Kesuburan

4 Tips Berguna Untuk Ibu Yang Ingin Menimang Cahaya Mata

Assalamualaikum

Sebelum ini Illa kongsikan tentang kesuburan para suami kan, jadi kali ini kita cerita sikit tentang hal kesuburan wanita pula. Topik kesuburan ini agak luas dan sensitif juga. Jadi, Illa cuma nak kongsikan beberapa tips yang Illa sendiri telah lakukan semasa sebelum menimang Aisyah yang comel tu.

Tips-tips yang bakal Illa kongsikan ini sangat sesuai untuk mereka yang :

  • Bakal berkahwin dan ingin memastikan badan mereka subur dan bersedia menimang anak
  • Suami isteri yang sudah lama menantikan cahaya mata
  • Suami isteri yang ingin menambah anak

Kesuburan sangat penting buat wanita, terutama sekali kepada para isteri kerana ia penting untuk meneruskan keturunan dan melahirkan cahaya mata untuk menambah seri sesebuah rumahtangga. Pernah kita dengar bukan, bagaimana pasangan suami isteri yang sudah lama teringin anak, namun belum ada rezeki. Ada yang menunggu bertahun-tahun, ada yang berbulan-bulan.

Kesuburan seringkali dikaitkan dengan kesihatan rahim dan penghasilan ovum (telur) untuk disenyawakan. Namun begitu, ada banyak lagi ciri-ciri lain yang perlu diambil kira untuk memastikan kesuburan. Antaranya faktor usia dan malnutrisi ( kekurangan nutrisi )

Untuk entri ini, Illa sentuh 4 cara yang boleh membantu para isteri meningkatkan kesuburan badan.


#1 : Makanan Untuk Subur

Ya, terdapat makanan yang dapat meningkatkan kesuburan iaitu makanan yang diperkaya dengan Asid Folik, Zat Besi dan Vitamin C. Antaranya asparagus, bayam, kacang hijau, avocado, betik, dan jagung.

 Namun begitu, supplemen tambahan seperti vitamin juga digalakkan untuk diambil kerana cara penyediaan makanan kita seharian boleh memusnahkan vitamin dan zat yang terdapat di dalam sayuran, dan buah-buahan.
Antara vitamin yang digalakkan oleh pakar ialah :

Asid Folik ( Folic Acid ) untuk menyuburkan dan menguatkan rahim.

Zat besi ( Iron ) juga penting untuk menaikkan bacaan darah ( Hb ) isteri agar perjalanan darah dan oksigen yang lebih lancar.

Vitamin E diperlukan sebagai antioksidan yang membantu meneutralkan radikal bebas yang boleh mengganggu kesihatan badan. Vitamin E semulajadi dalam bentuk d-tocopherol adalah yang terbaik untuk badan.

GLA ( Gamma-Linoelic Acid ) mengandungi asid lemak perlu Omega-6 dan penting untuk kestabilan hormon, penghasilan mukus, meningkatkan ovulasi dan menguatkan rahim.

#2 : Ubah Gaya Hidup 

Obesiti atau lebih berat badan juga boleh mengganggu tahap kesuburan. Oleh itu, gaya hidup sihat perlu diamalkan agar berat lebih ideal. Sekali sekala lakukan aktiviti fizikal seperti bersukan, berlari atau joging untuk menjaga kesihatan jantung.

Segar sungguh bila dapat mengeluarkan peluh degil kan?

#3 : Hindari Perkara Yang Boleh Mengganggu Kesuburan

Tidak dapat dinafikan zaman sekarang ini memang kita sentiasa terdedah dengan makanan berproses, makanan ringan dan tinggi kafein. Minum kopi bergelas-gelas sebab nak nampak “hipster” .. hehe.. bila buat “medical check-up” rupanya ada tekanan darah tinggi. Kafein tinggi, gula pun tinggi.. setuju?

Hindarilah perkara-perkara yang di atas agar kesuburan lebih terjaga. Sekali sekala tu tak apa, yang selalu itu yang bahaya. Rahim wanita, digambarkan sebagai sesuatu yang sangat berharga.

 Analoginya, rahim ibarat satu tanah yang hendak dicucuk tanam dengan pelbagai buahan dan sayuran. Bagaimana hendak memastikan tanah itu subur? Hendaklah dibaja, dilindungi dari serangga perosak, disiram setiap hari, dan dipantau.
Begitu jugalah dengan rahim wanita. Hendaklah dihindari dari makanan yang tidak memberi manfaat malah boleh memberikan kesan negatif kepadanya pula.

Rokok dan dadah dilarang sama sekali ya. Haram ya puan-puan. Bukan sahaja merosakkan, malah boleh memandulkan naudzubillah!

#4 : Dapatkan Nasihat Pakar

Ini juga merupakan tips yang paling penting untuk dilakukan. Sekiranya kita sudah cukup berusaha, namun usaha-usaha yang dilakukan selama ini tidak berjalan dengan lancar.. jalan terbaik ialah untuk mendapatkan nasihat dari doktor pakar perbidanan.

Ada sesetengah masalah yang boleh menyebabkan persenyawaan gagal berlaku seperti kecacatan pada rahim, tiub Fallopio tersumbat dan endometriosis, cyst dan sebagainya.

Ada banyak lagi cara lain yang boleh dilakukan untuk meningkatkan tahap kesuburan isteri ini, namun Illa percaya 4 tips di atas adalah kebanyakan tips dan cara yang biasa disyorkan oleh pakar.

~~ Jika ingin mendapatkan cadangan supplemen untuk kesuburan boleh hubungi Illa terus ya. Konsultasi terbaik dan eksklusif, insyaAllah ~~

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge