Famili, Penjagaan Rumah

CARA MERAWAT JANGKITAN KUMAN DI KAKI ANAK AGAR PULIH DENGAN CEPAT

Semasa Aisyah berumur 6 bulan, Illa pernah membawa dia berjumpa dengan pakar kanak-kanak. Sejak hampir 2 bulan, Illa perasan yang satu tompok di belakang kaki kiri Aisyah semakin lama semakin membesar. Mak kata kemungkinan besar “fungal infection” atau kulat kerana bentuknya yang berbentuk ” cincin “.

Menyesal juga rasa tak pergi jumpa pakar awal-awal. Bila dah nampak ketara baru nak bawa. Doktor berikan 2 jenis ubat sapu untuk pagi dan malam. Dengan gigih Illa sapu krim tu hari-hari sehingga dah nampak macam dah sembuh.

Selang 2 minggu kemudian, Illa perasan kulit kat situ mula naik lagi. Oh ya, sebelum ni kawasan tu nampak agak menggerutu dan berbentuk cincin. Aisyah tak garu pula sebab tak gatal. Puas Illa fikirkan macam mana nak matikan kuman ni dengan segera. Kesian Aisyah kaki tak cantik ^_^

Mujur masa tu Illa ada simpan stok Garlic Complex dan Nutriferon. Dua-dua ni Illa standby apabila Aisyah demam. Since Aisyah masih BF sehingga ke hari ni (alhamdulillah), jadi mudah untuk Illa nak supplykan dia dengan vitamin antibakteria ni.

Fungsi Garlic Complex hampir sama dengan kita memakan bawang putih mentah. Kebaikannya ialah dari segi antifungal dan antibakteria. Sanggupkah nak kunyah bawang putih cam tu je? Illa tak sanggup, pijar mulut!

Nutriferon pula mampu merangsang sistem pertahanan badan untuk bangun dan melindungi badan dengan lebih kuat. Ia diperbuat daripada biji labu which is banyak sangat khasiatnya untuk tubuh badan.

Sambil tu, Illa sapukan juga Herbal Blend untuk merawat kulit yang gatal di kaki Aisyah. Herbal Blend juga bersifat antibakteria dan istimewanya, ia bukan ubat dan tiada paraben. Semulajadi dan serbaguna.

Sedar tak sedar, Illa tengok kaki Aisyah mula menampakkan perubahan. Kulit yang menggerutu itu semakin gatal dan kerap digaru oleh Aisyah. Illa gunakan stokin untuk menghalang perbuatan menggaru tu tapi agaknya memang gatal sangat, kadangnya Illa biarkan aje. Puas kan dapat garu tempat kena gigit nyamuk? Hehe

Bila kawasan kaki tu mula berasa gatal, itu tandanya kuman mula bertindak balas dan mungkin sedang “berjuang untuk nyawanya”. Alhamdulillah setelah lebih kurang seminggu, Illa tengok Aisyah dah tak menggaru kakinya.

Tengok-tengok dah tinggal kesan luka je! Bentuk cincin tadi dah hilang, cuma bekas hitam masih ada lagi sampai sekarang. Fuh, tak sangka begitu cara yang terbaik untuk merawat jangkitan kuman pada kaki Aisyah. Illa teruskan pengambilan Garlic Complex, Nutriferon dan Herbal Blend untuk seminggu dua.

Alhamdulillah sehingga sekarang, Illa tak nampak dah kemunculan gatal-gatal tu. Nampak Aisyah garu je cepat-cepat tengok dan sapu Herbal Blend.

Bahaya jangkitan kuman ni kalau dibiarkan lama-lama, takut melarat ke anggota badan lain.

Untuk info lanjut, boleh baca tentang jangkitan ini di : http://www.webmd.com/skin-problems-and-treatments/fungal-infections-12/ringworm-myths-facts

Semoga artikel ini bermanfaat untuk mommies di luar sana. Jika berminat untuk dapatkan 3 penyelamat ni, hubungi Illa secepatnya di 019 778 0575. Illa akan beritahu cara-caranya untuk anak anda sembuh cepat.

Wallahua’lam

2 thoughts on “CARA MERAWAT JANGKITAN KUMAN DI KAKI ANAK AGAR PULIH DENGAN CEPAT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge