Uncategorized

Impian Travel Satu Dunia

Impian Illa untuk travelling ke seluruh dunia bermula sejak Illa melihat gambar-gambar lama bapa yang belajar di Iowa, US ketika usianya muda. Sejak dari situ, memang Illa kata kat diri nak ikut jejak langkah bapa.

Tapi, cakap siap-siap kat dia Illa taknak jadi engineer haha. Masuk USM kena offer Civil Engineering pula hehe.

Luar negara kedengaran macam jauhhhh sangat, tapi sebenarnya bagi Illa tak jauh pun. Dari kecil memang Illa selalu rasa Illa duduk luar negara. Haha.

Apakah jenis orang berlagak? Bukan, Illa dilahirkan dan dibesarkan di sebuah tempat yang aman damai iaitu Limbang, Sarawak. Pekan di mana kau sebut nama bapa kau, semua orang kenal. So, tak boleh buat jahat nanti buat malu keluarga ja.

Geographically, Limbang ni terletak di antara 2 bahagian negara Brunei Darussalam. Ya, untuk keluar dari Limbang kami memang kena guna Passport. Bayangkan dalam 5 tahun, berapa kali Illa kena cop passport untuk ulang alik ke Miri sebab sekolah kat sana. Lebih seronok travelling guna jalan darat berbanding naik kapal terbang masa ni, sebab rasa lama duduk dengan keluarga.

Sebenarnya, penduduk Limbang ada keistimewaannya iaitu boleh buat passport terhad untuk ke Brunei Darussalam. Senangla, lebih murah. Tak perlu guna passport merah ( passport antarabangsa ) semata-mata untuk melalui Brunei, kecuali kalau ada plan nak naik kapal terbang dari Brunei. WAJIB GUNA PASSPORT MERAH.

Dalam 3 jam perjalanan tu, sempatlah bergaduh dengan adik-adik, makan a la picnic dalam kereta, singgah shopping di Boulevard Miri, kadang tu sempat menyinggah ke Jerudong Park di Brunei, sejuta kali lagi best dari Genting Highland yang Illa tak pernah jejak kaki tu. Sudah lah masuk percuma…sedih pula sekarang dah berbayar tiketnya. Nak bawa suami dan anak mengimbau kenangan lama pun tak boleyyy~

Ada Apa Travel Dengan Illa?

Illa mula keluar dari rumah semasa berumur 12 tahun, masa tu dapat masuk sekolah SBP di Miri. 5 tahun di sana, Illa sambung pula Matrikulasi di Labuan.

Selepas setahun, Illa doa juga supaya dapat universiti yang paling dekat nak balik rumah. Rezekiku akhirnya di USM, Pulau Pinang. Kecewa, tapi redha haha.

So, apa Illa buat.. Illa ambil peluang ni untuk travel satu Semenanjung Malaysia yang Illa selalu tengok dalam kertas manila kat dinding bilik dan buku teks saja.

Jadi sepanjang perjalanan hidup Illa yang banyak kali dah ulang-alik Penang-KL-Kuching macam naik bas tu, Illa tak pernah sia-siakan peluang menimba pengetahuan daripada orang lain. Bagaimana?

Ketiga-tiga laluan ini merupakan tempat ramai pelancong asing akan pergi bercuti. Jadi, dalam flight memang Illa cuba sehabis baik berkenalan dengan orang yang duduk di sebelah. Alhamdulillah, Allah temukan Illa dengan orang-orang yang menarik dan baik hati.

Habis zaman Uni, Illa pun bekerja seperti orang-orang lain. Dalam hati terdetik juga, kalau kerja kuat ni boleh la cuba-cuba pergi travel sendiri ke luar negara yang jauh. Geram tengok daun keemasan di musim luruh dan putih warna salji.

Akhirnya Allah jodohkan dengan suami, yang kini bekerja dengan syarikat penerbangan. Waduh, rezeki Allah beri lain benar dengan apa yang ada dalam fikiran Illa. Sesungguhnya, Dia Sebaik-baik Perancang.

Setakat ini, sudah beberapa buah negara Illa lawati dan setiap satunya meninggalkan kenangan yang indah buat Illa dan suami. Oh, dan Aisyah ( if she can still remember them ).

Travelog Illa setakat 2017

Feb 2014 – Umrah, Saudi Arabia
November 2014 – Hangzhou, China
March 2015 – Ho Chi Minh, Vietnam
May 2015 – Ao Nang, Krabi ( sarat mengandung 8 bulan )
2016 – Singapore
2016 – Bangkok, Thailand
November 2016 РDubai, Paris, Toulouse 
Feb 2017 – Seoul, South Korea
November 2017 – Bangkok, Thailand

Lebih kurang 10 negara baru, dan more to come insyaAllah. Setiap kali pergi ke tempat baru, Illa akan rasa nervous dan excited sebab tak tahu what to expect kat sana. Bila balik pula, rasa otak ni lebih segar dan lebih terbuka.

Banyak pengajaran yang boleh kita perolehi dengan kembara melihat tempat orang ni. Bagus untuk membina diri yang lebih positif, berfikiran kreatif dan berdikari. Bukan tak pernah kami ditipu harga, hampir tertinggal keretapi – namun semua tu bila difikir kembali sememangnya kenangan yang sangat berharga.

Nanti bila Aisyah dan anak-anak dah besar, Illa harap mereka jgu berkongsi minat yang sama macam Mami dan Papa.

So, 2018 ke mana kitani?

New Zealand atau Jepun ?

Kita tunggu dan lihat hehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge