Famili, Kulit Bebas Parut Dan Jerawat

7 Tanda Amaran Untuk Anda Buat Detoks Dengan Segera

Bila lemak mulai menimbun dan toksin semakin membukit dalam badan…

Scary kan?

Ini semua dipengaruhi oleh makanan, minuman, ubat-ubatan yang kita perah consume. Detoks ni sebenarnya bagus supaya badan boleh kembali segar dan “bersih”.

But, then you need some cues or clues – bila nak kena start buat detoks ni eh?

Lemme tell you some funky facts ^_^

Secara semula jadi, tubuh telah dicipta lengkap dengan sistem detoksifikasi tersendiri.

3 organ utama detoksifikasi ialah :

a) Usus – untuk menyerap nutrien dan air ke dalam badan serta menyingkirkan sisa toksin melalui pembuangan air besar

b) Hati – menapis toksin, membantu metabolisme lemak, protein dan karbohidrat serta membantu menukar toksin kepada agen tidak berbahaya

c) Buah pinggang – menapis bahan buangan dan cecair berlebihan daripada darah. Ia juga mengawal atur dan melepaskan sodium, fosforus dan kalium dalam kadar yang seimbang.

Ketiga-tiga organ ini kena bekerjasama untuk berfungsi dan ia tidak akan dapat berfungsi dengan lancar dalam keadaan berlebihan, tertekan dan bertoksik.

Mari fahami bagaimana badan kita memberi “signal” agar kita perlu segera buat detoks.

#1 Penat dan Lesu

Bila bangun tidur, tubuh rasa sangat lesu, berat dan tidak bertenaga. Jangan gelojoh meneguk minuman tenaga kerana bila mengambil stimulan berlebihan akan lebih memburukkan keadaan badan.

Pembersihan usus besar sangat membantu membuang toksin yang terkumpul.

#2 Kurang @ hilang Fokus

Luar anda nampak normal, tapi fikiran anda cepat mengelamun dan melayang-layang. Harus detoks! Ini kerana kandungan logam berat, zat kimia, toksin atau racun boleh menjejaskan daya tumpuan otak.

#3 Sembelit @ Susah Buang Air Besar

Ini salah satu petanda bahawa sistem pencernaan anda kurang baik walaupun anda sudah mengambil lebih makan serat dan mengatur diet seimbang.

Pembersihan usus boleh dilakukan dengan mengamalkan buah-buahan dan sayuran rebus serta menghentikan pengambilan makanan berminyak atau “fastfood”.

#4 Berat Badan Jadi Statik Dan Sukar Diturunkan

Mungkin terjadi akibat toksin terkumpul terlalu lama. Toksin yang tidak dibersihkan akan membuat vitamin dan mineral sukar diserap. Amalan detoks bukan saja boleh membersihkan toksin, malah menurunkan berat badan yang sekian lama statik.

#5 Susah Tidur

Sesetengah toksin boleh mengganggu kitaran normal tubuh contohnya melatonin yang berfungsi mengirimkan signal tidur. Akibatnya, anda kerap terjaga malam, atau susah melelapkan mata.

#6 Disfungsi Seksual

Tiada “mood” atau keinginan bersama pasangan. Apabila toksin terlalu banyak dalam badan, kemampuan seksual juga menurun. Ramai yang telah melakukan detoks akan merasakan perubahan dan lebih bertenaga.

#7 Masalah Kulit atau Alahan

Pernah tak rasa kulit jadi rosak sampai satu ketika, kulit dah taknak elok balik..kekal kering dan nampak kusam? Rawatan luaran tak dapat membantu untuk membuang toksin di dalam badan.

Bila berlanjutan, kulit mulai tumbuh jerawat, ruam, lingkaran gelap bawah mata dan badan berbau.

Teruskan detoks sehingga kulit kembali sihat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge