Eye Restoring Treatment Cream Terbaru Daripada YOUTH

Assalamualaikum semua! 

Excited Illa nak share dengan korang tentang Eye Restoring Treatment Cream terbaru daripada YOUTH ni. Sebabnya, baru je launching bulan Oktober ni tau! 

Baru sangat lagi kat Malaysia ni ^_^. Illa rasa bertuah dapat menjadi orang yang terawal dapat merasakan krim mata yang lembut dan berkesan ni.

Antara ciri-ciri dan kelebihan Eye Treatment Cream YOUTH

100% Vegan
NO Paraben
Diuji secara Dermatologi
Gluten FREE
Dilengkapi Cooling Tip Applicator

Penting Ke Krim Mata?

Kulit pada bahagian mata agak tipis berbanding kulit di bahagian lain muka. Oleh itu, ia lebih sensitif dan mudah untuk luka, cekang atau pedih jika tak sesuai dengan krim yang digunakan.

Illa dulu sangat tak kisah dengan penjagaan mata, berbeza dengan mak yang sangat mementingkan penjagaan mata. Pelbagai jenis jenama mak pernah gunakan daripada zaman muda antaranya Dior, Elizabeth Arden dan banyak lagi. 

Kebanyakannya untuk tujuan melembapkan kulit, dan menegangkan kulit. Hebat mak kita heheh. Namun, Illa kagum la kerana sampai sekarang tengok kulit mata mak memang cantik dan kurang kedut walaupun dah berumur 56 tahun. 

Illa pula semenjak dulu ada masalah hitam di bawah mata dan “eyebag”. Kurang penjagaan mata, kurang tidur, selalu tengok skrin komputer dan phone memang sangat membuatkan mata Illa agak kering dan tak bermaya. 

Belum lagi masuk wrinkles line huhuhu..

Bagaimana Restoring Eye Treatment Mampu Menyelesaikan Masalah Berkaitan Mata 

Dalam Krim Mata Terbaru YOUTH ni, ada bahan-bahan special tertentu yang membantu menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan kulit mata seperti kulit berkedut, eyebag, kurang bermaya dan sebagainya.

MENGURANGKAN GARIS HALUS DAN KEDUTAN, KELOPAK MATA KENDUR, MENEGANGKAN KULIT

Peptide Blend
– Membantu dan menyokong penghasilan kolagen.
– Mempercepatkan pembaharuan sel kulit.

Lotus Japonicus + Schisandra Chinensis Fruit Extract
– Membantu dan menyokong penghasilan kolagen, elastin, dan fibrillin.
– Memberi lebih banyak nutrien dan tenaga kepada kulit secara berstruktur.

MENGURANGKAN LINGKARAN HITAM

Licorice Extract
– Membantu mencerahkan kulit di bawah mata untuk kurangkan lingkaran hitam.

MENGURANGKAN MATA SEMBAP

Cooling Tip Applicator
– Membantu melancarkan peredaran darah di sekitar mata agar mata kurang sembap.

MELEMBAP DAN MELINDUNGI

Hyaluronic Acid
– Menghidrat kulit untuk mengekalkan kelembapan kulit mata.

Vital Repair+ dan polifenol Muscadine Grape
– Membantu mengurangkan kesan radikal bebas dengan cara melindungi sel DNA.
– Melindungi kerosakan kolagen dan elastin.

Leave a Reply

CommentLuv badge