Kulit Bebas Parut Dan Jerawat, Masalah Jeragat

Cara Sembuhkan Kulit Dari Parut Dan Jerawat Selepas Guna Kosmetik Yang Beracun

Ramai rasanya yang ada mengalami masalah kulit yang merana akibat tersalah guna produk kosmetik yang ada di pasaran. Illa sendiri pernah menjadi mangsa kulit rosak akibat menggunakan produk T yang pernah satu ketika dahulu terkenal sangat.

Mula-mula pakai kulit jadi bersih halus, putih pula tu. Siapa yang tak suka, kan? Namun, bila dah berhenti guna lama-kelamaan kulit jadi gelap pula. Eh, apahal pula ni.

Lepas tu, Cik Jerawat pula datang tak henti-henti singgah.. jap ada jap surut. Tangan pun .. hmmm.. masa tu tengah muda remaja lagi. Geram la tengok yang besar-besar tu kan.

Akibatnya?

Kulit jadi luka, bersambung-sambung luka. Kemudian jadi parut yang sangat dalam dan ada yang buat kulit Illa berlubang (u_u).

Ini cerita benar ya. Bukan rekaan dan Illa pasti, ramai di luar sana yang KENA SAMA MACAM NI. Entah-entah yang tengah baca ni pun, mangsa tak? Hehehe.

Bertahun juga Illa survive dengan kulit yang jap ok jap tak. Selalu juga pergi facial, tapi susah dah. Kulit yang normal dah menjadi kulit yang sensitif dan nipis. Bila masuk universiti, self-esteem kalau bab kulit muka ni memang zero kata orang – malu sangat!

Kakak ni pun ada masalah yang sama bertahun-tahun.. 7 tahun tau! Akhirnya kulitnya sembuh dan cantik mulus lagi.

Apa rahsianya? Ce dengar perkongsian beliau tentang apa yang dia ambil guna secara konsisten.

Lebih kurang je cerita kami hikhik

Oh My Penyelamat

Blessings come in disguise, kata orang putih. Sebenarnya, Illa ingat kalau nak buang parut dan repair kulit berlubang ni memang kena laser ja. Dah tak jalan facial biasa ni. Kononnya nanti nak kumpul duit la buat rawatan estetik bagi kulit ok balik.

Tanpa Illa sedari, kulit Illa yang berparut dan berlubang dah tak kelihatan. Sebenarnya memang Illa pengguna Shaklee ( dan masih lagi setia ) tetapi tak pernah ambil set untuk kulit.

Illa ambil Set Kesuburan, bersambung ke Set Prenatal Premium dan Set Postnatal Premium.

Memang ada yang tegur kulit Illa masa pregnant lebih ok kalau nak bandingkan dari sebelum tu. Rupanya dalam tak sedar Illa dah guna pun vitamin untuk kulit sekali. Dalam set hamil ada ESP, Vitamin C dan Vitamin B Complex.

Dalam set kesuburan pula ada GLA yang mengandungi Vitamin E, sangat bagus untuk memudarkan jerawat.

Nak Baiki Parut Dan Lubang, Kena Repair Sel Kulit

Bila terjadi rezeki yang tak disangka-sangka ni ( Alhamdulillah ), Illa pun tengok semula apa kebaikan daripada semua yang Illa ambil dari segi kesan kepada kulit wajah.

Protein sangat membantu membina sel-sel kulit yang telah rosak akibat parut dan luka. B-Complex dan GLA pula membantu dari segi hormon, mengawal penghasilan minyak di wajah dan melancarkan pengaliran darah dan saraf halus pada kulit.

Vitamin C pula sangat terkenal dengan fungsinya mengubati luka luaran mahupun dalaman. Since Shaklee punya Vitamin C ada teknologi “Sustained Release” Illa lebih prefer yang ni sebab tak membazir Vitamin C yang mana, lebihannya akan keluar mengalir ikut peluh atau air kecil.

Jimat betul vitamin Shaklee ni. Beli 1 tapi manfaatnya banyak sampai boleh membantu!

Jangan Tangguh Lagi, Mula Dari Sekarang

Nasihat Illa untuk mereka yang mencari cara yang mudah, selamat, dan berkesan – anda memerlukan kesabaran yang tinggi. Lihat saja video kak Izan tadi, beliau konsisten selama 6 BULAN untuk mendapatkan hasil yang jauh berbeza. Tapi, jerawat dah takde kan?

Kenapa perlu 6 bulan? Dalam 2-3 bulan pertama, kulit sedang melalui proses pemulihan akibat kerosakan yang telah meninggalkan parut hingga ke epidermis dalam kulit. Bila dah melepasi tempoh pemulihan tu, kena maintain pengambilan dengan dos yang bersesuaian sebagai supplemen untuk kulit.

Jadi kulit kita jadi sihat dari dalam, tak kusam dan tak berjerawat. Happy kan?

So, jangan tunggu lama-lama. Mulakan nutritional healing untuk kulit anda supaya 6 bulan akan datang boleh dah try skincare YOUTH yang bakal memasuki Malaysia ( eh promote ^_^ )

Salam Cantik-Cantik Selalu,

 

1 thought on “Cara Sembuhkan Kulit Dari Parut Dan Jerawat Selepas Guna Kosmetik Yang Beracun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge