7 Petanda Air Ketuban Kurang Yang Ibu Patut Peka

Pelbagai komplikasi boleh terjadi apabila air ketuban ibu berkurangan tanpa disedari. Selain risiko bayi lemas, bayi juga boleh mengalami kecacatan. Oleh itu, jangan sesekali kita mengabaikan beberapa petanda yang mungkin kita rasa ia cuma perkara normal.

Better safe than sorry kata orang.

Cuba kenali tanda-tanda luar yang berikut agar ibu-ibu boleh elakkan perkara yang tidak diingini daripada berlaku. Boleh cecepat pergi jumpa doktor dan dapatkan opinion pakar.

# 1 Seluar Basah
Ok, kita tahu sekiranya kita terkencing di dalam seluar bukan? Tapi, kalau air ketuban yang bocor – kita tak akan perasan. Tau-tau je basah. Ini based on pengalaman mak Illa sendiri dan orang-orang lain.

#2 Pergerakan Bayi Kurang
Yang ini boleh dikesan dengan lebih awal sekiranya ibu sentiasa rajin merekod (dengan jujur) pergerakan bayi dalam masa 12 jam – seperti yang ditulis dalam buku rekod ibu. Kalau ibu main agak-agak je, nanti takut anggaran je. Jadi tak perasan pun yang bayi kurang bergerak.

So, ibu kena perlu rajin rangsang bayi juga ye untuk pastikan dia aktif bermain-main ^_^

#3 Perut Lebih Kecil Dari Biasa
Hari-hari selfie depan cermin nak tengok perkembangan perut bayi, tiba-tiba minggu depan-depan baru perasan perut macam mengecil jek dari biasa. Jangan panik sangat ye ibu.. next checkup boleh refer kat nurse/doktor. Kalau nak, boleh pergi scan kat klinik untuk sedapkan hati =)

#4 Sakit Bawah Perut Bila Berjalan
Kalau terasa macam sengal-sengal, tak larat nak berjalan kat bahagian bawah perut – sila bagitahu nurse semasa checkup ye.

#5 Susah Nak Scan 4D
Air ketuban yang kurang akan menyukarkan proses nak scan baby ni. Mungkin kurang ruang?
Doktor lebih arif tentang perkara ni, wallahua’alam.

#6 Perkembangan Janin Tak Sempurna
Terutama sekali perkembangan dan pembentukan buah pinggang bayi. Buah pinggang bayi penting untuk memastikan kandungan air ketuban tak berkurangan. Semasa dalam kandungan, bayi akan menelan air ketuban dan mengeluarkannya semula jadi sepatutnya takkan berlaku pengurangan yang mendadak – melainkan bayi tak dapat nak proses air ketuban tu.
Yang ini dapat dipastikan dengan pemeriksaan lanjut oleh doktor.

#7 Masalah Kesihatan Ibu
Ibu yang mempunyai masalah kencing manis, darah tinggi, Lupus (SLE), dan Eclampsia dikatakan berisiko untuk mengalami masalah air ketuban kurang. Jadi, ibu cuba tingkatkan kesihatan diri semasa hamil ni… kurangkan stress, bawa bertenang dan bersabar. Pemakanan haruslah dipantau – berkhasiat dan seimbang.

*****

InsyaAllah semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada ibu-ibu baru di luar sana.
Happy Pregnancy!

5 Comments

    • bahaya juga asy. nanti bayi dah kekurangan protection sebab salah satu fungsi air ketuban ialah untuk melindungi bayi kita. banyak lagi kesan buruk yang boleh berlaku bila kurang air ketuban ni 🙁

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge