Berpantang Dengan Sihat, Famili

6 Cara Terbaik Untuk Bantu Sembelit Tanpa Ubat – Ibu Berpantang Patut Buat No.1,2 dan 6

Sembelit ialah satu perkataan yang membuatkan Illa rasa sakit perut memulas dan rasa mahu ke tandas. Haha over bukan? Betul, sebab Illa pernah mengalami masalah sembelit ini. Yang peliknya, bukan waktu hamil dan berpantang tapi masa zaman anak dara dulu. Kurang minum air punya pasal.

Macam mana nak tau kita ni sembelit ke tidak? Sembelit ni, bila kita jarang membuang air besar diikuti rasa perit bila datang rasa nak membuang, kena teran kuat-kuat baru boleh keluar. Selang sehari kira ok lagi, tapi kalau terlalu lama sampaikan seminggu takde pembuangan berlaku – anda mungkin bakal sembelit.

Penting sebenarnya aktiviti membuang air besar ni kerana ia membantu menyingkirkan najis dan toksik yang berkumpul dalam usus besar kita. Boleh jadi sakit kepala, kerap sakit, tak selesa dan melambatkan proses nak kurus. Bila toksik tak dibuang, ini boleh menjadi punca kulit berjerawat.

Jangan pandang remeh ya bila sembelit. Tahu tak, masalah sembelit boleh jadi lebih teruk?

Buasir (rectal prolapse) – Apabila sembelit kita akan tend untuk meneran (push harder). Ini boleh membuatkan urat, saraf, otot sekitar rektum dan anus ( dubur) membengkak. Bila teran kuat sgt, lapisan dalam dubur boleh terkeluar dan boleh jadi gatal2 dan sakit. Ia boleh berdarah setiap kali nak buang besar. Bila berlarutan, kita boleh dpt jangkitan (infection), blood clot dalam kulit, dan melecet.

Luka pada lubang dubur – Selalu berlaku pada kanak-kanak bila meneran najis yang terlalu keras. Tisu pada kulit dubur boleh terkoyak. Kanak-kanak kan,bila takut sakit atau rasa pedih, lagi takut nak pergi toilet untuk buang besar. Jadi trauma pula lepas tu sembelit makin teruk. Bahana koyak ni walaupun sikit tapi boleh membesar dan merebak ke otot sekitar lubang dubur. Kalau koyakan jadi besar, kena makan ubat atau surgery.

Najis tersekat di dalam usus – Apabila terlalu lama sembelit, najis boleh berkumpul di dalam usus besar dan mengeras. Usus pula sukar nak bergerak untuk membuang najis tersangkut sebab kena blok dgn timbunan najis keras. Ini boleh jadi badan sakit dan muntah-muntah. Selalunya terjadi kat orang tua dan kanak-kanak.

Jadi, ada tak cara senang nak bantu sembelit tanpa perlu makan ubat? 

Mestilah ada! Illa nak syorkan 6 cara ni untuk anda semua insyaAllah takkan kena sembelit kalau amalkan. Tak perlu sampai makan ubat farmasi untuk ubati sembelit. Yang tengah berpantang, boleh follow mana yang sesuai. Untuk anak-anak, juga sesuai untuk mana yang relevan ya.

  1. Lebihkan fiber
    Bila kita ambil makanan yang tinggi fiber, memang akan automatic perut akan menggelodak dan wajib pergi tandas. Jadi, makanlah buah dan sayuran yang tinggi fiber seperti apple, orange, pisang, jambu batu, sayuran hijau seperti bayam dan sawi.Pengambilan roti putih juga boleh dikurangkan dan boleh digantikan dengan roti wholemeal. Kurangkan makanan yang rendah fiber seperti produk tenusu dan daging.
  2. Banyakkan minum air
    Terbukti dah jika kita minum air, proses pencernaan dan pembuangan najis lebih lancar. Najis boleh serap cecair dan tak mengeras. So, takde sembelit!
  3. Rajin bersenam
    Bila bersenam, pergerakan kita dapat merangsang otot-otot dalam sistem pencernaan untuk bekerja. Jadi semua akan rajin dan tak malas nak buang besar haa.
  4. Jangan sesekali TAHAN 
    Selalu kita dengar, jangan tahan kencing nanti dapat UTI. Sama la halnya dengan jangan tahan nak buang air besar – bila rasa nak buang pergi saja.
  5. Lakukan senaman pelvik
    Biasanya ini untuk orang yang sudah berumur. Apabila otot semakin lemah, disyorkan untuk berjumpa dengan ahli terapi fisio yang akan membantu buat ujian ke atas mereka yang bermasalah. Mereka juga akan diajar cara nak tahu bila nak buang besar atau tidak.
  6. Supplemen untuk kurangkan sakit, keradangan, lembutkan najis, bantu lawaskan

    Makanan tambahan yang kaya fiber seperti  psyllium husk sangat bagus diamalkan. Bukan sahaja menurunkan bacaan kolestrol, berat pun boleh turun cepat oopss ^_^Supplemen Lengkap Ostematrix – Kalsium, Magnesium dan Vitamin D bagus untuk relakskan otot dan menjadikan najis lebih mudah disingkirkan. Ia bukan julap jadi sangat sesuai diambil setiap hari untuk menggalakkan aktiviti membuang besar berjalan dengan lancar setiap hari!Supplemen Herblax yang menggunakan herba Senna Leaf untuk melawaskan najis yang dah lama tersimpan. Kebiasaannya Illa akan syorkan kepada yang mempunyai masalah sembelit terlalu lama, 2-3 bulan.

InsyaAllah, dengan mengamalkan tips-tips di atas ni anda semua tak perlu rungsing nak kena makan ubat farmasi ke apa ke. Amalkan pemakanan sihat yang kaya fiber pasti akan membantu proses pembuangan di siang hari.

Ok, nanti Illa kongsikan pula macam mana Illa tolong Aisyah yang pernah terkena sembelit apabila mencecah umur 1 tahun. Cabaran kan bila anak kecil sakit perut sebab sembelit.

Salam sayang,

Illa

(1140690)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge