Artikel

5 Makanan Membantu Detoks Agar Lebih Cepat Berkesan

Pernah membaca tentang kebaikan detoks, dan kini anda mahu mencubanya sendiri pula? Detoks sememangnya salah satu langkah yang bagus untuk mengekalkan kesihatan yang juga boleh membantu dalam :

  • menurunkan berat badan
  • tingkatkan metabolisme badan
  • hilangkan sembelit dan masalah angin
  • mengawal selera makan yang berlebihan
  • bantu kualiti tidur
  • mengurangkan stress
  • menguatkan imun sistem
  • membaiki tekstur kulit

Tak kisah apa pun tujuan anda ingin berdetoks, pastikan anda mengambil nutrien yang betul agar proses detoks lebih berkesan dan berjalan lancar. Dengan nutrien yang tepat, organ badan mampu membuang toksin dan radikal bebas dengan lebih baik.

Pastikan 5 makanan berikut anda ambil dalam proses detoks ya!

1- Milk Thistle

Bagus untuk organ hati (liver) dengan meneutralkan radikal bebas, membaiki kerosakan pada sel hati, dan melindungi sel hati yang baru daripada rosak akibat toksin.

Silymarin, bahan aktif yang terdapat di dalam benih Milk Thistle bertindak sebagai antioksidan yang akan melindungi sel-sel hati. Silymarin meningkatkan glutathione di dalam hati yang membantu badan menyingkirkan bahan kimia dan ubat.

Sangat disarankan untuk membantu mereka yang ada masalah hepatitis dan cirrhosis ( hati rosak ).

2- Dandelion

Bagus untuk organ hati dan buah pinggang. Di India, dandelion banyak digunakan untuk merawat penyakit berkaitan hati seperti penyakit jaundis, cirrhosis dan bengkak hati. Dalam perubatan Cina pula, ia terkenal sebagai herba yang digunakan untuk masalah diabetes, hati, buah pinggang dan penghadaman.

Dandelion kaya dengan vitamin A, B,C,D,E dan beta-carotene, mineral seperti zink, iron, potassium dan selenium. Dalam keadaan tertentu, Dandelion juga membantu melancarkan proses buang toksin melalui air kencing.

3- Kunyit 

Orang Melayu lama selalu mengamalkan air kunyit untuk membersihkan darah dan tujuan kesihatan badan. Kunyit juga sangat sinonim dengan masakan Asian yang sememangnya banyak kelebihan lain untuk kesihatan.

Kunyit bukan sahaja kaya dengan antioksidan dan anti-radang, ia juga membantu meningkatkan hormon di otak untuk pertumbuhan neuron dan halang proses degeneratif di dalam otak.

4- Alfalfa

Juga dikenali sebagai ” Bapa Segala Herba ” kerana ia sangat sarat dengan nutrisi! Hampir 300 nutrien terdapat di dalamnya kerana akarnya yang mampu menjalar sehingga 6 meter ke dalam tanah.

Alfalfa mengandungi nutrien seperti kalsium, magnesium, fosforus, vitamin K, vitamin A, vitamin E, vitamin C, dan berklorofil tinggi. Alfalfa juga bagus untuk masalah penghadaman dan sembelit, mengawal keresahan dan membersihkan darah.

5- Daun Senna

Sangat bagus untuk masalah sembelit. Ia merupakan julap semulajadi yang membantu usus untuk “bangun dari malas”.

*****

Pastikan detoks anda lebih bermakna dengan 5 makanan penting ni ya. Barulah dapat kesan yang terbaik!

 

2 thoughts on “5 Makanan Membantu Detoks Agar Lebih Cepat Berkesan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge