4 Tips Menjaga Kesuburan Bagi Lelaki

Assalamualaikum semua.

Sensitif juga topik kesuburan lelaki ni ye. Silap tanya, boleh gaduh wooo. Namun, sampai bila isu ni nak dijadikan “taboo” dalam masyarakat?

Here are my few cents on Kesuburan Lelaki yang boleh dijadikan sebagai panduan bagi para isteri di luar sana.

[1] JANGAN MEMAKAI SELUAR KETAT

Ini termasuklah seluar dalam yang ketat mahupun seluar jeans/slack/khakis yang ketat. Seperti yang kita lihat zaman sekarang ramai betul yang suka pakai seluar ketat metat. Sebenarnya, pengudaraan yang baik dapat menggalakkan penghasilan sperma yang lebih sihat.

Jadi suami-suami yang sedang menjaga kesuburan, elakkan fesyen yang boleh mengganggu kesuburan ya.

[2] DAPATKAN NASIHAT DOKTOR – PALING PENTING

Sebelum membuat apa-apa konklusi tentang masalah kesihatan yang dialami, wajib untuk berjumpa dengan doktor terlebih dahulu untuk megetahui punca masalah yang betul. Bila sudah didiagnosis dengan cara yang terbaik, baru lah boleh untuk mencuba apa-apa alternatif lain untuk mengatasi masalah kita.

Harus diingatkan, nasihat doktor dapat membantu kita lebih mengetahui apa yang sedang terjadi di dalam tubuh badan – masalah hormon, kurang sperma, gaya hidup tak sihat, penyakit kronik. Oleh itu, sebaiknya kita dapat nasihat yang lebih pakar kemudian terpulanglah nak pilih cara apa yang terbaik.

[3] AMALKAN PEMAKANAN SIHATĀ 

Ini tips yang sama-sama diamalkan oleh suami dan isteri agar usaha mencapai kesuburan lebih mudah berhasil. Terdapat pelbagai makanan yang boleh membantu meningkat kesuburan dan kesihatan rahim.

Untuk yang beragama Islam, jangan sesekali ketagih kepada alkohol. Bukan sahaja ia haram, malah sangat menjejaskan kesuburan badan.

Pengambilan daging merah yang banyak juga mampu mengganggu hormon-hormon badan dan mengganggu kesuburan. Antara makanan yang lebih baik untuk kesuburan ialah buah-buahan, sayuran, produk tenusu dan protein daripada daging putih ( ayam, ikan ). Terdapat juga protein dari sumber tumbuhan NON-GMO yang ternyata lebih berkesan dan selamat. Pengambilan protein adalah sangat penting di dalam membina sel-sel baru di dalam badan.

Dengan pengambilan antioksidan yang bersesuaian, kesihatan sperma akan lebih terjaga. Antara vitamin antioksidan yang sangat bagus untuk sperma ialah Vitamin E + Selenium, Vitamin C dan Carotomax.

[4] TUKAR GAYA HIDUP KEPADA LEBIH AKTIF

Ada sesetengah suami yang sukar untuk berhenti merokok, walaupun tahu kesan buruk yang boleh terjadi kepada paru-paru akibat nikotin. Merokok boleh merosakkan sel-sel sperma dan mengganggu kesihatan lelaki.

Sebaiknya elakkan daripada rasa stres yang terlalu lama. Tekanan seperti ini boleh mengakibatkan perubahan hormon yang boleh menyebabkan selera makan berubah, berat badan meningkat dan sakit kepala.

Cara terbaik ialah dengan bersenaman secara konsisten setiap hari untuk mengekalkan berat badan ideal. Bersenam juga dapat menghilangkan rasa stres jadi isteri-isteri, kalau suami kata nak pergi main badminton ke, main bolaa futsal ke.. bagi aje hehehe.

Yang terakhir, wajib jauhi dadah. Umum mengetahui dadah ialah satu benda yang sangat bahaya kepada kesihatan kita, apatah lagi tahap kesuburan. Sel sperma boleh menjadi rosak dan sekiranya disenyawaka, sel rosak boleh membentuk bayi yang tidak sihat dan bermasalah.

Leave a Reply

CommentLuv badge