8 Tips Bercuti Semasa Hamil Tanpa Rasa Stress

Biasa dengar orang cakap pasal babymoon tak? Yang selalu mesti honeymoon kan. Honeymoon atau bulan madu selalunya untuk pasangan yang baru lepas bernikah untuk pergi berehat-rehat selepas majlis resepsi. Babymoon pula merujuk kepada percutian semasa isteri sedang mengandung..bukan bulan anak ye sebab baby nye tak keluar lagi =)

Personally, babymoon-ing ni bukanlah perkara yang wajib ada dalam checklist kita. It’s more on self-rewards atau dalam ayat simple nye, pergi bercuti! Yeah!. Yelah, penat-penat bekerja lepas tu dengan perubahan hormon dan fizikal kita.. mesti kita rasa nak take a break untuk beberapa hari bukan?

Nak rehatkan minda dan badan, baru produktif! —-> ayat umpan bos bagi cuti.

Akan tetapi, sebab Illa selalu sangat tengok cerita omputih + suami yang dah lama teringin nak pergi berjalan-jalan, kitorang pun decide untuk pergi bercuti semasa kandungan Illa dah mencecah 28 minggu. Masing-masing dah tak sabar nak menyambut Hari Pekerja =P

Ke Krabi kita!

Ok, Illa rasa kalau nak cerita tentang percutian ke Krabi mungkin akan memerlukan satu entri yang panjang. So, kali ni Illa just nak share tips je dulu untuk pergi bercuti apabila kandungan sudah mencecah 24 minggu ke atas.

Tips #1 : Bincang destinasi pilihan

Pastikan destinasi pilihan anda dan suami suka sama suka ye, baru boleh enjoy untuk relaks dan menikmati keindahan alam. Illa dan suami memilih Ao Nang, Krabi sebab :

•suasana tepi pantai yang damai dan nyaman

•tak terlalu sibuk

•oh kami memang suka tengok pantai

•kami tak pernah pergi Thailand

Tips #2 : Kurangkan masa perjalanan

Semasa mengandung, kita akan mudah merasa penat walaupun kita duduk je dalam kereta. Sengal sana, sengal sini. Jadi, lebih baik kalau kita memilih tempat yang mudah dan tak perlu effort yang terlalu banyak. Risau nanti kita stress pulak, bukannya relaks. Kasihan baby.

Perjalanan ke Krabi menaiki kapal terbang dalam 1 jam ++ sahaja, jadi sangat convenient bagi Illa sebab tak perlu duduk lama sangat dalam flight.

Tips #3 : Semak garis panduan penerbangan untuk ibu mengandung

Tips ini sangat penting untuk mengelakkan anda dihalang untuk menaiki kapal terbang. Sesetengah syarikat penerbangan meletakkan syarat seperti surat pengesahan doktor. Seeloknya, ambil tahu syarat-syarat ini sebagai persediaan anda pada masa hadapan. Nanti senang nak minta surat doktor daripada hospital/klinik.

Sebagai contoh, Air Asia akan meminta surat pengesahan doktor apabila kandungan mencecah 28 minggu ke 34 minggu. Anda juga akan diminta untuk mengisi borang di kaunter check-in.

Tips #4 : Kalau nak travel, travel sekarang! ( 2nd Trimester)

Trimester kedua ialah masa yang paling sesuai untuk anda pergi bercuti tak kira di luar atau dalam negara. Masa ni, muntah loya semua dah berkurangan dan kita pun selesa untuk meneruskan aktiviti kita macam biasa. Pada masa ni juga, keadaan kandungan kita tak terlalu sensitif atau terlalu besar sehingga menyukarkan pergerakan.

Tips #5 : Bawa ubat-ubatan penting

Bercuti pun bercuti juga, jangan sampai lupa ubat-ubatan yang perlu kita ambil ye. Walaupun tengah mood cuti, Illa tetap memastikan ubat-ubatan seperti B-Complex, Folic Acid, Vitamin C, Ostematrix (Calcium) dan Iron tak tertinggal. Siap bawa ubat extra lagi untuk suami, kot- kot dia pening sebab perubahan cuaca atau terkejut dengan air pantai yang sangat hijau =)

Tips #6 : Vaccination

Kalau anda planning untuk pergi ke luar negara, boleh consult dengan doktor kita sama ada kita memerlukan apa-apa vaksin tak sebelum pergi. Kita pun kena alert dengan isu semasa negara yang bakal kita lawati, nanti senang kita nak ambil langkah berjaga-jaga.

Alhamdulillah, tahap kesihatan Illa berada dalam keadaan memuaskan jadi doktor tak bagi apa-apa vaksin pun, cuma nasihatkan jangan lupa makan ubat dan banyakkan minum air kerana cuaca di Thailand agak panas berbanding di Malaysia.

Tips #7 : Pakaian yang selesa dan lembut

Pilih pakaian yang mempunyak fabrik yang sesuai dengan cuaca dan tempat. Fabrik yang lembut dan sejuk adalah yang terbaik. Yang penting, kita tak berpeluh-peluh bila dah sampai kat tempat percutian. Nak pulak 2nd trimester ni perut dah mula membesar dan kulit sedikit menegang, takkan nak pakai ketat dan sendat. Dengar pun dah tak selesa kan!

Tips #8 : Sentiasa bergerak

Tak kisahlah apa pun mode of transport anda nak pergi bercuti, pastikan anda tak berada di dalam satu posisi terlalu lama. Cuba untuk berjalan-jalan setiap beberapa jam untuk mengelakkan kaki kebas, dan cuba untuk tidak menyilangkan kaki – boleh membantu mengurangkan risiko darah beku di kaki.

Boleh aplikasikan teknik-teknik mengelakkan kaki kejang dengan mengalas kaki kita supaya sedikit tinggi dan duduk dalam postur yang betul.

***

Kalau nak ikutkan, ada banyak lagi tips yang Illa nak kongsikan bersama… apa basic essentials nak kena bawak, tinggal hotel mana, etc. Buat masa ini, Illa kongsikan 8 tips dahulu dan nanti boleh kongsi lagi banyak details dalam entri akan datang.

So, mommies tak perlu nak risau-risau kalau nak pergi bercuti ye. Just pastikan tahap kesihatan kita berada dalam keadaan yang baik dan selamat untuk travelling. Yang paling penting, consult doktor kita sebelum mengambil keputusan untuk pergi ke mana-mana.

HAPPY BABYMOONING!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge