berjeragat dengan cepat. Kalau korang nak dapatkan vitamin yang berkualiti untuk kulit, roger Illa ok?

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge