Bangkok

My Second Visit to Bangkok : The Don Mueang International Airport Review

Hi semua

Pagi ni gigih membuat entri santai dalam kereta. Oh, kami dalam perjalanan bercuti bersama keluarga. Hujung tahun dan cuti sekolah kan. Masih belum ada plan untuk ke mana-mana?

Beberapa minggu lepas Illa pergi ke Bangkok untuk kali kedua. Ya, kedua. Selepas dah berjanji kat diri sendiri dan suami yang taknak pergi dah Bangkok lepas ni haha.

Tapi kali ni banyak bezanya berbanding trip yang pertama dulu. Yang kedua ni, lebih selesa lebih santai dan lebih mudah nak cari kedai makan halal.

Ok, tajuk kata nak review lapangan terbang Don Mueang. Kenapa pula nak review tempat kapal terbang landing ni heehee… dah takde tempat lain ke 😝

Illa suka buat research sebelum travel pergi ke mana-mana sejak dari zaman belajar, senang nak standby dan prepare any emergencies. Jadi, penting juga la info-info macam ni untuk orang yang memerlukan.

Jom layan sedikit tips berguna dari Illa tentang Don Mueang International Airport, Bangkok.

1. Tahun 2016 pertama kali sampai rasa tak selesa kerana persekitaran yang tak bersih, ada sejenis bay dan warna yang monotone. Rasa sedikit seram pun ada haha. Mungkin sebab dah terbiasa dengan negara sendiri yang penuh warna warni dan kemas.

Tahun 2017 bulan November banyak perubahan dapat dilihat. Persekitaran yang lebih segar dan kemas. Jadi sekarang lebih selesa untuk berjalan jauh. Anak pun Illa lepaskan je untuk dia explore dan berlari.

2. Borang Arrival dan Departure tu isi siap-siap sebab barisan untuk beratur sangat panjang. Kalau kena time peak, bila banyak penerbangan tiba pada waktu hampir sama memang parah kena tunggu. Kalau lupa isi, memang kena suruh atur semula.

3. Agak besar dan jauh untuk pergi ke gate-gate tertentu. Sebaiknya gunakan travel stroller yang mudah dilipat untuk membawa anak-anak. Dah beberapa kali kami bereksperimen, memang sangat perlu juga travel stroller ni untuk yang kerap travelling.

4. Tandas tiada paip air ya jadi bersedialah dengan apa yang patut seperti botol kosong atau Bozzle.

5. Tiada tempat khas untuk baby room, hanya ada changing station yang diletakkan sekali di dalam tandas wanita.

6. Bila dah ambil bagasi semua, dan mencari perkhidmatan teksi untuk ke hotel/homestay/AirBnB.. perkhidmatan teksi terletak di hujung sekali. Di tingkat yang sama. Kalau tak pasti boleh saja tanyakan ke kaunter info.

Jangan terkejut kalau terpaksa beratur panjang. Boleh guna priority lane kalau ada bawa baby, orang tua atau pregnant moms.

7. Don Mueang mempunyai lain terminal untuk lain-lain penerbangan. Jadi tengok betul-betul tiket korang ada kat terminal mana. Air Asia kebiasaan di Terminal 1. Untuk domestic flight sahaja yang ada Terminal 2. Kalau dari Bangkok korang nak ke Krabi kenalah pergi Terminal 2.

Nak balik KL pegi Terminal 1 tau?

8. Sekitar terminal 29, terdapat Kidzone yang selesa untuk kanak-kanak bermain. Kita pun boleh berehat sekejap sambil menikmati secawan kopi panas.

Bertentangan dengan Kidzone ni ada sebuah kedai makan dan minum yang halal. Ni memang baru sebab 2016 takde lagi.

Basically, Don Mueang Airport ni tidaklah complicated mana sebab dibahagikan mengikut terminal. Tapi still kena prepare 2 jam awal untuk mengelak kesesakan di imigresen.

Ok, setakat ni Illa kongsikan tips yang boleh dipraktikkan apabila di Bangkok nanti. InsyaAllah next part Illa kongsikan pula tempat makan halal sekitar Bangkok dan tempat tinggal yang boleh dijadikan pilihan bercuti sekeluarga.

Dah sampai kat Cameron Highlands yeay alhamdulillah! Cuaca semua elok tak sejuk sangat dan tak hujan. Jem pun tiada phew!

Illa tak sabar dah nak makan strawberry cicah cokelat ni 😍

Till then!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge