Kenapa Bayi Tak Boleh Makan Sebelum 6 Bulan? Baca 4 Sebab Ini.

Pernah lalui tak situasi orang tua dengan selamba menyuruh anda memberikan bayi anda makan apabila dia tidak berhenti menangis. Padahal usia si kecil tak sampai sebulan lagi. Alasannya bayi tersebut masih lapar, mungkin susu tak cukup atau susu ibu tak mengenyangkan.

Sabar ye ibu, mesti ada yang akan rasa down. Tak kurang juga ada yang jadi tertekan ya, sebab itu ada jadi kes ibu meroyan dan sebagainya. Perkara-perkara yang nampak kecil ini besar impaknya buat ibu yang sedang berehat dari bersalin.
Kemungkinan besar, orang tua dulu tiada pendedahan tentang ilmu pemakanan kanak-kanak. Namun kini, zaman sudah berubah. Ilmu perubatan juga turut mengalami perkembangan dan berubah berdasarkan kajian-kajian yang dilakukan oleh doktor.

Pakar perubatan kanak-kanak malah di dalam buku kesihatan kanak-kanak di klinik kerajaan menyarankan pemberian makanan pejal perlu diberi kepada bayi sebaik mereka mencecah usia 6 bulan.
Mari kita fahami apa sebab-sebabnya.

1. PERLINDUNGAN DARIPADA PENYAKIT

Pemberian makanan setelah bayi berusia 6 bulan dapat memberikan perlindungan daripada pelbagai jenis penyakit. Ini disebabkan sistem imun bayi kurang daripada 6 bulan masih belum sempurna. Pemberian makanan pejal awal boleh membawa masuk pelbagai jenis kuman dalam badan bayi.
Bayi akan cenderung untuk dijangkiti cirit-birit, sembelit, dan batuk dibandingkan bayi yang hanya mendapat susu ibu eksklusif sepanjang 6 bulan.

2. SISTEM PENCERNAAN YANG MATANG

Sistem pencernaan dalam badan bayi yang berusia 6 bulan ke atas sudah matang dan bersedia untuk menerima makanan selain susu ibu. Beberapa enzim pencerna protein seperti asid gastrik, lipase, enzim amilase hanya akan sempurna berfungsi apabila bayi berusia 6 bulan ke atas.
Bayi bawah 6 bulan akan mengalami kesulitan untuk memproses makanannya kerana sistem pencernaannya perlu bekerja lebih keras untuk mencerna makanan. Kesannya boleh menimbulkan gangguan pencernaan seperti sembelit atau kembung perut.

3. KURANG RISIKO ALAHAN PADA MAKANAN

Apabila bayi berusia kurang daripada 6 bulan diberi makan, sel-sel di sekitar usus belum bersedia untuk menerima bahan-bahan makanan sehingga makanan yang masuk dalam perut boleh menyebabkan tindak balas imun dan berlakunya alahan.

4. MELINDUNGI BAYI DARIPADA OBESITI

Dengan menunda pemberian makanan pejal, ini dapat melindungi bayi daripada risiko obesiti di masa hadapan. Proses pemecahan bahan-bahan makanan belum sempurna jika bayi diberi makan sebelum waktunya. Ia hanya akan menyebabkan risiko meningkatnya kandungan lemak dan berat badan.
Terdapat beberapa kes yang memerlukan bayi menjalani pembedahan akibat pemberian makanan pejal terlalu awal. Kasihan dia.

**********

Lepas ni, kalau nampak orang main suap je macam-macam kat anak kita, terutama sekali orang yang lebih berumur..mommies boleh la terangkan elok-elok dengan menggunakan nasihat di atas. InsyaAllah, sikit-sikit mereka akan faham. Kalau tak nak terima, takpe. Sekurangnya, mereka dengar cuma ada sedikit “ego” heheh biasalah, mereka kan makan garam lagi awal.
Elakkan bertengkar kerana perkara ini sangat trivial untuk digaduhkan. Boleh ambil langkah terbaik iaitu dengan menyediakan makanan anak awal-awal dalam bekas dan jadi “payung sebelum hujan” ^_^v

SEMOGA BERMANFAAT!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge