Kehamilan

Cara Merawat Kegatalan Di Kemaluan Agar Tidak Mengundang Penyakit Kronik

Ini fakta yang dianggap remeh oleh segelintir masyarakat – terutama sekali yang perempuan.

Kemaluan wanita atau vagina merupakan rumah untuk bermillion jenis bakteria. Eh jangan panik. Bakteria seperti Lactobacilli ( salah satunya) sebenarnya penting untuk menjaga kesihatan kemaluan kita.

Dengan adanya bakteria baik ini, ia membantu melindungi kita daripada bakteria jahat yang cuba untuk memasuki sistem pertahanan badan kita. Ia juga membantu mengekalkan suasana berasid yang boleh mengelakkan pembentukan kuman yang banyak.

Apabila kita mengekalkan pH vagina di paras berasid normal, tidak banyak masalah yagn boleh berlaku sebenarnya. Walaubagaimanapun, masalah seperti gatal mula timbul isu kulat.

Apa itu kulat di kawasan kemaluan?

Lebih dikenali sebagai masalah jangkitan yis. Candida yeast ini merupakan yang paling common sekali dijumpai. Apabila sistem pertahanan badan rendah, yis akan membiak dan di situlah titik permulaan kegatalan, bengkak, kebas dan kesakitan di kemaluan.

Banyak perkara yang boleh menyebabkan Candida ini membiak dan menyerang kemaluan kita.

  • Pengambilan antibiotik yang merubah paras asid di dalam kemaluan
  • Perubahan hormon semasa hamil
  • Pengambilan ubat
  • Tahap kebersihan vagina sangat rendah.
  • Diabetes dan jangktian HIV

Untuk rawatan, jangkitan ini boleh dirawat. Cuma untuk ibu yang mengandung yang disahkan terkena jangkitan ini, dinasihatkan untuk segera merujuk kepada doktor bidan.

Ini kerana jangkitan semasa hamil bukan sesuatu yang boleh dianggap ringan. Ia boleh menjurus kepada masalah GBS dan boleh memberi kesan terhadap anak di dalam kandungan. Antaranya tandanya ialah keputihan yang abnormal, berbau atau berwarna kehijauan.

Antara rawatan alternatif yang boleh digunakan untuk sembuh mahupun mengelak jangktian ini daripada berlaku ialah dengan meningkatkan imuniti badan.

Cara lain termasuklah mengambil supplemen organik yang membantu mencegah jangkitan seperti Garlic Complex, Vitamin C, Nutriferon dan Omega Guard.

Dari segi diet, pengamalan makanan prebiotik dan probiotik adalah bagus untuk mengalakkan pertumbuhan bakteria baik dalam badan.

Oleh itu, sebaiknya sebagai wanita kita harus lebih peka dengan tahap kebersihan dan kesihatan “mahkota” kita untuk mengelakkan daripada berlaku jangkitan yang boleh membawa kepada kanser malah boleh membawa maut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge