Famili

5 Tips Bawa Anak Pergi Tengok Wayang

Minggu lepas sangat memenatkan, phew. Sampai terlupa nak wish birthday suami kat wall dia, untuk ingatan masa depan. So far, okay je tak post sebab dia kata tak wajib haha.

Hari Jumaat kami pergi beli cari meja makan yang dah lama nak beli, tapi baru ada kesempatan. Then, we spend the whole day untuk mengemas rumah untuk mini open house untuk kawan-kawan suami.

Alhamdulillah laksa Sarawak tak mengecewakan semua orang nampaknya hehe. Sayangnya, semua orang lupa ambil gambar kenangan. Busy makan dan catching-up ^_^. Kami tutup rumah pukul 4 dan berehat. Tapi sebab happy sangat dengan open house awal tu, Illa ajak suami pergi tengok wayang hahah.

Sejak ada anak ni, baru sekali kami pergi wayang. Itupun sebab, suami nak tengok Fast Furious 8. Sebab Aisyah tak boleh masuk cerita 18+, Illa dan Aisyah pergi tengok Guardians of The Galaxy 2. First time dating wayang asing-asing, macam kelakar pulak.

Perasaan kali pertama? Agak nervous sebab tak pernah handle Aisyah dalam wayang. Tak tahu nanti dia takut ke, cool ke, menjerit-jerit ke, doa je dalam hati. Pergi tengok kali kedua pun still sama perasaan dia .

Siap-siap dah Illa beli bekalan dalam wayang; air, popcorn butter, susu, selimut. It turns out well, memula je dia senyap mata membulat sebab bunyi iklan kan kuat *tapi tangan gigih je laju makan popcorn*

Kali kedua tengok wayang cerita Spiderman Homecoming. Kali ni, ramai budak pergi tengok sebab hari Sabtu. Aisyah tak senang duduk sebab nak cari geng. Pujuk-pujuk, ajak main sikit. Huhu mujur kali ni ada papa dia, senang nak handle. Kalau tak, mahu berdrama kitorang nanti.

Illa lebih prefer tengok malam, sebab bila dah dekat waktu tidur Aisyah – senang nak tidurkan. Masa ni bersyukur juga sebab breastfeed Aisyah. Mudah tak perlu nak bekal air suam nak bancuh susu.

Aktiviti tengok wayang lepas ada anak ni, Illa dan suami dah tak jadikan kemestian sebab waktu bujang dulu bolehlah. Dah ada anak, tak nak biasakan pergi tempat macam tu. At least merasa sekali dua tu ok la. Kalau nak pergi untuk spend time ngan suami sekali sekala boleh la ^_^

OK, few tips nak bawa anak pergi tengok wayang. Ini tips untuk anak berumur 18 bulan ke 4 tahun ye sebab, by 4 years selalunya anak dah pandai bercakap dan bagitahu apa yang nak dan taknak. Kalau yang below ni, biasanya dia tak tahu nak explain perasaannya lagi. So, bawa pada appropriate age ye.

Berpada-pada kata orang.

Waktu Malam Paling Selesa Dan Mudah

Sebab anak dah bosan, ngantuk dia datang. Lagipun dah dekat ngan waktu tidur dia. Senang dah nak tidurkan. Despite bunyi bising kan, kadang-kadang anak lagi senang nak tidur. Sama kes macam anak yang suka tidur bila dalam kereta. Contohnya, Aisyah (-_-)”

Yang Penting, Dah Kenyang

Yes, perut anak juga perlu dijaga dengan selain perut suami ya. Kalau lapar, tu yang boleh buat crancky tu. Dahla wayang sejuk, makan tak kenyang. Sangat tak selesa. Jadi, sebelum bawa pastikan dinner tu anak dah makan kenyang2, buang besar dan happy2. Kita pun senang hati nak bawa dia.

Bawa Kelengkapan Yang Basic

Macam biasa sebelum nak ke mana-mana, kita sediakan keperluan anak seperti pampers extra, baju seluar extra, susu, toys, selimut. Selimut mommies! Please bawa sebab sejuk nanti, anak tak selesa pula.

Belanja Anak , Sekali Sekala

Biasanya, untuk anak-anak, popcorn hanya ada di wayang dan selalunya popcorn kat wayang, memang sedap. Err, jangan bandingkan dengan Garrett Popcorn ye hehe. Jadi, untuk yang dah besar sikit tu bolehla belanja diorang popcorn dan air mineral. Nak tengok cerita, bawa tengok cerita yang diorang boleh relate. Erti kata lain, cerita kanak-kanak lah. Bukan cerita Surga Yang Tak Dirindukan atau The Mummy.

Anak-anak akan happy dan berterima kasih sebab bawa diorang keluar. For me, benda kecil macam ni pun boleh jadikan rewards untuk mereka. Kalau nak bawa bercuti jauh-jauh pegang snow, duit pula halnya. So why not? Kita pun dapat pahala gembirakan anak, anak pun akan lebih faham dengan cara kita mengajar dia.

Pilih Wayang Mesra Kanak-Kanak

Tahu tak dah ada wayang yang khas untuk famili? Dalam tu anak nak menjerit, berlari, menangis pun no-hal ! HAHAH bahagia betol! Bila rajin nanti cuba tengok di TGV tentang pilihan cerita yang availabe untuk family. Berbaloi! Anak pun dapat kawan baru :p

*Reminder : Penulisan di atas adalah berdasarkan PERSONAL VIEW saya tentang membawa anak ke panggung wayang. Sekian terima kasih ^_^v

5 thoughts on “5 Tips Bawa Anak Pergi Tengok Wayang

  1. Wahhh good tips. Bawak time malam ye.

    Tapi betulla kan, bila dah kahwin ni, kalau berdua nak g wayanh tu xpelah. Dah ada anak, nanti risau diorang jadikan wayang tu “wajib”.

    Thanks Ila. Boleh Asy jafikan panduan bila ada anak nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge