Cyst & Fibroid, Kesuburan

Doktor Sahkan Saya Ada Endometriosis Tapi Apa Itu Endometriosis?

Endometriosis antara masalah kesihatan yang sinonim dengan insan bergelar wanita. Ada yang mempunyai masalah ni tapi kurang pengetahuan yang jelas tentang apakah ia, punca dan risiko. Jadi hari ini insyaAllah Illa kongsikan info mudah difahami tentang endometriosis agar sesiapa yang mengalaminya boleh mencari alternatif yang terbaik.

Apa Itu Endometriosis

Endometriosis ni terjadi apabila sebahagian tisu endometrial (yang sepatutnya berada di dalam rahim) membentuk lapisan rahim pada organ lain wanita selain rahim. Antaranya yang selalu terjadi ialah pada tiub Fallopio, pelvis, dan ovari.

Simptom masalah ni tidak nampak pada luaran namun selalu menyebabkan penghidapnya kesakitan. Antaranya :

  1. Sakit pada abdomen bahagian belakang dan pelvik.
  2. Sakit senggugut teruk sebelum datang haid
  3. Haid yang sangat banyak hingga menyebabkan istihadah
  4. Sakit ketika melakukan hubungan kelamin
  5. Sukar untuk hamil
  6. Sakit ketika membuang air kecil dan besar
  7. Haid yang kerap dan kurang dari kitaran 27 hari.

Takutnya ! Apa Puncanya?

Ada beberapa punca yang doktor boleh katakan namun punca sebenar masih belum dikenalpasti. Antara punca-punca yang dikatakan boleh menyebabkan berlakunya endometriosis ni :

  1. Retrograde Menstrual
    Darah haid yang terdapat sel endometrial bergerak masuk secara terbalik ke dalam tiub Fallopio dan ruang pelvik. Sedangkan ia sepatutnya bergerak ke arah bawah dan keluar dari badan. Apabila memasuki tiub, ia akan melekat pada dinding atau organ, dan kemudian membesar dan menebal sehingga tiba masa haid.
  2. Penyakit Auto-Immune
    Penyakit di mana sistem imun tidak berfungsi dengan normal. Dalam hal ni, badan tak boleh nak kesan dan kenal tisu yang berada di bukan tempat yang sepatutnya.
  3. Kesan Pembedahan
    Parut dari kesan pembedahan seperti Caesarean, Hysterectomy

Golongan Berisiko

  1. Wanita yang tidak pernah melahirkan anak
  2. Wanita yang datang haid pertama kali pada usia muda
  3. Wanita lambat menopause
  4. Wanita yang mempunyai masalah period kerap dan kitaran haid yang kurang dari 27 hari
  5. Wanita yang mempunyai paras hormon estrogen yang tinggi
  6. Ketagihan alkohol
  7. Keturunan
  8. Mempunyai masalah yang menghalang darah haid daripada keluar dengan baik

Simptom endometriosis kelihatan separate common di kalangan wanita kan? Namun, seeloknya kalau datang haid terlalu kerap atau tidak datang haid terlalu lama perlu dibawa berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Ini kerana kesan daripada masalah ni boleh menyebabkan wanita menjadi tidak subur. Satu pertiga wanita yang positif endometriosis mempunyai masalah kesuburan. Telur yang dibebaskan dari ovari tidak bersatu dengan sperma kerana terhalang oleh kehadiran tisu abnormal.

Selalunya doktor akan menasihatkan wanita yang tahap endometriosisnya mild dan moderate untuk jangan menangguhkan peluang untuk hamil.

Kesan paling besar ialah risiko kanser ovari dan adenocarcinoma. Usahlah menunggu terlalu lama jika ada masalah kesihatan seperti ini ya. Jangan sampai rahim kena buang dek sikap endah tak endah kita yang tak cakna.

InsyaAllah, next time Illa akan kongsikan makanan yang patut diamalkan oleh penghidap endometriosis agar simptom menjadi lebih baik dan alternatif lain kepada ubat.

Oh ya, juga satu pengalaman benar tentang penghidap simptom endometriosis ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge