Kebaikan Bertangas Untuk Wanita Yang Ada Masalah Kewanitaan

Sedang berpantang? Dah bertungku dan bertangas?

Amalan bertungku dan bertangas seringkali dikaitkan dengan amalan berpantang selepas bersalin di dalam masyarakat Melayu. Bertangas berbeza dari bertungku dari segi cara penggunaan oleh wanita selepas bersalin dan wanita bujang.

Ya, wanita bujang juga boleh mengamalkan bertungku dan bertangas. Ramai yang selalu mengaitkan amalan ini hanya untuk wanita selepas bersalin tetapi fakta itu tidaklah tepat.

Bertangas baik untuk wanita yang mengalami masalah pada faraj seperti kegatalan atau masalah lain. Terdapat dua jenis bertangas; tangas kering dan tangas basah. Keduanya mempunyai kebaikan yang sama, bergantung kepada keselesaan masing-masing.

Kebaikan lain ialah mengharumkan bahagian intim wanita dan mencegah berlakunya tombong atau buasir.

TANGAS KERING

Caranya ialah dengan menggunakan batu sungai yang dipanaskan selama 1 jam atas api kecil dan diletakkan serbuk tangas ( dari herba terpilih). Asap yang naik dapat membantu mengetatkan rahim.

Tangas kering lebih digemari kerana ia ringkas dan tidak merimaskan untuk orang yang tidak tahan berpanas.

TANGAS BASAH

Lebih hangat daripada tangas kering kerana ianya lebih kepada gaya bersauna. Ia menggunakan air panas yang dididih bersama daun herba terpilih.

Waktu bertangas digalakkan untuk 20 minit sahaja kerana itu sudah memadai. Wanita yang masih bujang digalakkan untuk melakukan 2 kali sebulan untuk merasai perubahannya.

Pantang bertangas ialah jangan sesekali menggunakan siraman cuka pada batu sungai kerana ia boleh menipiskan dinding rahim. Wallahua’lam.

TANGAS WANGI UNTUK PENGANTIN BARU

Biasanya dilakukan 3 hari sebelum hari pernikahan. Dengan ramuannya yang terdiri daripada daun pandan, bunga melur, mawar, daun cendana, dan gaharu, pengantin akan lebih wangi dan segar kerana boleh membuang bau badan termasuk ketiak.

RAMUAN BERTANGAS

Antara herba yang biasa digunakan untuk bertangas ialah :

•daun serai wangi

•daun seringan

•halban

•kaduk

•daun lemuni

•daun capa

•daun lengkuas

•daun mengkudu

•daun halia bara

•daun sirih

•daun inai

•daun ganda rusa

•daun timba tasek

•jintan putih dan hitam

•garam kasar

•asam gelugor (sedikit)

•manjakani

•sedikit halia

8 Comments

  1. Sy langsung tidak tau tangas2 ni.. ikut cara cina saja waktu berpantang.. tapi itupun tidak ikut betul.. yg sy amal.. makan supplemen.. sama pantang makan yg sejuk2 waktu berpantang.. thank you sharing info ni..

  2. Masa berpantang anak ketiga, kak Ros ada buat tangas basah, tangas kering dan sauna.
    Kakak tukang urut tu memang ada pesan suruh buat tiap-tiap bulan kalau boleh.

    • betul tu. bersyukur sgt masa pantang dulu tak tinggal bertungku. bantu sangat2 untuk keluarkan darah kotor dengan lancar

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge