8 Cara Nak Pilih Kolagen Terbaik Dengan Betul

Pernah tak rasa macam kena psiko bila tengok tv? Hari-hari kena tengok iklan kolagen yang penuh janji-janji..

Kolagen memutih

Kolagen menganjal

Kolagen menguruskan ( ada ke?)

dan banyak lagi.

Jadi, betul tak pernah rasa macam kena psiko tu? Hebat betul marketing mereka kan. Sebelum korang tergoda untuk mencuba dan membeli mana-mana kolagen tu, kena tahu dulu apa ciri-ciri kolagen yang BAGUS dan SESUAI untuk wanita cantik macam kita ni ^^,v

APA BENDA KOLAGEN NI SEBENARNYA?

Kolagen ni sebenarnya komponen utama dalam badan manusia. Lebih dari 71% protein dalam sel-sel kulit kita ni ada kolagen dan sangat penting dalam penghasilan sel-sel baru, membantu menjaga keremajaan kulit, melembutkan kulit dan banyak lagi kebaikan untuk kulit.

Tengoklah bayi, kulitnya halus gebu mulus. Sebab kolagen dalam badan bayi ni maksimum haa, belum dicemari lagi dengan makanan-makanan yang tak elok dan takde nak stres-stres.

Jadi sekarang kolagen dah dijadikan supplemen yang diformulasikan untuk kita yang dah tua ni hihi. Biar jadi macam kulit bayi semula >_< .

Cuma kena tau la kolagen yang bagus sebenarnya, bukan main-main beli je sebab tak semua kolagen tu selamat untuk kita dalam jangka masa panjang.

Meh la baca apa yang ada pada supplemen kolagen TERBAIK BAQ HANG.

  1. Pilih kolagen yang berbentuk makanan berbanding yang disuntik untuk memastikan sintesis enzim dapat mengoptimumkan penyerapannya ke dalam badan.
  2. Saiz kolagen yang bagus sekurang-kurangnya 1000 Dalton dan ke bawah. Saiz ‘microfine’ yang haluih ni membantu penyerapan yang sangat baik. Bila saiz yang optimum ni diserap oleh sel, setiap kolagen diserap 100% dan nampak kesan dengan cepat.
  3. Pastikan kolagen mempunyai bahan yang merangsang pembentukan ‘hyaluronic acid’ yang membantu kulit lebih tegang. Fungsi ‘hyaluronic acid’ ni ialah mengikat kolagen dengan serat yang elastik.
  4. Mengandungi fungsi anti-oksidan yang tinggi untuk mengurangkan kesan pra-penuaan ( garis halus, kedut halus, kulit kurang anjal)
  5. Setiap kolagen yang bagus mempunyai ‘emolient’ yang terbaik dan boleh mengunci kelembapan yang berpanjangan.
  6. Mempunyai elemen vitamin seperti B-Complex untuk membantu sintesis atau pembentukan kolagen dari tubuh badan kita sendiri.
  7. Mengandungi glucosamine untuk kesihatan sendi.
  8. Selamat dan tidak bertoksin. Rajin-rajinlah baca kandungan botol atau google ‘ kesan sampingan kolagen jenama XXX’

 

xxxxxxxxxxx

Begitulah 8 ciri-ciri kolagen yang berbaloi untuk dibeli. Bukan sahaja menambah baik kulit kita malah selamat diambil sebab diserap 100%.

Leave a Reply

CommentLuv badge