Kosmetik Yang Sesuai dan Selamat Digunakan Oleh Ibu Hamil

Semasa hamil dulu, Illa pernah terbaca tentang perubahan hormon boleh menjadikan kulit kita sama ada lebih cantik atau jadi teruk. Penggunaan kosmetik juga boleh meresap ke dalam kulit kita, dan boleh juga memberi kesan negatif kepada kandungan sekiranya mempunyai bahan kimia berbahaya atau berlebihan.

Memang Illa jaga betul masa hamil dulu, tak pakai jenama sebarangan. Masa inilah Illa cuba berjinak-jinak untuk menggunakan produk penjagaan wajah yang organik, atau botanikal. Maksudnya, tiada bahan berbahaya, tiada paraben, tiada bau pewangi yang boleh merengsakan kulit dan berkesan membersihkan kulit.

So far, cuma ada 2 sahaja brands yang Illa gunakan sejak hamil hingga kini. Satu untuk penjagaan bibir, dan satu lagi untuk penjagaan wajah dan kesegaran kulit. Oleh kerana ia sangat selamat untuk ibu hamil dan BERKESAN dalam membersihkan dan menyerikan wajah, I am so happy to recommend them ^_^

Penjagaan Bibir dari Pure by Safiyyah Osman ( PbSO )

Illa sangat suka dengan packaging ala-ala student kimia ni heheh. Produk PbSO ialah 100% buatan Malaysia, organik dan halal. Pengasasnya, Safiyyah Osman sememangnya brilliant kerana coming up with this brand.

Ada 3 items yang wajib ada – Lip Scrub, Lip Balm, dan Lip Tint. Bila hamil, tak bermakna kita tak boleh nak manjakan diri dan tampil berseri dan bertenaga. Tak mahulah bibir kering pecah-pecah, nanti suami tengok pun sedih jew huhu.

Bahan-bahan yang digunakan antaranya Vitamin E oil, Organic Sugar, Minyak Kelapa dan banyak lagi bahan yang sememangnya membantu bibir nampak lebih segar dan bermaya.

My latest addiction is BeetRed Lip Tint yang menggunakan ekstrak Beetroot dan bibir nampak segar kemerahan je. So refreshing! Sekarang untuk pergi mana-mana yang perlukan simple outfit, Illa memang pakai liptint ni je. Standby dalam bag.

Penjagaan Kulit dari rangkaian Nutriwhite

Illa terus jatuh cinta apabila melihat rangkaian ni, serba putih! Terasa bersih suci murni diriku ini~ Nutriwhite merupakan rangkaian penjagaan kulit daripada Shaklee yang dirumus khas untuk kulit orang Asia. Jadi sesuai sangat untuk orang Malaysia sebab fungsinya bersesuaian dengan cuaca negara kita ini.

Dipatenkan khas dengan rumusan WhiteN-16 bahan botanikal yang berfungsi seperti berikut :

  1. Buah-buahan Beri untuk memutihkan: Strawberi, Bearberi, Mulberi, Scullcap, Kacang Soya dan Pokok Bic.
  2. Ramuan botanikal untuk menyihat, melembap dan menegang: Linden, Marshmallow, Rumpai Laut, Alga Hijau dan Cat’s Clow.
  3. Nutrien bagi melembapkan dan melegakan kulit: Aloe Vera, Rosemary, Mountain Arnica, Peony dan Kudzu.

Illa punya Must-Have dari dulu sampai sekarang ialah Cleanser, Make-Up Remover, Spot Treatment dan Overnight Renewal Cream

Perubahan paling ketara lepas kali pertama menggunakan Foaming Cleaser ni ialah, korang rasa kulit muka segar sangat tapi kulit tak cekang. Tau tak cekang tu apa? Macam tegang-tegang gitew. Tegang sangat tu bukannya bagus sangat, kadang-kadang disebabkan pencuci muka tu terlalu mengeringkan kulit kita.

Make-up Remover pula Illa akan gunakan 1-2 kali seminggu sahaja. Easy right? Paling best, set ni menjimatkan sebab boleh bertahan sehingga 1 tahun ! Yeah, sekarang memang Illa beli pencuci muka setahun sekali ja hahaha. Macam tak percaya je kan?

Nanti Illa kongsikan beberapa review dan feedback mereka yang dah guna rangkaian ni. Jangan lupa scroll sampai habis ya?

Yang ini pula, Spot Whitening. Sangat sesuai untuk sapu kat jeragat dan parut di wajah – especially parut jerawat. Spot Whitening ni sangat berkesan dalam memudarkan jeragat, dan akan lagi berkesan bila diambil sekali dengan vitamin yang bersesuaian.

Sekarang Illa kerap sapukan krim ni pada parut-parut jerawat zaman sekolah dahulu. Alhamdulillah, memudar sangat! Tak perasan dah, dan ada yang kecik-kecik tu dah hilang sepenuhnya. Kesan paling ketara lepas apply krim ialah, kulit jadi tegang. Krim ni ada kandungan vitamin C aktif dan Cat’s Claw ( sejenis tumbuhan ) yang membantu mencerahkan dan menegangkan kulit korang.

Overnight Renewal Cream ni Illa baru je ambil tahun ni sebab bila dah masuk usia 30 ni, nampak kulit macam kusam je. Lagipun nak get rid parut lama di wajah ni, memang kena lah. Ibu hamil sesuai juga menggunakan krim ni, sebab kulit kita semasa hamil tend to look kusam kan so bila setiap malam kita tepek cream ni.

Esok paginya kulit terasa lembut dan tak kusam. Bila dah cuci, nanti dia akan tanggalkan sekali lapisan-lapisan kulit lama dan kulit baru akan keluar dengan segarnya ^_^

Penjagaan Mata dengan Enfuselle Eye Treatment

Dulu Illa selalu tidur lambat sebab nak siapkan entri blog yang dijadualkan. Jadi bila sepanjang malam, kerap menghadap skrin laptop tu – kulit bawah mata agak kering dan berkeredut. Bila terbaca review orang yang pernah guna Enfuselle ni, Illa memang try cecepat sebab taknak nampak mata kuyu je 24 jam.

And the result, memang marvellous. Illa rasa jauh sangat beza kulit mata dulu dan sekarang. Kulit bawah mata terasa lembap dan selesa walaupun eyebag masih ada di situ heheh. Gunalah sebelum tidur, semasa mata berehat krim yang buat kerja untuk mencantikkan mata kita.

Kecil je krim nye. Boleh simpan dalam beg dan apply bila berehat di ofis atau dalam kereta. Very handy and convenient untuk ibu-ibu yang busy.

Okay, as promised mari kita tengok pula review-review mereka yang puas hati dengan rangkaian Nutriwhite ni.

Sebagai permulaan, apa yang saya perlu guna?

Sebagai permulaan, ibu-ibu boleh menggunakan 3 produk utama kat atas ini, iaitu Foaming Cleanser , Ultimate Whitening Protection untuk menghalang sinaran UV di siang hari dan Overnight Renewak Whitening Cream untuk menggantikan kulit kusam pada waktu malam.

Bermula dengan 3 produk ini, pun dah cukup bagus sesangat. Kalau ada bajet lebih di masa hadapan, bolehlah top-up dengan produk yang lain-lain lagi.

Ini antara produk-produk lain yang ada dalam rangkaian Nutriwhite.

Okay, rasanya Illa dah kongsikan yang terbaik untuk ibu-ibu di luar sana agar lebih bijak memilih kosmetik yang sesuai ketika hamil. Apa yang kita gunakan mungkin tidak nampak kesannya dari segi luaran, tapi untuk jangkamasa panjang kita pun tak tahu apa yang akan terjadi kepada kulit kita.

Lebih parah kalau kulit kita jadi rosak akibat penggunaan kosmetik yang berlebihan bahan kimia berbahaya. Rosak kulit sampai anak-anak dah besar huhu.

I want them!

Untuk konsultasi dan cara penggunaan yang betul, boleh hubungi Illa di 0197780575 atau tinggalkan PM/emel. Illa akan bantu sebaik boleh untuk mommies tersayang.

Semoga bermanfaat!

Love,
Illa Hasbi ( 0197780575 )
Suka warna putih dan pastel 

 

 

5 Comments

  1. Terbaik, cegumanes baru nak cuba pbso tu. Harap sesuai. Nutriwhite pula memang serasi sangat, dah tahun ketiga dengan nutriwhite. Kulit memang alami perbezaan ketara.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge