Kehamilan

7 Perkara Suami Patut Ambil Tahu Tentang Perubahan Isteri Ketika Hamil

Halo para suami! Pening tak layan kerenah isteri semenjak berbadan dua ni? Jangan pelik sangat ye. Memang banyak perubahan yang berlaku dan akan bertambah lagi apabila kandungan semakin membesar. Lebih-lebih lagi yang  pertama kali mengandung.. naik risau dibuatnya.

Perubahan #1 Rasa Loya, Mual dan Muntah-Muntah

Ini ialah simptom yang biasa berlaku di awal trimester kehamilan. Kadang-kadang ianya akan berlanjutan sehingga masuk minggu ke-12 dan ada juga yang tidak bernasib baik akan mengalaminya sepanjang kehamilan. Perubahan hormon dalam badan membuatkan badan isteri mengalami penyesuaian dengan keadaan hormon estrogen yang semakin meningkat. Oleh itu, tidak hairan lah isteri akan mengalami simptom ini terutama sekali apabila penat.

Cara mengatasi :

•Cuba elakkan isteri daripada bau yang kurang menyenangkan. (harap-harap bukan bau suami pula yang dia tak boleh hidu).

•Makan sedikit tapi kerap. Elakkan makan terlalu banyak karbohidrat nanti risau bacaan gula meningkat pula di dalam badan.

•Pengambilan B-Complex boleh membantu menghilangkan loya dan memberi tenaga sepanjang hari.

•Minum air kosong bercampur lemon untuk mengurangkan rasa loya. Ia lebih baik daripada memakan asam kerana ianya banyak bahan pengawet dan tidak baik untuk daya ingatan.

Perubahan #2 Badan yang berasa panas dan sentiasa berpeluh

Haa, yang ini Illa juga mengalaminya, lebih-lebih lagi bila da memasuki trimester akhir. Jenuh juga la suami dulu nak bagi Illa rasa sejuk waktu siang dan malam..pasang air-cond pun Illa kata panas lagi walaupun dia dah kesejukan sangat =P. Ini terjadi kerana peningkatan isipadu darah di dalam saluran darah. Kandungan darah yang semakin meningkat untuk menampung keperluan isteri dan janin menyebabkan badan merasa lebih panas dari biasa.

Cara mengatasi :

•Banyakkan meminum air kosong untuk menyejukkan badan. Badan yang panas mudah untuk mendapat ruam sekiranya mempunyai kulit yang sensitif.

•Memakai pakaian yang selesa, fabrik sejuk dan longgar.

Perubahan #3 Kejang kaki atau otot

Kekejangan kaki atau otot biasanya berlaku pada waktu malam. Selalunya ini disebabkan oleh kekurangan kalsium yang mencukupi di dalam badan. Kekejangan yang teruk boleh berterusan dengan lama dan ini sangat berbahaya kepada isteri.

Cara mengatasi :

•Pastikan isteri mengambil kalsium setiap hari setiap malam sebelum tidur. Keperluan kalsium yang mencukupi bagi isteri yang mengandung ialah 1000 mg sehari. Illa mengamalkan pengambilan Ostematrix dan alhamdulillah, kekejangan cuma berlaku kadangkala sahaja..itu pun kerana Illa terlupa makan. Ostematrix mengandungi kalsium dan magnesium yang membantu penyerapan kalsium dengan efektif.

•Kalau isteri bukan jenis yang suka makan ubat, galakkan isteri untuk meminum susu kambing sebelum tidur. Susu kambing merupakan makanan sunnah yang tinggi kalsium. InsyaAllah, dengan mengamalkan susu kambing setiap malam sebelum tidur juga boleh membantu mengurangkan masalah ini.

•Pelajari teknik menangani isteri yang sedang kekejangan. Perlahan-lahan, urut betis kaki yang kejang. Pastikan kaki isteri berada dalam keadaan lurus. Tahan untuk beberapa ketika sehingga isteri berasa lega.

•Sekiranya kekejangan masih kerap, lebih baik rujuk kepada yang lebih pakar. Mungkin ada masalah lain yang kita tak ketahui kan. Better safe than sorry =)

Perubahan #4 Kerap membuang air kecil

Pengembangan rahim akan menambah tekanan pada pundi kencing dan membuatkan isteri asyik terasa nak pergi membuang air kecil je walaupun kadang-kadang takde ape pun yang keluar. Perkara ini kerap terjadi pada 1st dan 3rd trimester.

Cara mengatasinya :

•Kurangkan meminum air yang kerap pada sebelah malam. Nanti kesian pula isteri kena bangun malam-malam untuk pergi ke tandas.

•Berdehem semasa membuang air kecil untuk menghabiskan sisa air kencing.

•Sekiranya isteri merasa tidak puas ataupun sakit ketika membuang air kecil, lebih baik merujuk kepada doktor kerana dikhuatiri isteri mengalami kencing tak lawas atau jangkitan pada salur kencing..na’uzubillah.

Perubahan #5 Sembelit

Okay, Illa takde mengalami pengalaman sembelit sangat sebab Illa mengamalkan pengambilan Ostematrix. Sembelit cuma akan berlaku apabila Illa terlupa makan ubat sahaja. Sembelit ni terjadi kerana pergerakan usus kita yang dah kurang aktif akibat daripad perubahan hormon.

Cara mengatasinya:

•Banyakkan minum air di siang hari dan mengambil makanan yang berserat tinggi. Contohnya, oat atau wholemeal bread.

•Melakukan senaman ringan yang disyorkan untuk isteri hamil untuk memastikan otot kita berfungsi dengan sebaiknya.

Perubahan #6 Pendarahan pada gusi

Apabila perubahan hormon berlaku, gusi akan menjadi lembut dan mudah luka. Illa mengalaminya sehingga 2nd trimester. Gusi berkemungkinan menjadi bengkak dan sensitif.

Cara mengatasinya:

•Menukarkan jenis berus gigi kepada berus yang lebih soft berusnya. It really helps!

•Melakukan pemeriksaan gigi percuma. Perkhidmatan rawatan gigi yang percuma di klinik kerajaan sepanjang kehamilan haruslah digunakan dengan sebaiknya. Ambil peluang yang ada untuk memastikan gigi kita dalam keadaan yang tiptop. Tak nak lah nanti lepas bersalin je gigi jadi rongak pulak kan (-__-)”

Perubahan #7 Selera makan yang bertambah

Ini lebih dikenali sebagai “mengidam” di kalangan orang Melayu. Time ni lah isteri teringin nak makan buah-buahan yang belum musim la, masakan jiran sebelah rumah la, dan macam-macam lagi lah. Hehe… sabar ye suami.

Kajian menunjukkan keinginan ini didorong oleh kekurangan zat yang diperlukan badan dan membuatkan kita teringin untuk makan makanan yang dapat memenuhi kehendak itu. Contohnya, isteri teringin sangat nak makan meatball Ikea yang famous tu, nak jugak 12 biji tak kira. Kemungkinan besar badan isteri kekurangan sumber protein.

Cara mengatasinya :

•Suami kena memastikan diet pemakanan isteri adalah seimbang. Cukup karbohidrat, protein, sayuran dan mineralnya. Kurangkan pengambilan makanan bergoreng dan berlemak untuk mengelakkan badan menjadi cepat lemah dan terhidrat.

•Kalau isteri teringin makanan yang sukar didapati, pujuklah isteri sehabis baik. Nanti terasa pula hati dia~

Rasanya, tips-tips yang Illa tuliskan ni dapatlah membantu para suami untuk menangani isteri mengandung dengan lebih efektif ya. Lepas ni, takdelah isteri nak merajuk lagi sebab suami tak faham-faham dengan perubahan isteri. Isteri pun kadang-kadang tak perasan perubahan diri dia =)

Kepada suami,

Selamat menjalani ujian pertama menjadi seorang ayah!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge