Doa Dan Aamalan Untuk Kesuburan Isteri

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
In the name of Allah, the most Gracious, the most Merciful

Assalamualaikum semua.

Harini Illa nak kongsikan ayat-ayat doa untuk dijadikan amalan rohani para isteri agar dipermudahkan urusan mendapat zuriat kelak. Doa dan zikir ini selalu dikongsikan di dalam buku-buku dan sekarang Illa nak share pula dengan semua pembaca Bumpyella yang tersayang.

Sebenarnya amalan-amalan rohani sebegini tak boleh diabaikan kerana, Allah Maha Pemberi Rezeki. Semasa mendengar ceramah Ustaz Habib Zainal tempoh hari, beliau mengatakan anak ini adalah anugerah.

Anak adalah hibah ( anugerah ) daripada Allah. Jika Dia hendak memberi atau tidak memberi, itu semua bergantung kepada Allah S.W.T.

Di sini Illa kongsikan beberapa amalan rohani yang boleh diamalkan secara istiqamah buat para isteri di luar sana ya. Semoga bermanfaat~

• Surah Ali Imran – Ayat 38

• Surah Al Anbiya’ – Ayat 89

• Zikir Mustajab 100x

• Ya Khaliq (Pencipta) 100x

• Ya Bari’ (Perancang) 100x

• Ya Musawir (Pembentuk) 100x

• Ya Razzaq ( Pemberi Rezeki) 100x

• Ya Fatah ( Pembuka) 100x

• Ya Karim (Pemurah) 100x

• Zikir Ya Allah 100x

•Perbanyakkan solat-solat sunat, tahajud, taubat, dhuha

Leave a Reply

CommentLuv badge