6 Panduan Selepas Mengalami Episiotomi @ Luka Bersalin

Tahukah ibu, apa itu episiotomi?

Episiotomi merupakan satu teknik pemotongan di bahagian kemaluan atau lebih dikenali sebagai ‘perineum’ yang terletak di antara faraj dan lubang dubur, semasa bayi sedang berusaha untuk mengeluarkan dirinya.

Pada satu ketika dahulu, episiotomi dilakukan untuk membesarkan pembukaan faraj untuk mempercepatkan proses mengeluarkan bayi dengan selamat. Ia juga untuk mengelakkan faraj daripada terkoyak secara semula jadi terutama sekali jika baru melahirkan anak pertama.

Antara faktor-faktor yang memungkinkan episiotomi dilakukan ialah :
• Saiz bayi besar
• Posisi kepala bayi yang tidak normal (menghadap ke bawah)
• Penggunaan alat bantuan kelahiran ( forsep, vakum )
• Masalah jantung bayi
• Tisu koyak – Tisu mula berdarah dan dikhuatiri akan koyak di beberapa tempat lain.

Namun begitu, prosedur ini dijadikan pilihan terakhir para doktor pada zaman sekarang dan tidak lagi dijadikan rutin proses kelahiran.

Mereka mendapati selepas melakukan pemerhatian selama beberapa tahun, terdapat pelbagai isu-isu yang timbul :
• Isu penjagaan luka – luka episiotomi sukar untuk dijaga dan lambat sembuh
• Risiko kehilangan darah yang banyak semasa episitomi dilakukan boleh membahayakan nyawa ibu dan bayi
• Risiko faraj terkoyak teruk sehingga tahap 3 dan 4 kerana teknik meneran yang salah
• Mengambil masa yang lebih lama untuk ibu berasa selesa selepas bersalin

Terdapat kaedah urutan perineum untuk mengurangkan risiko ini. Urutan perineum akan meregangkan otot faraj dengan lebih baik dan memudahkan kepala bayi untuk keluar dengan lancar.

1 – Jangan mengangkat benda-benda berat selagi jahitan belum sembuh sepenuhnya.
2 –  Mengurangkan pergerakan supaya faraj memulih dengan cepat. Semasa tempoh berpantang, berehatlah secukupnya.
3 – Meminum air secukupnya untuk mengelakkan jangkitan kuman. Cuba amalkan teknik 8 gelas sehari untuk memastikan pengambilan air yang mencukupi.
4 – Membersihkan tempat luka dengan rapi. Jangkitan salur kencing (UTI) mudah berlaku kerana jarak uretra (salur kencing) dan perineum hanya 3-4 cm sahaja. Penggunaan air garam suam dan air rebusan herba sangat membantu membunuh kuman dan mengeringkan luka dengan cepat.
5 – Untuk pesakit diabetis, sila kawal tahap pengambilan gula. Ini untuk mengelakkan luka lambat sembuh.
6 – Untuk mengurangkan bengkak selepas jahitan, letakkan pek ais di kawasan faraj dengan segera dan selang seli selama 12 jam supaya kebas.

Leave a Reply

CommentLuv badge