Bisnes Dari Rumah

Kelebihan Mendaftar Keahlian Shaklee Yang Tidak Semua Orang Ketahui

Untuk orang yang mengambil berat tentang tahap kesihatan mereka, atau mereka yang pernah jatuh sakit dan tekad untuk mengubah kualiti kesihatan.. pasti mereka sangat rajin mengkaji dan mencari-cari supplemen apakah yang paling terbaik dan sesuai untuk diamalkan secara konsisten.

Illa pasti, antaranya supplemen yang mereka akan temui ialah Shaklee. Pernah tak anda semua dengar tentang Shaklee? Shaklee sudah lama bertapak di negara Malaysia sejak bertahun lama, alhamdulillah sebuah syarikat supplemen yang sentiasa memastikan kualiti produknya terjamin, berkualiti dan selamat. Apatah lengkap dengan sijil halal yang diperakui oleh pihak JAKIM.. sesuai diambil untuk yang beragama Islam.

Hari ni Illa nak kongsikan apa sebenarnya kelebihan yang PATUT korang dapat bila mendaftar menjadi ahli. Ada sesetengah orang menjadi mangsa seller yang hanya mahukan keuntungan atau point. Lepas jadi ahli, dibiarkan begitu saja.

Cara makan tak bagi, duit dapat terus senyap. Suruh pembeli baca pada label botol. Ini merupakan satu sikap tak bertanggungjawab ya. Sememangnya Shaklee menyediakan sebuah website membeli layan-diri untuk memudahkan proses pembelian, namun setiap yang mendaftar buat pertama kali perlu diberi tunjuk ajar.

Kebanyakan masalah sebegini timbul apabila pelanggan mahukan harga yang lebih rendah, dan membeli di platform perniagaan seperti Lazada dan 11Street.My. Ini sebenarnya melanggar peraturan yang ditetapkan oleh Shaklee ya, jadi tiada proses konsultasi yang telus dapat dijalankan dengan baik.

Kenapa ramai yang mahukan harga rendah sedangkan ada cara untuk dapat harga Shaklee dengan murah?

  1. Siap ada rebate lagi. Setiap yang mendaftar keahlian sebenarnya layak mendapatkan harga ahli untuk setiap barang Shaklee.
  2. Bukan sahaja mendapat harga yang lebih rendah, setiap ahli sangat dialu-alukan untuk menghadiri ceramah kesihatan, health check percuma dan konsultasi bersama ahli nutrisi Shaklee. Semuanya PERCUMA, hanya perlu daftar sahaja.
  3. Teringin untuk membuat bisnes online secara sampingan, part-time atau full-time? Setiap orang berhak untuk menjana wang tambahan. Dengan keahlian Shaklee, anda boleh melakukan bisnes secara sambilan di rumah mahupun sambil bekerja.
  4. Mendapat akses untuk Shaklee Today News yang mengandungi pelbagai info kesihatan, ciri-ciri supplemen semulajadi yang sesuai.

Dah jadi ahli kena buat bisnes ke?

Tak semestinya. Membina bisnes bukan sahaja memerlukan sedikit momentum dan tujuan, tapi juga memerlukan sikap positif dan kesungguhan untuk menjadi orang yang berjaya dan maju ke hadapan.

Kebiasaannya, mereka yang sudah mengalami kesan positif setelah mengamalkan Shaklee atau #ShakleeEffect pasti akan menjadi ahli makan sendiri dan ada juga yang menjadikannya sumber pendapatan tambahan.

Apapun, keduanya sudah pun “jatuh cinta” dengan Shaklee hehe. Tiada paksaan sekiranya anda tidak berminat untuk mengembangkan keahlian menjadi satu bisnes yang boleh diwariskan kepada anak cucu.

Seperti Illa sendiri, daripada hanya mencuba Set Kesuburan terus jatuh cinta dan menjadi pengamal tegar. Setahun kemudian, mulai berbisnes secara online sambil menjaga anak di rumah.

Pilhan, semuanya pilihan kita.

Ok, InsyaAllah di entri seterusnya Illa akan ceritakan prinsip 3S di dalam bisnes bersama Shaklee yang pasti mengubah persepsi anda terhadap bisnes online.

Till then,

Illa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge