Berpantang Dengan Sihat, Kehamilan

Bahaya Sembelit Terlalu Lama Dibiarkan

Sembelit berlaku apabila kekerapan untuk membuang air besar berkurangan dan kesukaran untuk membuang najis. Sembelit merupakan satu gejala, bukannya satu penyakit. Setiap orang pernah mengalami sembelit dalam kehidupan mereka dan selalunya ia disebabkan oleh amalan pemakanan yang tidak baik.

Gejala-gejala sembelit
• Najis lebih kering dan keras menyebabkan susah untuk membuang air besar.
• Meneran semasa membuang air besar.
• Sakit semasa pergerakan usus.
• Kekejangan di bahagian abdomen
• Komplikasi

Punca sembelit
Ada pelbagai punca sembelit namun yang paling utama ialah apabila sering mengabaikan isyarat membuang air besar iaitu kerap menahan pembuangan najis.

Ramai yang menangguhkan buang air besar kerana terlalu sibuk boleh menyebabkan menjadi satu tabiat yang boleh memberi kesan negatif kepada diri. Kurang minum air dan makanan tinggi serat juga boleh menyebabkan sembelit.

Menurut Dr Zubaidi Ahmad, sembelit yang berpanjangan dan serius mungkin boleh menyebabkan buasir. Buasir disebabkan oleh menahan untuk membuang air besar atau Anal Fissures ( koyakan pada kulit di sekeliling anus). Ia berlaku disebabkan oleh najis yang keras meregangkan otot Sphincter. Kesannya pendarahan rektum mungkin berlaku, di mana darah kelihatan di permukaan najis.

Kadangkala regangan menyebabkan rektum terkeluar dan ini boleh menjurus kepada pengeluaran mukus dari dubur. Rektum yang terkeluar dengan teruk dan kronik memerlukan pembedahan untuk menahan usus dari terkeluar atau untuk membaiki lapisan yang terkeluar.

Cara mengatasi sembelit
1. Banyakkan minum air kosong, sekurang-kurangnya 3liter sehari.

2. Makan lebih banyak serat termasuk bijirin, roti gandum penuh, nasi dan sekurang-kurangnya 5 hidangan buah dan sayuran sehari.

3. Lakukan senaman secara kerap. Senaman mampu mengurangkan tekanan dan meningkatkan kadar metabolisme. Apabila metabolisme meningkat, proses untuk membuang air besar juga semakin pantas.

4. Buang air besar dengan cara mencangkung kerana ia membantu mengeluarkan najis dari dubur dengan lebih mudah berbanding cara duduk.

5. Jauhi rokok kerana perokok tegar mudah mengalami sembelit.

6. Pengambilan Kalsium dapat membantu melembutkan najis. Mengambil makanan seperti susu dan keju dapat membantu mengurangkan masalah sembelit.

Suplemen yang sesuai untuk sembelit dan buasir
1. Ostematrix
Magnesium dalam ostematrix bantu melancarkan sistem penghadaman, melembutkan najis, melawaskan pembuangan air besar sekaligus mengatasi masalah buasir.

2. Omega guard
Merupakan anti-keradangan yang dapat membantu mengurangkan bengkak akibat tekanan otot dubur ke atas salur sarah vena dan sekitarnya, sehingga menyebabkan pembuangan air amat perit. Omega guard membantu mengecutkan salur darah yang bengkak.

3. Vitamin C
Membantu menyembuhkan luka dalaman dan di bahagian dubur dengan cepat. Pengambilan vitamin C amat disarankan terutama pesakit buasir yang mendapati keluar darah ketika membuang air besar (najis berdarah).

1 thought on “Bahaya Sembelit Terlalu Lama Dibiarkan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge