Berpantang Dengan Sihat, Bisnes Dari Rumah, Kehamilan, Kesuburan

Bagaimana Saya Jadi Pengguna Setia Shaklee Sejak 2012

Ok, hari ni Illa tergerak hati nak share bagaimana Illa kenal Shaklee dan apa yang buat Illa pilih Shaklee, bukan jenama lain seperti A, C, E, H, dan sebagainya. Mungkin ada antara korang yang akan rasa ini post cliche, tetapi sememangnya Illa nak berkongsi kesan Shaklee atau Shaklee Effect Illa untuk mereka yang memerlukan alternatif bersifat semulajadi dan selamat.

Siapa yang nak teruskan membaca sila baca dengan hati yang terbuka ya? ^_^

**********

Saya seorang atlit sejak sekolah sehinggalah masuk ke zaman universiti.

Pada 2008, saya mengalami kecederaan teruk pada lutut kerana sudah beberapa kali terjatuh. Jadi, kesan daripada tu saya tidak lagi bersukan dan berat badan saya melonjak naik dari sekitar 60 kg ke sekitar 70 kg.

Mungkin tak nampak ketara kerana ketinggian saya 159 cm namun badan saya melebar dengan jayanya. Haha ini memang diakui oleh teman-teman rapat semasa belajar dulu. Pada tahun akhir 2010, timbul kesedaran untuk mencuba menurunkan berat badan kerana berat badan memberi tekanan pada lutut yang selalu cedera tu.

Oleh sebab masa tu masih bergelar pelajar, saya cuba usahakan dengan pergi berjoging di waktu petang, diet, tetapi semuanya turun naik sebab tak konsisten. Tak pernah menjadi, kalau ye menjadi bertahan sebulan camtu je lepas tu saya tak jaga makan, tidur lewat, makan fast food.. sebab dah tahun akhir saya ingat saya nak enjoy je

Awal 2011, saya bekerja sebagai Research Officer setelah meletak jawatan  sebagai seorang jurutera. Saya kembali ke USM kerana ingin melanjutkan Masters. Bila dah ada gaji sendiri, saya mula mencuba mengambil supplemen pula untuk menyambung “perjuangan” nak kurus semula.

Saya ada ambil satu jenama. Agak lama juga saya bertahan, berbulan-bulan dan syukurlah saya dipantau oleh jurujualnya. Akan tetapi, saya tak tahan apabila melihat kulit yang semakin kering dan jerawat batu keluar. Rosak kulit serius! Saya akui saya tak tahan dengan body adjustment masa tu. Lama-kelamaan saya mula culas sebab tak tahan nak kena kencing selalu.

Confident level memang down! Memang campak masuk longkang. Last sekali saya dah stop terus sebab nak kena maintain pengambilan protein kalau nak sembuh. Masa tu kewangan agak terhad sebab dah mula hidup sendiri dan menyimpan duit untuk sambung Masters.

Saya redha. Redha bila saya stop, muka saya jadi berlubang, berparut, kering, dan nampak tak sihat. Ambil masa berbulan-bulan juga untuk redha ni haha sebab hancur kulit muka

Tahun 2012 dunia saya kembali bersinar

Bukan sebab kulit muka saya dah elok. Yang itu saya dah redha sampai bebila haha. Ada seorang kakak, dia datang bilik saya bertanya nak cuba supplemen kesihatan tak. Roomate saya nampak berminat tapi saya ragu-ragu sebab saya tak pernah dengar nama Shaklee.

Serius, tak pernah dengar sebab tak pernah ambil tahu tentang supplemen dalam bentuk tablet. Paling berani saya pergi Watsons dan usha Blackmores dan 7 Seas tapi saya takut juga nak beli sebab tak tahu kesahihan halalnya.

Tapi saya kuatkan hati untuk mencuba sebab rasa lega setelah kakak tu terangkan tentang sijil halal Shaklee dan dia siap bagi link blog untuk saya baca lebih deep lagi.

Masa tu saya cuba Cinch Shake sebagai meal replacement pagi atau tengahari dan Lecithin untuk cairkan lemak. Dalam masa yang sama, saya rajin Zumba 3-4 kali seminggu bersama YouTube dan jaga pemakanan.

Akhirnya, setelah hampir setahun saya konsisten dengan dua ni sahaja.. plus workout dan meal planning yang betul, berat badan saya kembali ke 60 kg semula. Gembiranya! Yang paling gembira tau tak ape? Saya tak alami detoks kulit lagi, malah kulit saya rasa bertenaga sikit sebab berpeluh semasa workout.

Badan rasa lebih ringan dan saya memang kerap peluh dan buang air sebab nak singkir toksin dan lemak dari badan. Air still minum banyak dan badan rasa fit. Zumba sangat disyorkan untuk semua yang nak turunkan berat badan cepat sebab Zumba akan buat kita mengerakkan seluruh badan ok.. like dancing

Bayangkan saya baru ambil 2 jenis je.. kalau saya ambil lengkap set tu which consists of :

Omega Guard untuk bakar lemak dan kolestrol

Cinch Tea untuk tingkatkan metabolisme

Herblax atau Alfalfa untuk bersihkan usus daripada toksin

Agaknya mesti saya tak ambil masa setahun untuk fit semula kan?

2014 – Misi Cinta Sejoli

Ok, selepas setahun tu akhirnya jodoh pun tiba hahahahah ok nasib baik suami pernah tengok saya masa gemuk dulu :p

Saya berjaya maintainkan berat badan saya, kalau naik pun paling tinggi 63-64 kg macam tu. Mac 2014 saya nikah. Selepas tu saya dah tak ambil Shaklee lagi sebab dah berjaya kurus yeah.

Bila dah nikah, apa lagi mak saya dah bising lah nak cucu nak cucu (-_-)” . Sebelum nikah, saya pergi mengerjakan umrah dan balik tu saya pergi buat medical check-up sebab kes Mers-Cov. Alhamdulillah negatif tapi doktor found out saya ada tanda-tanda anemia. Bacaan darah saya sangat rendah, around 8.8 camtu.

Sebab doktor pun tau saya nak nikah, dia bekalkan saya Iron, B Complex, Folic  Acid dan Askorbik Asid (Vitamin C) untuk saya lebih sihat dan lebih bersedia untuk hamil. Thanks Doc  Masa tu saya ambil juga la dan konsisten untuk beberapa bulan pertama. Lepas tu bila dah rasa sihat, saya stop.

Lama-kelamaan rasa tak sihat pula. Setiap kali period sakit senggugut memang ada tapi kali ni, saya ambil serius benda tu. Mana tau benda senggugut ni boleh halang misi ada baby kan. Atas nasihat kakak ipar, Illa terus daftar keahlian Shaklee dan ambil GLA, B Complex + Folic Acid dan Vitamin E.

Alhamdulillah, settled masalah period pain dan cycle yang kurang regular. 3 bulan kemudian, saya disahkan hamil

The rest is history lah~

Saya teruskan dengan Set Hamil Premium dan Set Berpantang terus, takyah fikir banyak.

Pengalaman Sepanjang Hamil Dengan Set Hamil Premium

Tak kenal maka tak cinta orang kata. Saya dah makin yakin yang Shaklee ni selamat untuk saya ambil dan teruskan. Jadi semasa hamil saya ambil set lengkap yang mengandungi B Complex + Folic Acid, Sustained Release Vita C, Ostematrix, ESP, Vitalea With Iron, dan Omega Guard.

Alhamdulillah Allah bantu sepanjang hamil dengan asbab Shaklee. Berat saya naik terkawal, tiada cravings yang melampau ( kecuali nak mengada hihi), tiada morning sickness, lebih bertenaga dari sebelumnya dan my stress level berada dalam keadaan yang tolerable. Kerja office yang tak pernah siap dan perjalanan ulang alik naik KTM dari Seremban-KL-Seremban boleh buat badan stress oo..

Kos pun menjimatkan bagi saya sebab mostly cukup up to 3 months. Omega Guard cuma diambil pada 3rd trimester.

Semasa berpantang pun sama juga. Saya continue je semua vitamin semasa hamil dan add-on beberapa yang diperlukan je. Jimat dan berbaloi jadi pengguna. Saya tak bazir satu pun hehe.

Ostematrix paling berbaloi sekali sebab nak elak kena sembelit masa berpantang. Hasilnya, masyaAllah memang saya tak perlu tahan sakit dan berumah di dalam tandas. Magnesium dalam Ostematrix sangat membantu melembutkan otot-otot di dalam usus kita.

ESP pula as milk booster saya. Pernah terkena bengkak susu sebab minum ESP waktu malam, tetiba rasa lapar sangat. Esoknya susu jadi banyak pula pastu Aisyah cepat kenyang bila susu banyak dan pekat.

Vitamin C, Vitalea with Iron, Omega Guard, B Complex bagus untuk maintain kesihatan badan, bantu proses penyembuhan luka dalaman secara konsisten, elak terkena meroyan dan bakar lemak.. tu yang cepat kurus time pantang hari tu hehehe. Dahla breastfeed, makan Omega dan Lecithin juga, pakai bengkung lagi… hahaha jauh beza dengan sekarang >_<“

Sekarang ni, Aisyah dah masuk fasa 2 tahun jadi saya mula fokus pada kesihatan badan. Kalau nak ikutkan banyak lagi Shaklee Effect saya yang tersenarai. Antara yang paling best juga bagaimana kulit saya bebas dari parut degil zaman sekolah. Siapa kenal rapat tahulah macam mana muka saya dulu macam budak baru nak-up, hahaha hitam sana sini sebab kacau jerawat.

Kenapa Saya Berani Nak Ambil Terus Semua?

Saya membaca dan membandingkan semua set berpantang yang ada di pasaran. Ini atas nasihat mak saya yang menderita setiap kali berpantang sepanjang dia beranak hinggalah anak yang ke-5 dan ke-6 dia okay kerana berpantang guna cara sendiri.

Terlalu mengambil yang berunsur herba yang kuat membuat badan cepat terhidrat, sembelit dan sangat tak bertenaga. Ada herba yang ok dan patut diambil juga, no offense. Masa berpantang ada juga minum air periuk ^_^v

Sebab tu saya pilih Shaklee sebab saya memang taknak semua tu jadi kat saya. Menariknya, sepanjang berpantang dengan Shaklee alhamdulillah saya bertenaga dan tak sembelit. Di samping tu, saya masih mengamalkan bertungku dan menjaga pemakanan.

Saya Hanya Mahukan Yang Terbaik Dan Ada Money Value

Hidup saya banyak sangat berubah ke arah yang lebih baik sejak menggunakan Shaklee. Rasa lebih sihat dan bertenaga. Saya tak perlu risau apa-apa, sebab produk Shaklee terbukti selamat dan berkesan. Lengkap dengan Landmark Study, kajian yang diterbitkan di dalam Jurnal Kesihatan, ada sijil halal dan kelulusan KKM.

InsyaAllah selepas ini saya akan cerita lebih panjang tentang Landmark Study dan hasil kajian Shaklee ke atas vitamin mereka.

Lebih kurang beginilah ceritanya bagaimana saya jadi pengguna Shaklee kemudian mendaftar keahlian dan bersihat bersama Shaklee. Bila saya dah cuba hampir semua, saya kongsikan dengan anda semua kebaikan yang saya perolehi.

Pilihan ada di tangan anda

Jika perlukan konsultasi eksklusif daripada saya, jangan memalu segan boleh hubungi saya di talian 019 778 0575. InsyaAllah saya akan reply secepat mungkin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge