Cyst & Fibroid, Kesuburan

Ketahui Cara Pemakanan Yang Terbaik Untuk Pesakit Endometriosis

Seperti yang dijanjikan, sebelum ini Illa janji nak kongsikan tentang pemakanan terbaik bagi pesakit endometriosis. Untuk mendapatkan quick view tentang apa itu endometriosis, boleh terus baca di Doktor Sahkan Saya Ada Endometriosis.

Ok, terdapat beberapa makanan yang boleh membantu mengawal simptom endometriosis ini dari segi mengawal keradangan dan menjaga kestabilan hormon. Ada juga yang akan menjadikan kita lebih sakit dari biasa malah boleh memburukkan lagi keadaan.

5 Makanan Harus Dielakkan

#1 Makanan berproses, refined, sintetik

Ini termasuklah roti putih, biskut, makanan dalam tin, yang berperisa tambahan, banyak pewarna dan lain-lain lagi. Bahan-bahan ini boleh menyumbangkan kesan kepada hormon estrogen dalam badan kerana boleh menyebabkan keradangan.

Boleh mula dengan mengurangkan pengambilan roti dengan kerap dan banyakkan memasak dan makan real food, bukan junk food, fast food dan sebagainya.

#2 Gluten

Makanan bergluten selalunya yang terdapat bijiran glutinous yang ada pada gandum, rye, barli dan oat. Boleh bertukar kepada diet gluten-free dengan bertukar kepada beras perang, ubi keledek dan kekacang.

#3 Produk tenusu

Casein di dalam susu boleh menyebabkan tindak balas alahan bagi sesetengah orang seperti keradangan, bengkak pada mulut, ruam dan kegatalan.

#4 Penggunaan minyak sayur

Contohnya, minyak canola, minyak sunflower, minyak jagung, minyak cottonseed. MInyak ini amat tinggi dengan Omega-6 yang mana boleh meningkatkan inflamasi dalaman sekiranya diambil berlebihan. Pengambilan Omega-6 harus diseimbangkan dengan Omega-3 yang boleh mengawal keradangan.

#5 Kafein dan Alkohol

2 Nota Penting Untuk Lebih Sihat

#1 Tingkatkan pengambilan serat seperti buah-buahan dan sayuran. Antara buah yang kaya dengan serat ialah epal, pear, plum, oren dan chia seed.

#2 Aktiviti bersenam membantu wanita berisiko rendah untuk mendapat simptom endometriosis. Kawalan hormon juga lebih terkawal dan pengambilan makanan juga lebih terjaga. Tetapkan waktu bersenam 30minit – 1 jam sehari untuk lebih sihat dan bertenaga.

***

Secara basic, panduan pemakanan ini mampu mengawal simptom endometriosis menjadi lebih baik dan terkawal. Sesetengah orang yang mengamalkan pemakanan organik juga mampu merawat simptom ini.

Namun begitu, tidak dapat dinafikan dengan pengambilan supplemen semulajadi yang betul mampu mengawal radikal bebas yang boleh menyebabkan endometriosis bertukar menjadi kanser.

InsyaAllah Illa akan kongsikan pula supplemen semulajadi apa yang patut pesakit endometriosis amalkan untuk mengawal dan menghindarkan endometriosisnya menjadi lebih teruk.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge