Panduan Mengatasi Bayi Kerap Tertidur Semasa Menyusu

Rata-rata mommies mesti ada yang pernah mempunyai pengalaman dengan situasi bayi tertidur ketika menyusu. Baru menyusu tak sampai lima minit, tiba-tiba bayi sudah lena tidur dengan puting masih di dalam mulut.

Secara tak langsung, ini boleh menjejaskan usaha untuk menjayakan penyusuan eksklusif. Ia juga boleh menyampaikan mesej yang kurang tepat kepada ibu baru yang beranggapan bayi sudah kenyang walaupun menyusu dalam tempoh yang sekejap.

Sekiranya ibu hanya menanti bayi untuk menangis kerana lapar, itu merupakan anggapan yang salah sama sekali. Tahukah ibu, menangis merupakan tanda terakhir yang bayi anda betul betul betul lapar? Tanda awal boleh jadi dia merengek, atau bibir yang bergerak-gerak seakan menyusu.

Idealnya, bayi akan menyusu dengan kerap mengikut kehendak – 1 ke 2 jam sekali. Ini kerana proses pencernaan susu ibu mengambil masa yang singkat (60 hingga 90 minit) berbanding susu formula (tiga hingga empat jam). Namun,  setiap bayi mempunyai corak penyusuan yang berbeza.

Punca Kerap Tertidur

Satu jam pertama selepas bayi dilahirkan adalah waktu paling aktif. Oleh itu ibu amat digalakkan untuk memulakan penyusuan. Dalam tempoh ini, menerusi sentuhan kulit ke kulit, bayi akan mengenali bau, payudara dan puting ibunya. Dalam fasa ini juga, bayi akan menghisap dengan aktif sebelum mula mengalami keadaan di mana dia akan kerap tertidur.

Secara purata, bayi berumur dua hingga tiga minggu akan tidur 16-18 jam sehari dan jumlah waktu tidur akan berkurangan mengikut perkembangan umur. Ketika menginjak usia dua bulan, dia hanya tidur 9-10 jam sehari.

Kenapa bayi baru lahir asyik tidur sahaja? Ini disebabkan oleh kelenjar di otak yang belum cukup matang untuk menghasilkan hormon yang membuatkan rasa mengantuk (melatonin) dan hormon yang membuatkan rasa sedar atau berjaga (cortisol). Hal ini membuatkan ritma tidur yang tidak sekata.

Oleh itu, ramai bayi yang belum kenyang tetapi tertidur semasa menyusu. Lebih-lebih lagi yang didakap erat semasa menyusu – tenangnya! Lagi mudah tertidur.

Terdapat 2 fasa tidur bayi yang perlu difahami.

•Active Sleep

•Tidur tapi dalam keadaan berjaga. Jangka masa Active Sleep lebih panjang. Semasa menyusu, bayi akan mula tidur sambil menyusu pada fasa ini. Jika dikejutkan atau dirangsang, dia akan lebih mudah terjaga.

•Quiet Sleep

•Tidur lena. Jika bayi dibiarkan terus tertidur, dia akan memasuki fasa Quiet Sleep, dan berhenti menyusu.

Cuba praktikkan panduan berikut bagi mengatasi bayi kerap tertidur semasa menyusu.

1. Kejutkan Bayi

Kejutkan bayi daripada tidur setiap 2 jam jika bayi selalu tidur melebihi 2 jam. Ini bagi memastikan bayi mendapat nutrisi susu ibu yang secukupnya.

Dalam masa yang sama, ibu dapat mengelakkan bengkak susu atau saluran kelenjar tersumbat terutamanya di minggu pertama kelahiran.

2. Urut Lembut

Lakukan urutan lembut dan senaman pada otot tangan dan kaki bayi. Ibu juga boleh bercakap-cakap dengan bayi.

Gunakan kreativiti lain seperti menyanyi atau berselawat apabila melakukan urutan dan senaman. Setelah bayi terjaga, usap tepi mulut bayi dengan jari untuk merangsangnya supaya mencari puting (rooting reflex).

3. Ibu Harus Kreatif

Semasa bayi menyusu, jangan biarkan bayi memasuki fasa tidur active sleep. Gunakan kreativiti ibu seperti merangsang dia dengan kerap supaya sentiasa menyusu dengan aktif.

Contohnya mengurut atau menggerakkan tangan dan tapak kakinya, bercakap-cakap dan menggeletek lembut belakang atau tapak kakinya.

4. Rangsang Bayi

Sesekali, anda boleh menekan payudara antara ibu jari dan beberapa jari lain seperti memerah apabila bayi berhenti menghisap. Teknik ini akan mengalirkan susu keluar ke dalam mulut bayi dan boleh merangsangnya untuk terus menghisap.

5. Panjangkan Tempoh Penyusuan

Pastikan penyusuan bayi yang kerap tertidur ini lebih lama daripada bayi yang aktif menghisap. Apabila bayi kerap tertidur, ini akan membuatkan susu yang diambil tidak mencukupi.

Tiada jangka masa yang tertentu tetapi pastikan bayi menghisap sehingga dia melepaskan puting dengan sendirinya. Jika anda tidak pasti sama ada bayi berhenti menyusu kerana sudah kenyang atau terlelap, cuba tarik keluar puting perlahan-lahan.

Sekiranya mulut bayi masih membuat gerakan menghisap, teruskan penyusuan. Jika sebaliknya, anda boleh menghentikan penyusuan. Pemberian susu formula bukan penyelesaiannya.

6. Posisi Baring

Menyusukan bayi dalam posisi berbaring boleh membantu mengurangkan keletihan akibat penyusuan yang lama. Ibu boleh berehat sambil menyusukan bayi.

Terdapat punca-punca lain yang menyebabkan bayi sering tertidur dan tidak aktif:

•Pramatang

•Kurang gula dalam darah

•Sindrom Down

•Hypothyroidism

Bayi ini biasanya tidak aktif walaupun dalam keadaan jaga dan biasanya mempunyai simptom lain. Ibu perlu membawa bayi berjumpa pakar untuk kepastian. Yang penting ibu jangan mudah berputus asa untuk menggalakkan bayi menghisap susu ibu.

Alhamdulillah, semasa Aisyah terkena jaundis dulu pun dia memang kerap tidur lama sangat tapi Illa cuba semua tips di atas dengan gigih – 1 minggu dah turun bacaan kuningnya.

Kekerapan menyusu juga boleh membantu menurunkan bacaan kuning ya ibu-ibu ^_^. Kalau kes prolonged jaundice, itu kena tanya yang lebih pakar lah. Hee~

Leave a Reply

CommentLuv badge