5 Cara Terbaik Mengurangkan Kesan Stretch Mark Selepas Bersalin

Hello mommies-to be!

Perkara biasa yang akan pasti berlaku selepas kehamilan ialah stretch mark atau kesan regangan pada kulit. Ia seperti parut yang biasanya muncul terutama sekali di bahagian yang terdapat lemak seperti perut, lengan, peha, punggung dan buah dada.

Kesan parut ini sukar untuk dihilangkan kerana ia meregang daripada lapisan kulit yang paling dalam dan kadar regangan kulit yang cepat membuatkan lapisan kulit mengoyak. Sebab tu, parut ini kelihatan seperti pecah-pecah.

Membuang kesan parut ini bukanlah sesuatu yang mudah, tetapi terdapat petua untuk mengurangkan risiko stretch mark ini agar tidak terlalu serius dan merosakkan kulit. Kulit cantik kita gembira, hati suami pun kenalah jaga kan ^_^

Lancarkan peredaran darah

Pastikan peredaran darah lancar di sekitar tempat yang cenderung untuk mendapat parut ini terutama sekali peha dan punggung. Urutkan secara perlahan dan konsisten (setiap hari, memang kena rajin nak cantik ni). Bagaimana nak pastikan darah bergerak lancar? Kerap bergerak dan bersenam. Kalau bersenam agak sukar untuk dilakukan, ibu kena pastikan bergerak agar otot meregang.

Gunakan pelembap

Ok, pernah baca tentang penggunaan moisturizer atau pelembap yang tidak mampu menghilangkan parut regangan? Ada benarnya kerana parut ini merupakan tisu yang telah terluka jadi memang ambil masa untuk sembuh, tetapi penggunaan pelembap dari awal kehamilan dapat membantu mengurangkan kemunculannya daripada lebih teruk daripada biasa.

Penggunaan pelembap ini juga dapat mengurangkan rasa gatal pada perut akibat kulit yang meregang, lebih-lebih lagi yang baru pertama kali mengandung. Apabila gatal, ibu cenderung untuk menggaru kulit dan boleh menyebabkan parut itu akan menjadi lebih teruk apabila perut sudah kembali ke bentuk asal selepas bersalin.

Pelembap terbaik untuk ibu mengandung ialah dengan menggunakan minyak. Pilihan kedua ialah krim pelembap. Penggunaan minyak seperti Bio Oil, Vitamin E, rosehip seed oil, grape seed oil dan lain-lain adalah sangat bagus untuk menjadikan kulit lebih elastik dan fleksibel apabila meregang. Krim pelembap yang biasa digunakan pula seperti cocoa butter dan shea butter. Tidak pasti keberkesanannya bagaimana, mungkin juga terpulang kepada kulit ibu-ibu.

#Pengalaman Peribadi : Dari awal trimester Illa dah menggunakan pelembap jenis krim jenama Buds For Mom, harga agak mahal tapi berbaloi. Kulit lebih lembap dan elastik. Apabila kandungan semakin membesar dan kulit perut semakin gatal, Illa menggunakan minyak yang beli dari Guardian. Lebih kurang macam Bio Oil, tapi lebih murah sebab jenama Guardian. Memang hilang terus rasa gatal-gatal kat kulit perut, badan pun lebih wangi je ^_^. Nasihat Illa, mula daripada awal. Jangan tunggu bila kulit dah meregang sangat dan garu banyak kali, nanti berparut. Lagi susah nak hilang.

Penggunaan Vitamin E juga membantu untuk memudarkan parut. Vitamin E daripada Shaklee mengandungi borage oil dan grapeseed oil, sangat mudah. Cucukkan kapsul dan sapukan minyak ke atas kulit. Wallah, selesai. Nak tau cara pakai, boleh contact Illa ye.

Amalan kopi kisar

Kopi kisar dipercayai dapat mengurangkan kemunculan parut regangan ini dengan cepat tapi ia bersifat sementara. Inilah fungsi kafein pada kopi, mengurangkan parut dengan cepat ( tapi bersifat sementara sahaja).

Caranya, kisarkan 3 cawan kopi dan campurkan 3 sudu minyak zaitun. Gaulkan rata. Letakkan pada kulit dan gosokkan sekurangnya 5 minit. Rehatkan selama 30 minit dan basuh.

Minum air mencukupi

Pastikan ibu-ibu meminum air dengan cukup setiap hari. Sekiranya ibu kurang minum air, kulit akan menjadi cepat kering dan kurang elastiknya. Minum 10-12 gelas sehari sudah cukup untuk membuatkan ibu selesa dan dapat menghidrasi tisu kulit dan badan. Baru tona kulit pun jadi rata dan nampak sihat.

Banyakkan pergerakan

Bergerak semasa mengandung sedikit sebanyak dapat memastikan ibu-ibu lebih mudah mengatasi masalah- masalah seperti kejang, bengkak kaki dan parut regangan. Contohnya, berjalan. Apabila kerap berjalan, perjalanan lebih lancar jadi kurang risiko untuk mendapat parut regangan kerana kulit menjadi lebih fleksibel.

Tips mudah untuk memastikan ibu kerap bergerak dlm sehari, ialah merajinkan diri. Selagi boleh mengambil barang tanpa memerlukan aktiviti memanjat atau berlari, ibu boleh cuba berusaha untuk mengambilnya sendiri. Tak perlu la mengangkat benda yang berat-berat, nanti penat je yang dapat

Diharap cara-cara dan tips di atas dapat membantu ibu-ibu mengurangkan risiko stretchmark dengan lebih berkesan. Ada orang kata, ianya keturunan dan bergantung pada jenis kulit. Rasanya, tidak salah untuk mencuba sesuatu yang baru – yang penting ibu faham bahawa kulit yang fleksibel akan kurang risiko mendapat parut yang teruk.

SEMOGA BERMANFAAT!

Leave a Reply

CommentLuv badge