9 Panduan Untuk Dapat Anak Kembar

Assalamualaikum semua. Illa di sini. Wah, ramai yang berminat untuk mendapatkan anak kembar ya? Illa pun sama, sebab nampak comel sangat ^_^. Kembar juga sering dikaitkan dengan keakraban antara satu sama lain, jadi naluri keibuan Illa tersentuh juga hahaha *ini semua poyooo*

So, mudah ke nak dapat kembar ni? Petik jari saja atau kena ada syarat-syarat tertentu?

Jom kita kupas bawang! Eh!

#1 Genetik

Sekiranya memang ada dalam carta pokok keluarga (read : family tree) terdapat kembar, Alhamdulillah.. anda berpotensi untuk mendapat kembar =). Hal ini “berpotensi” kerana susur galur genetik kembar tu MUNGKIN diturunkan kepada anda, atau suami anda. Jadi taklah 100% confirm ye.

#2 Umur

Menurut kajian, wanita yang berumur 35 – 40 tahun ke atas mempunyai potensi yang lebih tinggi untuk mendapat anak kembar. Ini kerana pada tahap usia ini, ada ramai yang mengambil rawatan kesuburan untuk menimang zuriat. Rawatan kesuburan ni boleh menyuburkan sehingga cenderung untuk menghasilkan lebih dari satu ovum (telur) semasa ovulasi. Ini terjadi kerana proses menopaus telahpun diganggu.

#3 Bilangan Anak

Ini fakta yang sangat menarik! Lebih ramai anak dilahirkan, semakin tinggi peluang untuk mendapat anak kembar. Hmm, jangan terlalu berharap pula, lepas ni nak melahirkan anak sampai dapat kembar hoho. Kita berbalik kepada konsep Rezeki Dari Allah ^_^

#4 Berat Badan dan Ketinggian

Wanita yang lebih tinggi atau wanita yang mempunyai berat badan yang lebih berat ada potensi mendapat anak kembar.

Kononnya, wanita yang tinggi mempunyai postur tinggi dan rahim yang luas untuk pemecahan telur menjadi kembar. Wallahua’lam.

#5 Diet Protein

Pengambilan makanan yang mengandungi kandungan estrogen tinggi diyakini mampu meningkatkan peluang untuk mendapat anak kembar. Terdapat kajian yang menunjukkan ada jenis protein tertentu yang biasa terdapat di dalam hati binatang boleh menjadi faktor berlakunya fenomena ini.

Protein yang disebut sebagai faktor pertumbuhan serupa insulin (IGF) banyak ditemui di dalam susu lembu. Apabila di dalam badan wanita, IGF ini boleh menyebabkan peningkatan jumlah telur yang dihasilkan.

Oh, menyebut tentang diet. Wanita Afrika sangat kerap melahirkan kembar, mungkin kerana diet mereka yang banyak terdiri daripada ubi-ubian dan susu yang boleh menyebabkan hiperovulasi.

#6 Doa Untuk Mendapatkan Anak Kembar

Terdapat doa khas yang boleh anda usahakan jika ingin menimang anak kembar.

•Surah As-Saaffaat, ayat 120

•Surah As-Syura, ayat 50

Jangan lupa amalkan ayat-ayat ini dalam doa anda dengan istiqamah ye, baru nampak kesungguhan tu =)

#7 Minum Susu

Ada yang berpendapat jika anda memang jenis minum susu dari kecik sampai besar, kebarangkalian nak mendapat anak kembar tu sangat tinggi. Mengikut penelitian terbaru, ya memang wanita yang sangat banyak minum susu dan produk tenusu mempunyai peluang besar untuk mendapat anak kembar!

Kalau mengikut laporan di dalam Journal of Reproductive Medicine, wanita yang rajin minum susu ni ada peluang 5 kali ganda daripada biasa.

WOW!

Ok, sila minum susu banyak sekarang? ~_~

#8 Pengambilan ubat kesuburan

Pengambilan ubat kesuburan berpotensi untuk menghasilkan dua ovum semasa ovulasi. Berdasarkan statistik, ubat kesuburan Clomid memberi 10% peluang manakala Gonal F menawarkan 30%. Ape pun, kena rujuk dengan doktor anda dulu ye tentang perkara ini.

Terdapat juga alternatif lain seperti supplemen semulajadi yang mampu mengawal selia hormon dengan selamat dan meningkatkan tahap kesuburan isteri.

#9 Prosedur IVF

Kandungan kembar kerap berlaku apabila pasangan mencuba kaedah IVF (persenyawaan luar rahim) dan ia juga sangat popular di luar negara. Kebiasaannya, dalam satu kitaran haid yang normal, hanya akan ada satu telur dalam ovari yang menjadi matang. Jika tidak disenyawakan, maka telur itu akan musnah dan berlaku haid. Ini akan berulang setiap bulan apabila tiada persenyawaan.

Konsep IVF pula merangsang ovari untuk menghasilkan lebih banyak telur untuk meningkatkan potensi untuk berjaya hamil. Suntikan ubat akan diberikan setiap hari sehingga telur-telur tersebut matang di dalam ovari.

Apabila matang, telur-telur akan diambil menggunakan jarum khas. Persenyawaan dengan sperma suami akan dilakukan di dalam media kultur. Embrio akan terhasil, dan akan dipindahkan ke dalam rahim.

*****

Masih ada sinar harapan untuk mereka yang berkeinginan untuk menimang cahaya mata kembar. Boleh cuba amalkan kalau betul-betul teringin sangat nak ada anak kembar. Yang paling penting, kemampuan kita – bersedia atau tidak?

Leave a Reply

CommentLuv badge