4 Tips Membeli Kasut Anak Perempuan Di Luar Negara

Kami pernah kehilangan kasut Aisyah semasa dalam perjalanan di kota Paris. Masa tu, kami sedang berlari-lari anak keluar dari stesen untuk pergi ke Champs-Elysees. Masa tu kami tak perasan pun kasut Aisyah tak ada sebelah.

Sampai ada seorang makcik China ( rasanya ) tunjuk-tunjuk kitorang. Tak faham, kami tengok la belakang.. apo bondo yang tak kena. Sekali dah puas tunjuk, dia buat gaya pegang kaki dan sebut ” baby” kot..kelam kabut Illa tengok kenapa dengan Aisyah.

Rupanya, kasut hilang sebelah! Ah, nampaknya Aisyah memang tak boleh la berlari-lari kat sini. Elok jugalah, sebab tempat tu ramai orang. Sudahnya, Aisyah duduk dalam Boba je sambil layan udara sejuk petang.

Illa dah tak larat nak berjalan, plus moody betul kasut anak hilang kekeke.. otak ni mula lah ligat berfikir, kat mana kasut tu hilang. Illa duduk kat tepi jalan Champs-Elysee sambil melihat gaya pelancong-pelancong yang datang ke sini.

Suami dah meneruskan perjalanan ke hujung jalan , katanya nak tengok gak bangunan LV. Hehehe, nasib dia tak belikan beg LV satu *perasan*. Dalam hati tak berhenti-henti berdoa supaya dia cepat pergi cepat balik. Illa ni, udahlah pening kasut hilang nak cari kat mana. Risau pula kalau kami terlambat balik ke airport CDG untuk pergi ke Toulouse. Walaupun dah check-in beg semua, risau berbaris panjang kat imegresen je.

Ok, sambil lepak tu.. Illa terdengar satu bunyi. Bunyi tu macam dekat je, bunyi macam kertas dicarik-carik. Aduhh, ape pulak ni. Anjing ke?

Toleh kiri kanan.. takde pun anjing?

Dengar lagi, kali ni tengok muka Aisyah. Termenung tengok orang lalu-lalang. Baru perasan tangan dia bergoyang-goyang. Check tengok, rupanya… tangan dia tengah main buka tutup tali kasut!

Cisss, kasi saspen mak ko jak nak! Terdetik dalam hati, mungkin ini yang Aisyah buat masa dalam train tadi. Hmm…

Setelah beberapa minits menunggu, kelibat suami pun muncul. Sambil berbincang dengan apa yang dia jumpa di hujung jalan sana ( nanti cerita kat entri lain ), kami decide untuk cari kasut spare untuk Aisyah bila tiba di Toulouse nanti.

Amazing race ke lapangan terbang pun bermula …. hehehehe

MENCARI KEDAI KASUT BUDAK DI TOULOUSE

Bukan semudah mencari kasut budak seperti di Malaysia. Semua kedai memang khas untuk jual certain barang. Contoh, kalau kita pergi kedai budak biasanya kasut, baju, dan barang kelengkapan lain pun ada kan?

Tapi, kat sini hanya 2-3 buah kedai je yang macam tu. Yang lain? Kalau kedai baju, jual baju saja. Kedai kasut, jual kasut sahaja. Tak boleh nak main terjah je memana kedai, sangat buang masa.

Selama ni Illa rasa senang je nak cari kasut budak, tapi bila dah di luar negara.. itu perkara yang agak sukar betul nak buat. Sebab tu Illa nak kongsikan tips berguna hopefully untuk parents yang kena masalah yang sama macam kami ni (n_n)*

Ok, kami sampai ke apartment dah hampir tengah malam. Semua kedai pun dah tutup, jadi pagi esoknya kami mulakan pencarian kasut Aisyah. Barang dapur Illa decide untuk beli sendiri je masa suami pergi kelas.

Pergi ke cafe untuk breakfast

Kesian dia pakai stoking je hehe

Breakfast kami, free flow. Dah duduk Perancis, croissant biasa camni pun sedap lembut~ Setakat ni, croissant paling sedap ada depan Eiffel Tower. Meleleh!

Masa pergi ke pusat bandar, kami just based on suami je sebab dia nak pergi balik ke kedai budak yang dia pernah pergi dulu. Malangnya, kami tak jumpa pun. Berpusing-pusing je, sampai jumpa kedai Kusmi Tea. Kat sini agak famous Kusmi Tea ni, tapi tak beli pun sebab mahal sangat. Lagipun, kat rumah banyak lagi Ahmad Tea tak habis huhu.. Jangan membazir.

Kat Toulouse ni banyak Rue. Rue ni lorong-lorong kecil yang boleh muat satu kenderaan dalam satu masa. Di Paris pun rasanya sama juga konsep Rue ni, kalau tak ingat jalan memang sesat pusing-pusing je.

Nasib baik tak beli je kasut Ballet ni hehehee. Tak pepasal Aisyah jadi ballerina pula hehe. Cantik kedai ni, memang takkan jumpa la kat Malaysia.

Cantik-cantik bangunan kat sini. Selama seminggu memang Illa dok kagum dengan architecture bangunan sana. Dah kerja dengan arkitek dulu, terus pandai minat lak kat design2 bangunan. Senior architect pernah bagitau, kenapa mereka kerap ke luar negara untuk mencari ilham?

Sekarang baru faham kenapa.

Dari pagi, sampai lewat petang… percaya tak kami tak jumpa kedai kasut budak? Dah sampai lapar dah, terus makan malam kat luar. Sambil bincang strategi macam mana nak cari kasut untuk Aisyah ni.

Bukan tak jumpa. Kami masuk supermarket Monoprix dan jumpa few kasut tapi takde saiz. Material pula jenis PVC keras, takut tak selesa je dia nak berjalan ke berlari.

Dah jumpa yang berkenan, material pula kulit babi. Kebanyakkan kasut wanita dan budak perempuan diperbuat dari kulit babi ( pada lapisan dalam kasut )

Suami cadangkan Illa google kedai budak yang ada di sekitar Toulouse dan biar Illa je cari yang mana sesuai. Illa setuju so hari pertama, tak jumpa kasut.

Hari Kedua.

Malam sebelum Illa dah study kedai-kedai yang nak dilawat dan siang esoknya, Illa terus pergi ke kedai tu. Memang tak jumpalah hari pertama sebab kedai tu tersorok. Bila berdiri depan kedai, baru nampak signboard tulis ” Kedai Kasut Budak “

Alhamdulillah, jumpa juga kasut untuk Aisyah. Since masa tu Autumn, design kasut pun limited je ikut musim. Jadi, pakai lah kasut boot. Pening orang kedai dengan pe’el mak Aisyah yang cari COW LEATHER ONLY.¬†

Dengan pengalaman yang ada, Illa nak kongsikan beberapa tips berguna apabila korang kena beli kasut anak di luar negara.

Nampak ringkas tapi sangat berguna ni hehe

TIPS MEMBELI KASUT ANAK DI LUAR NEGARA

  1. Google kedai kasut untuk jimatkan masa.
    Masa itu emas, jadi boleh jimatkan masa dengan cari sesiap kedai mana yang korang nak pergi.
  2. Sediakan translation untuk apa yang nak dicari.
    Selama di Toulouse, Illa memang sediakan list shopping dalam dua bahasa, English dan French. Nak cari kasut pun macam tu, sebab kalau kita sebut sahaja – takut dia tak faham. Bila dia sebut, lain benor dengan ejaan hehe
  3. Teliti material kasut jenis kulit ( leather )
    Satu perkara yang Illa belajar, kasut kulit wanita dan budak perempuan kebanyakannya diperbuat dari kulit babi. Jadi, kena tengok betul-betul tapak kasut tu, ada 3 dots tak. Kalau ada, kena cari kasut lain lah. Masalah ni la yang buat Illa ambil masa 2 hari untuk mencari kasut Aisyah. Last-last jumpa juga kasut kulit lembu, dan harganya *tutup mata* . Agak mahal kalau nak dibandingkan dengan kasut local yang diperbuat dari kulit babi.
  4. Saiz dan keselesaan
    Bila nak beli, kena fikir flexibility untuk anak bergerak. Aisyah masa tu 1 tahun 3 bulan, memang tengah lasak nak berjalan. Jadi, bersesuaian dengan cuaca sejuk masa tu Illa pun proceed je beli boots untuk dia. Memang selesa, sedap nak berjalan ^_^. Sesetengah kedai kasut ada khidmat tukang kasut, jadi bolehla gunakan khidmat tu untuk dapatkan saiz yang paling purrrr-fect untuk kaki anak ok?
  5. Sediakan stoking untuk pakai kasut 
    Lindungi kaki anak dengan memakai stoking. Kaki pun tak sejuk, dapat juga sesuaikan dengan kasut baru tadi. Sambil-sambil nak try kasut tu, kalau dia berjalan-jalan kat lantai tak lah risau sangat. Illa memang bekal banyak betul stoking masa bercuti tu, standby.

***

Orite, setakat ni Illa kongsikan 4 tips ni dulu lah. Semoga bermanfaat untuk parents yang bakal bercuti di tempat sejuk nanti.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge