Famili

4 PANDUAN UNTUK BERCERAI SUSU (WEAN-OFF) DENGAN ANAK

Dalam proses bercerai susu atau wean-off , banyak perkara yang boleh dilakukan oleh ibu agar dapat melakukan proses ini dengan baik tanpa konflik emosi anak.

Illa sendiri belum lagi menimbangkan proses wean-off Aisyah sebab dia sangat obses dengan susu ibu walaupun susu dah semakin berkurang. Tapi sebab memikirkan pelbagai faktor, Illa cuba amalkan beberapa tips agar tidak sukar untuk wean-off di kemudian hari.

Bagi Illa, biarlah dia menyusu badan selagi dia nak. Takkan nak halang pula, kesian.

Ok, mommies yang nak memudahkan proses bercerai susu boleh cuba tips-tips berikut.

1 Guna prinsip ” tidak menawarkan dan tidak menolak untuk memberi “. Maksudnya bila sudah tiba waktu menyusu, ibu tak menawarkan susu ibu selagi dia tidak meminta. Dalam masa yang sama jika anak nak susu, ibu tak tolak.

2 Banyakkan sentuhan fizikal dan luang masa berdua bersama-sama. Dengan cara ini, ia sebagai assurance untuk si kecil. Dia akan berasa tenang dan selesa sebagaimana perasaannya ketika menyusu -dekat di hati ibu. Peluklah dan usaplah dia sekerap mungkin. Biar dia tahu yang bercerai susu means Mommy still loves you.

3 Jika tak boleh langsung berjauhan dari susu ibu, siap mengamuk menangis meraung walaupun ibu tengah acah je – takpelah. Berilah anak masa, mungkin dia belum bersedia.

4 Jika anak sakit semasa dalam proses bercerai susu, tangguhkan dulu usaha ibu. Teruskan penyusuan seperti biasa sehingga anak sihat.

Ini hanyalah sebagai panduan untuk ibu yang baru nak mencuba bercerai susu dengan anak. Orang kata, lain anak lain caranya. Jadi boleh cuba bermacam-macam lagi cara di luar sana yang bersesuaian dengan anak anda.

Kalau nak sentuh bab perubahan semasa proses ni, mungkin anak je yang terkesan malah ibunya pun sama.

Apa yang bakal terjadi kepada ibu semasa proses bercerai susu?

  1. Bengkak susu. Setelah sekian lama bekerja menghasilkan susu, payudara mungkin akan menjadi penuh sebab kurangkan demand dari anak. Ibu boleh perah sedikit susu namun jangan terlalu kerap. Jika kerap mengosongkan payudara, penghasilan susu akan lebih banyak susu. Sakit nanti bila bengkak! Bila memerah susu walau sedikit, boleh mengelakkan radang susu, bernanah dan infeksi.
  2. Ada dua hormon yang dirembeskan semasa proses penyusuan iaitu prolaktin ( memberi ketenangan dan relaks) dan oksitosin ( hormon kasih sayang). Bila paras hormon ni dah berkurangan, emosi ibu boleh jadi tak stabil. Oleh itu proses bercerai susu kena dilakukan secara berperingkat dan tidak mendadak. Ini semuanya untuk mengelakkan tekanan perasaan buat ibu.

Proses bercerai susu ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Ibu akan berhadapan dengan si anak yang masih kecil dan mahukan perhatian lebih. Bila bercerai susu, ibu kena pastikan emosi anak yang baru berpisah agar stabil dan gembira.

Bila Illa melihat ibu-ibu yang telah melalui proses ini, ada yang mudah ada yang give-up dan cuba lagi kemudian hari. Bila tiba giliran Aisyah nanti, tak tahulah macam mana haha.

Illa cuba berikan yang terbaik je lah buat masa ni. Sampai masa nanti bila dia dah sedia dan nak berdikari (chewah), baru la Illa laksanakan proses ni.

Hati sado sangat mak. Nanti yang nangis mak Aisyah, Aisyah steady je hmmm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge