Bisnes Dari Rumah

Bila Mak Bekerja Di Rumah…

November sudah tiba. Maknanya? Lagi tinggal 2 bulan untuk berusaha sekuatnya sebelum masuk tahun baru 2018. Menggeletar tulang rusuk sebut 2018 hooo.. kelam kabut Illa sepanjang hari settlekan apa yang patut disediakan untuk setiap bulan.

Dari awal pagi tadi sambil buatkan breakfast “Isaac Toast” untuk husband, dalam kepala asyik fikir vision-vision dan target-target yang nak dicurahkan dalam buku nota. Dalam Whatsapp pun dah menderu-deru notifications yang tak sempat nak belek.

Baru nak pegang, ada si kecil terkedek-kedek nak hug ( padahal nak sambung tidur ). So, bila sebenarnya masa Illa bekerja di rumah ni?

Magic tadaaa!

Setiap mak-mak yang memilih untuk bekerja dari rumah, mesti ada tips dan rahsia memasing. Illa pun begitu juga. Mula-mula rasa tak biasa dan tak tahu nak buat macam mana. Alhamdulillah semakin lama Illa rasa ” I can do this” .. DAN sebenarnya tips ni Illa selalu je buat masa belajar dulu, tanpa disedari.

  1. To-Do List
  2. Target dan Strategy
  3. Planner

To-Do List

Yang ni kita semua boleh buat. Mudah, cuma senaraikan beberapa perkara yang nak dilakukan setiap hari/minggu supaya kepala tak serabut. Betul, *ramai* wanita boleh buat multitasking tapi, faham kan betapa sesaknya otak menyusun apa nak dibuat – boleh stress woh!

List ni sangat penting untuk Illa sebagai mak yang bekerja. Di usia Aisyah 2 tahun 3 bulan ni, Illa buat juga list of activities yang boleh dilakukan bersama-sama. Jadi, nak selitkan masa bersama anak kenalah seimbangkan dengan masa nak buat bisnes. Ada masa, tersasar gak tapi dengan adanya list – kita takkan mudah hanyut dan lupa diri ni mak orang ^_^

Tampal lah, gantung ke , lekatkan list ni kat mana-mana yang senang nak tengok. Illa sediakan satu buku nota kecil je, 1 page untuk 1 hari. Senang nak refer.

Target dan Strategy

Semua benda nak buat, kena ada target dan cara nak capai target. Strategi pun, kena bersesuaian dengan diri kita. Illa sentiasa kat rumah, bekerja sambil jaga Aisyah. Kerja ada banyak, tapi anak tak boleh diabaikan. Jadi, ada ketika Illa ajak dia main sambil kita bekerja. Yang bahaya-bahaya tu, tunggu dia nap petang.

Whatever strategy you do, jangan lupakan DOA kepada Allah Taala. Kita ni hebat merancang, Dia lagi Maha Perancang dan Maha Mengetahui. Teknik Visualize setiap malam juga bagus untuk rangsang minda bawah sedar kita.

See? Kita hanya perlu disiplinkan diri dan keazaman tinggi je. Dan sekeping hati yang cekal.

Planner

Since Illa menulis blog, wajib ada planner untuk persediaan. Ingat idea terus mencurah dan siap 1 entri? Dulu mungkin ya, sekarang *agak* sukar untuk menulis terus dalam blog. Kena plan siap2, buat jadual supaya tak tersasar dari target asal.

Kelas-kelas blog yang Illa ikuti menekankan perancangan artikel ni. Semuanya agar kita menulis sesuatu yang berkualiti, bukannya hentam kromo. Even bila kita nak buat tutorial, product review, how-i-organize-my-vanity-table ke,, semua nya kena planning at least, right? Paling basic, ” gambar apa nak letak ?”

###

Basically, ketiga-tiga perkara ni memang Illa tak tinggalkan dah since serius bekerja dari rumah. Cuba amalkan sekarang, insyaAllah akan berlaku perubahan dari segi pengurusan masa, dan tahap kepeningan ibu-ibu. Kerja pun cepat je setel.

November ni, Shaklee Baby bakal dilancarkan untuk pencinta barangan bayi organik. Ikut review orang, memang best! Especially Soothing Lotion dia. Dulu selalu beli Buds, harga pun boleh tahan mahal. Lepas ni, boleh la mencuba Shaklee Baby alang-alang dah jadi member Shaklee hee.

Banyak tau beza harga jadi member dan harga biasa! Hampir RM80! Rugi tak jadi member.

Untuk sesiapa yang riki-riki cara nak jadi member tu, ni ada cara lain selain daripada beli Starter Kit yang bernilai RM69 dan membuat pembelian sebanyak 200 UV.

Twin Pack Vivix ada promosi 5% off untuk November ni. Setiap pembelian 1 Twin Pack LAYAK untuk :

  • Free Membership ( RM 69 )
  • Free Postage( RM10.60 )
  • dapat Cash Back masuk akan ( RM 36.10 )
  • dapat penjimatan RM 40.28

Apa lagi, jangan lepaskan peluang ni tau? Bulan November je ^_^ .

P.s : Berminat boleh terus Whatsapp klik kat link SINI.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge