Famili

8 Perkara Indah Apabila Menjadi Seorang Ayah

Assalamualaikum ayah-ayah sekalian.

Eh, kali ni untuk ayah-ayah pula. Hehe..

Apa perasaan bila dah jadi ayah? Masih hati ‘macho’ atau hati sudah menjadi tisu? Indah kan bila sudah jadi ayah ni, lebih-lebih lagi bila tengok anak kita membesar dengan sihat, comel dan arghh, bulat macam pau!

Setuju tak kalau Illa kata bila dah jadi ayah-ayah ni, banyak perubahan dah terjadi dalam hidup korang? Banyak SANGAT right?

Cuba tengok senarai ni, sama ada korang dah merasai semua jenis kebahagiaan selepas jadi ayah ^_^v

[1] Kehidupan Lebih Sihat

Ya, sebab nak bagi contoh yang baik kat anak-anak.. kena tunjuklah ayah suka makan sayur, makan buah. Isteri pun dah tukar menu kat rumah, haruslah redha ^_^.

Eh, nampak ayah macam sihat berseri-seri je kulit? Cukup Vitamin C nampak ^_^

[2] Aktiviti Harian Anda Meningkat

Kalau dulu, weekend je bangun pukul 11, 12. Bangun-bangun main game, tengok Tv marathon drama, baru mandi.

Sekarang, pukul 9 dah bawa anak jalan-jalan kat luar rumah ambil angin segar di waktu pagi. Lepas tu, kita mesti planning nak pergi piknik la, pergi playground la, pergi bercuti kat mana-mana sebab kesian tengok anak duduk rumah.

Kalau yang hantar anak pergi taska, mesti nak grab peluang weekend ni untuk spend masa dengan anak-anak. Betul kan?

[3] Mengurangkan Tekanan Dan Kurangkan Risiko Tekanan Perasaan

Yang ni dah ramai ayah-ayah tahap ‘otai’ cakap kat suami Illa. Bila balik kerja dengan serabut dan pening, tengok muka anak tersenyum depan pintu terus hilang stress

Err.. mungkin sekejap je.. lepas tu pening balik bila semua berebut nak salam dan dukung..Ececece~

[4] Kemampuan Untuk Memupuk Dan Menjaga Orang Lain

Bila jadi ayah, kita pikul satu tanggungjawab yang semakin besar kerana anak ibarat kain putih. Kitalah yang mencorakkan dia dari kecil. Ayah pun jadi lebih matang tahun demi tahun, anak demi anak

[5] Kepuasan Pekerjaan Meningkat

Mungkin dari segi keberkatan mencari rezeki tu, kita rasa lebih puas hati. Kita bekerja mencari rezeki demi anak-anak

[6] Menjalani Kehidupan Harian Dengan Lebih Baik

Lebih bermakna gituh hehe. Pagi dah ade insan comel tolong bangunkan, lepas tu nak bermanja minta suap lagi. Petang-petang ada teman buat jalan-jalan pula. Takde dah buang masa tak tentu arah macam dulu.

[7] Anak-anak Lebih Cepat Belajar Daripada Peribadi Seorang Bapa

Yang ni respect kat ayah-ayah. Entah lah ye, kalau mak cakap banyak kali kadang buat taktau je. Sekali ayah buka mulut, semut lalu pun boleh dengar hahah.

Aisyah yang baru setahun ni pun, ayah cakap baru nak buat muka innocent. Ayah cakap No, all ears je. Hmmph.

Siapa nak dengar cakap Mommy?

[8] Pengetahuan Agama Lebih Bertambah

Bila dah ada anak, semua sedar kot tanggungjawab dah bertambah. Haruslah buka balik buku Pendidikan Islam masa Tingkatan 5 dulu, nak tengok kot ada tak info-info kekeluargaan yang kita lupa.

Betul tak?

Paling koman pun semua akan google ” Cara Menguruskan Uri Bayi Baru Lahir”.

Ya, sebab benda macam gitu bukannya nak buat hari-hari. Sekarang? Cuba tanya ayah-ayah, apa steps kena ada untuk tanam uri bayi?

Dari A sampai Z dia boleh explain. Sampai ke Hikmah dan Pengajaran ^_^v.

Tapi bukan sebab itu je lah. Jadi ayah ni merangkumi jadi Imam, Ketua Keluarga, Ketua Pengawas, dan lain-lain. Our children will definitely go to the parents untuk rujuk ape-ape masalah.

Malu lah nanti bila anak tanya, kita tak tau jawab. Kena tanya Ustaz, Ustazah.

Buat ayah-ayah, semoga menjadi idola buat anak-anak

 

Pesanan Ikhlas, 

Team Mak-Mak

3 thoughts on “8 Perkara Indah Apabila Menjadi Seorang Ayah

  1. Syukur allhmdulillah dapat ayah yang memahami anak-anak…
    Ayah seharusnya mendamping anak2..jangan biar anak2 sendirian menyelsaikan masalah mereka…
    bantu lah sayangilah anak2..dia lah permata hati mu
    sarinah bte hashim juga ada menulis tentang APA ITU GOUT?My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge