Famili

Isteri Mengadu Kerap Berjaga Malam Sejak Ada Anak, Mungkinkah Insomnia?

Pernah tak isteri korang mengadu susah nak tidur malam? Bila dah tertidur, mudah pula terjaga malam. Sampai beberapa kali dalam satu malam tu. Segar mata sampai pagi.

Sudahnya, penat sangat besoknya sampai tak terlarat nak uruskan rumah. Semuanya dibuat ala kadar saja, selebihnya jaga anak dan memasak.

Sebenarnya ramai wanita di kalangan isteri dan ibu mengalami masalah insomnia ini, iaitu masalah susah untuk tidur malam. Sekiranya berlaku minima 3 hari seminggu, kemungkinan besar anda ada masalah insomnia ni.

Risiko dan Kesan Samping Insomnia

Antara komplikasi yang boleh berlaku bila kerap mengalami insomnia ini :

  1. Masalah ingatan dan fokus terganggu
  2. Tertidur semasa memandu/bekerja
  3. Risiko terlibat kemalangan/kecuaian
  4. Tekanan, stress dan sistem imun badan menurun

Macam Mana Boleh Terkena Insomnia Ni?

Punca utama selalunya akibat tekanan perasaan, stress, dan kebimbangan yang melampau. Jika ada sedang mengalami masalah keluarga, mencari kerja, gagal dalam peperiksaan.. ya, ia mungkin boleh terjadi kepada anda.

Terdapat juga punca lain yang bersifat fizikal seperti mengambil kopi atau minuman yang berkafein dan beralkohol, sakit, kencing manis, dan sedang mengambil ubat preskripsi daripada doktor.

Cara Pencegahan dan Rawatan

Untuk membantu mengelak insomnia dan membantu mengurangkan simptom, sedikit perubahan pada gaya hidup harus dilakukan.

  1. Kurangkan pengambilan minuman berkafein dan hadkan selewatnya sebelum pukul 2 petang.
  2. Buat jadual rehat dan jadikan rutin tidur pada setiap hari pada masa yang sama.
  3. Selesakan diri di tempat tidur. Buat perubahan pada bilik tidur anda ( ubah cadar, baju longgar, suhu selesa )
  4. Ambil sedikit snek ringan sebelum tidur supaya tidak tidur dalam keadaan perut kosong.
  5. Elakkan tidur petang.

Pengambilan supplemen semulajadi juga membantu melegakan badan dan emosi yang sedang tertekan dengan cara yang lebih sihat.

Magnesium Dapat Melegakan Otot

Satu dos 250mg Magnesium sebelum tidur dapat melegakan otot dan urat yang tegang di dalam badan. Jadi, lebih mudah untuk tidur secara alami tanpa perlu mengambil ubat tidur dan sebagainya.

Ambil teh chamomile juga dipercayai boleh membantu memudahkan proses untuk tidur.

Kenapa ya wanita lebih ramai yang mengalami masalah insomnia ni? Mengikut kajian, ramai antaranya mengalami masalah insomnia akibat tidak bekerja dan penceraian. Perubahan hormon yang berlaku semasa haid, pre-menopause, dan menopause sangat menganggu kitaran tidur normal.

Ada juga yang akan mengalami hot flashes, berpeluh pada waktu malam dan sakit-sakit sendi.

Cadangan Terbaik

Bukan mudah juga ya jadi wanita ni ya lagi-lagi yang sudah bergelar ibu dan yang sudah memasuki fasa menopause.

Bila sudah mengalami masalah seperti insomnia ni, sangat disarankan untuk mengambil gabungan Kalsium, Vitamin D dan Magnesium untuk memastikan bekalan kalsium dalam badan mencukupi. Urat dan otot badan juga lebih selesa dan tenang.

B-Complex membantu dalam kelancaran urat saraf dan saluran darah.

GLA Complex dan Omega Guard merupakan Omega-6 dan Omega-3 yang saling melengkapi antara satu sama lain. Mereka sangat penting untuk mengimbangi hormon-hormon wanita di dalam badan dan mengelakkan keradangan pada organ-organ dalaman.

Bonusnya? Kulit lebih cantik dan berseri.

 

 

2 thoughts on “Isteri Mengadu Kerap Berjaga Malam Sejak Ada Anak, Mungkinkah Insomnia?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge