6 Tips Buat Motivasi Ibu EP (Exclusive Pumping)

Mesti ramai ibu yang berazam untuk menyusukan anak mereka dengan susu ibu selama yang boleh, sebaiknya sehingga anak berumur 2 tahun. Namun begitu, secara praktikalnya terdapat pelbagai halangan dan rintangan yang terpaksa para ibu hadapi untuk memastikan azam ini menjadi kenyataan.

Kadang-kadang, halangan dan rintangan yang dihadapi seperti susu merudum, anak tak mahu menyusu secara terus dan lain-lain membuatkan kita rasa ingin menyerah kalah sahaja dengan azam kita itu. Jangan! Kesukaran menjadi ibu yang ingin memberikan susu ibu secara eksklusif boleh diatasi sekiranya kena dengan caranya.

Ramai ibu memilih untuk membuat exclusive pumping agar anak mereka mendapat bekalan susu ibu secara berterusan. Ada yang berjaya untuk beristiqamah dalam pumping dan juga sebaliknya. Semuanya bergantung kepada cara dan teknik yang para ibu gunakan semasa  pumping.

Mari kita berkongsi tips untuk memastikan azam para ibu untuk Exclusive Pumping berjaya ^_^

#1 Jauhi Perasaan Tertekan / Terbeban

Jangan sesekali kita merasakan tugas kita untuk mengepam susu sebagai satu tekanan atau bebanan. Ini merupakan pengorbanan ibu untuk anak-anak, keep that in mind. Kita tukar cara pemikiran kita dengan berlapang dada dan melalui proses mengepam susu ini sebagai satu pengalaman yang indah dan happy.

Seandainya kita berasa tertekan dan terbeban, secara tidak langsung ini akan mempengaruhi penghasilan susu ibu. Sentiasa berfikiran positif yang susu kita mencukupi keperluan anak kita setiap hari.

Rancang jadual mengepam untuk mengelakkan rasa tertekan dengan beban kerja di pejabat. Sebaiknya, berbincang dengan teman sepejabat atau bos lebih baik agar kesefahaman dapat dicapai. Nanti takdelah istilah curi tulang kan?

Berbincang dengan pasangan tentang tekanan yang dirasai juga boleh membantu mengurangkan kebimbangan para ibu. Sokongan moral daripada suami dan juga ahli keluarga lain amat penting untuk membantu menyuntik semangat positif buat ibu.

#2 Mengepam Secara Konsisten

Apa yang paling penting ialah disiplin diri! Ibu kena mendisiplinkan diri kerana mengepam susu akan menjadi rutin harian kita. Mengepam secara konsisten, setiap hari bertindak sebagai milk booster tanpa disedari kerana semakin kerap anda mengepam, semakin banyak susu dapat terhasil.

Ibu boleh mencuba teknik power pumping yang dapat membantu penghasilan susu yang lebih efektif.

#3 Makanan tambahan

Untuk memastikan penghasilan susu yang sentiasa berterusan, tips dari pemakanan juga boleh diamalkan. Mengikut petua, di antaranya ialah dengan meminum air rendaman halba. Selain daripada itu, ibu harus memastikan dirinya meminum air kosong sekurang-kurangnya 2 – 3 liter sehari. Penyusuan boleh menyebabkan kita berasa dahaga dan cecair dalam badan haruslah mencukupi agar kita berasa lebih bertenaga.

Selain daripada itu, boleh juga mengamalkan makanan sunnah seperti susu kambing dan kurma. Pengambilan supplement yang bersesuaian juga boleh untuk memastikan stok susu yang berterusan.

#4 Waktu malam

Waktu malam merupakan waktu di mana tubuh kita lebih rancak menghasilkan susu. Untuk merangsang lagi penghasilan susu, kita kena rajin mengosongkan payudara. Mungkin agak sukar untuk kita bangun dan mengepam di waktu begini, tetapi insyaAllah cabaran tidur boleh diatasi dengan baik.

Tempoh terbaik untuk mengepam di waktu malam adalah di antara jam 12 tengah malam sehingga jam 5 pagi. Ibu boleh merancang waktu mengepam mengikut waktu bayi bangun untuk menyusu malam.

#5 Jenis pam

Terdapat pelbagai jenis pam payu dara yang terdapat di pasaran. Ada yang manual dan ada yang auto, single dan double pumping bersesuaian dengan keadaan ibu-ibu EP. Buatlah pilihan yang memudahkan kita untuk mengepam susu. Cuba dapatkan info sebanyak mungkin tentang pam-pam di luar sana supaya kita pun rasa berbaloi dengan pembelian kita. Bak kata pepatah, jangan kalah membeli biar menang memakai =)

#6 Zikir dan doa

Banyakkan berdoa memohon kepada Allah agar kita cekalkan hati dalam melaksanakan tanggungjawab kita yang penting ini. InsyaAllah, Dia Maha Mendengar =)

Illa harap ibu-ibu sekalian mendapat manfaat daripada perkongsian tips di atas. Alhamdulillah, Illa sudah pun mencuba tips-tips di atas dan penghasilan susu pun semakin bertambah dari hari ke hari, sesuai dengan keperluan bayi.

Selamat Mencuba!

Leave a Reply

CommentLuv badge