Kulit Bebas Parut Dan Jerawat

Bagaimana VITAMIN C Bantu KULIT CERAH DAN BEBAS JERAWAT

Selama mengandung, kulit Illa agak sensitif untuk memakai produk muka. Kulit jadi merengsa dengan tiba-tiba. Jadi, Illa cuma mengambil supplemen Vitamin C Sustained Release untuk memastikan kulit nampak segar dan cerah. Suami pun dah terjebak dengan vitamin ni.. Illa tengok makin hari makin cerah je kulit dia. Semuanya sebab nak menghalang beliau daripada mengambil Panadol. Alhamdulillah, rasanya dah boleh kira dengan jari kot berapa kali dia ambil Panadol =).

Apa yang best sangat Vitamin C Sustained Release dari Shaklee ni?

•Menggunakan teknologi pembebasan berterusan secara semula jadi

•Pembebasan berlaku setiap jam (dalam tempoh 5 jam)

•Pembebasan berperingkat ini akan memastikan tubuh badan mendapat khasiat vitamin C dan kekal dalam darah selama 24 jam

Kelebihan dan Manfaat Vitamin C Sustained Release

#1 Collagen

Ia akan merangsang penghasilan kolagen jadi ini akan mengurangkan kedut di muka dan menghalang otot menjadi lembik.

#2 Memperbaiki simptom pendarahan

Apabila vitamin C di dalam badan berkurangan, gusi akan jadi mudah berdarah dan kulit akan nampak seperti lebam-lebam. Luka dan kecederaan pula akan lambat sembuh. Kulit akan menjadi kering dan kasar.

#3 Meningkatkan sistem imunisasi badan

Sel darah akan menjadi lebih sihat apabila dapat menyerap zat besi dengan lebih baik. Ia juga membantu sel darah putih untuk menentang bakteria dan kuman. Apabila sistem imun badan sudah memulih, insyaallah masalah alergi hidung, selsema dan asma boleh diatasi.

#4 Mencantikkan kulit

Kulit akan menjadi lebih cerah dan mengurangkan penghasilan pigmen.

#5 Masalah insomnia tiada lagi!

Pengambilan vitamin C dapat mengurangkan stress dan memperbaiki kualiti tidur kita. Jangan hairan nanti kenapa kita asyik rasa nak tidur awal je waktu malam ye =)

#6 Memerangi kanser

Vitamin C merupakan antioksidan semula jadi yang terbaik. Ia akan merangsang pengeluaran T-cell yang akan melawan sel kanser daripada terus berkembang, seterusnya akan membuang bahan kimia dari badan, InsyaAllah~

Makan buah-buahan pun boleh dapat vitamin C , lagi original!

Sebenarnya, bukan semudah itu ya puan-puan. Setiap hidangan buah mengandungi 45- 60 mg vitamin C semula jadi. Buah-buahan yang mengandungi vitamin C lengkap hanyalah dalam 10 hari selepas ranum. Vitamin C akan berkurangan selepas tempoh ranum tersebut. Kandungan itu akan berkurangan lagi kepada separuh apabila buah dipetik dan akhirnya akan musnah apabila terdedah dengan panas.

Takkanlah kita nak makan 10 biji buah oren tiap-tiap hari, senak perut! Kita disarankan untuk mengambil dalam 500 mg vitamin C sehari dan tidak melebihi 2000 mg sehari. Kalau terlebih dos, nanti jadi cirit birit pulak =P

Apa kata Malaysia?

Alhamdulillah, ramai yang berpuas hati. Yang penting, kita kena sabar untuk mendapatkan hasil yang baik bukan? Nak kulit cantik mana boleh dalam masa satu hari je. Mestilah akan ambil masa sikit sebab nak pulih dari dalam, bukan setakat luaran je.

Sepupu Illa sendiri sedang mencuba vitamin B Complex dan vitamin C untuk merawat masalah jerawat dia..dah lama juga dia mencari penyelesaian tu. Sebagai seorang pembantu tadbir, dia memang sangat banyak kerja dan banyak berfikir. Akhirnya, dia mencuba vitamin B complex dahulu dan alhamdulillah, jerawat semakin berkurangan. Selepas tu, baru dia mengambil vitamin C pula untuk efek yang lebih optimum. Illa doakan kulit dia akan sembuh seperti zaman-zaman remaja dulu =)

Healing crisis yang dialami? Malam je asyik tidur awal.. haha. Kenapa jadi macam tu ek? Kena tau la pulak apa kelebihan vitamin B Complex with Acid Folic dari Shaklee.

Testimoni daripada adik Illa yang mengalami masalah kulit berjerawat pun best juga. Dia dah mula menyukai vitamin C Sustained Release ni sebab bulan puasa ni, kulit bibir dia akan merekah dan mudah berdarah. So, dia akan mengambil satu tablet selepas berbuka dan akan minum air kosong lebih kurang 1 liter. Resultnya? kulit dia akan lebih lembap dan sihat keesokan harinya.

Menarik bukan?

Kalau tak larat nak makan buah-buahan segar 10 biji hari-hari, jangan risau kerana Illa syorkan sangat Vitamin C Sustained Release ini untuk memenuhi keperluan vitamin C kita =). Sebotol Vitamin C Sustained Release ini mengandungi 180 biji tablet  dengan harga RM92.50. Ini sangat menjimatkan kerana ia boleh bertahan sehingga 6 bulan!

Kepada yang nak mendapatkan vitamin ini dengan harga yang lebih murah + konsultasi lengkap (dan percuma!),  boleh contact Illa di 019-7780575. InsyaAllah, Illa sedia membantu =)

Selamat Mencantikkan Diri!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge