Jom Bawa Anak Bagi Kura-Kura Makan di Farm In The City – Best !

Illa nak berkongsi pengalaman best yang takkan dilupakan untuk selama-lamanya haha (sangat overclaimed). Ini juga merupakan pengalaman buat Aisyah dan suami yang tak pernah pergi petting zoo so, yeah this is a very big trip for us tau.

Memandangkan satu petang tu kami bersantai di rumah dan tak tau nak buat apa, Illa pun googled tempat-tempat menarik untuk Aisyah bermain. Suami setuju so Illa packing sikit makanan dan air untuk Aisyah, and off we go!

Eh, lupa. Kami nak pergi Farm In The City , Putrajaya. Lokasi dia agak tricky sikit nak explain. Jadi boleh Google Map atau gunalah GPS korang, cuba cari Farm In The City. Lokasi berdekatan dengan Giant, dan ambil masa hampir sejam dari Seremban 2.

Lepas bayar tiket masuk untuk 3 orang, kami pun mulakan perjalanan berpandukan peta yang diberikan di kaunter. Illa tak banyak sangat ambil gambar sebab busy betul handle Aisyah yang jadi teruja sangat tengok haiwan dalam buku-buku dia.

Menjerit, berlari – you name it. Semua dia buat. Nak tangkap Sang Kancil pun ada. Sabar je la ^_^”

Ok, jemput tengok gambar sepanjang kami kat sana. Mesti rasa nak pergi hehe. Nak bagitau kat sana takde cafe, tapi ada convenient store yang boleh beli air, makanan dan toys.

           

Tengok tu, bonding dah.

Tak perasan tengah jalan-jalan rupanya ada helang kat sebelah. Nasib baik kaki tu ikat fuhh

Kambing ni suka menyondol kat pagar, ingat kita bagi makan kot.

Besaqqq weh

First time Aisyah dapat tengok Bird dekat-dekat. Ada ka menjerit-jerit kesukaan (-_-)”

Kandang kura-kura gergasi hehehe

Seronok juga bagi makan kat kura-kura ni. Baru tau dia makan kangkung *haha*

Aisyah The Explorer. Masa ni baru eyes-to-eyes dengan kura-kura. Awal-awal dia nak kejar dan panjat je, lepas tau boleh bagi makan, asyik nak bagi kangkung je hewhew.

Inilah pertama kali dalam hidup Illa jumpa burung kecil yang warna-warni macam ni. Tak pastilah spesies apa sebab tak sempat nak baca apa-apa info pasal tempat burung ni. Kelam kabut nak pusing tempat sebelum pukul 6 PM.

Alpacas * aa comel *

Kat sini ada disediakan tempat beli makanan kat box di tepi-tepi setiap station. Ada hay, pellet – ikut makanan haiwan berkenaaan. Menarik. Sediakan duit kecil ye.

Alpada

Percayalah, bukan Aisyah je teruja masa ni. Ayah dia geli-geli nak bagi makan *hahah*

” Bangbang, boleh tak Aisyah masuk tangkap fish? ” ujar Aisyah dengan pengharapan tinggi ayahnya bagi tangkap ikan (u_u)

Landak. Besar betul.

” Yeahhh, tangkap Sang Kancil tu dan bawakan kepada beta “

(n_n)”

Kat sini banyak spesies kura-kura dan penyu yang rare. Contoh yang ni, katanya wujud dari zaman Dinasaur lagi. Well, betul kot tengok la belakang dia.

Meremang tengkuk. Muka dia pun ancient je tengok.

Kat sini, ada kedai kucing tau. Masya-Allah comel sangat. Ada perkhidmatan sewa kucing juga. Sayangnya, masa kami sampai sini dah tutup session bermain dengan kucing. Jadi tengok dalam sangkar je.

Kalau rajin dan punya banyak duit *dan kesabaran* , nak je bawa balik seekor Shorthair buat teman Aisyah kat rumah.

Demikian hari kami di Farm In The City, sungguh bermakna. Few tips berguna untuk ibu dan ayah nak bawa anak-anak :

  • Datang awal pagi untuk spend masa lebih lama dan boleh tengok persembahan haiwan-haiwan seperti pony ( kuda katik), burung kakak tua, naik kuda, dan sebagainya.
  • Elakkan datang pada hari selepas hujan sebab tanah boleh jadi agak basah dan becak. Sungguh sadis untuk ibu balik nanti nak cuci baju seluar.
  • Bawa bekalan air dan makanan siap-siap sebab takda cafe, cuma kedai serbaneka je. Harga pun agak mahal kalau nak dibandingkan dengan kedai luar.

Itu aje perkongsian. Semoga bermanfaat!

Jom gembirakan hati anak-anak dan dekatkan mereka dengan alam semulajadi!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge