Penapis Air Mudah Alih Yang Sangat Mudah Dan Mampu Milik

Rumah baru Illa ialah apartment dan sebab rumah baru kan, banyak la budget kena allocate untuk mengisi rumah baru ni – perabot, dapur, lampu, dan barang keperluan rumah. Termasuk lah budget untuk beli water filter.Korang pun tahu la kan, harga water filter yang terus sambung ke paip tu harga ribu-ribu. Contohnya Coway, Cuckoo, Bio Pure dan banyak lagi.

Agak loya juga tekak ni kadang-kadang bila minum air mineral hari-hari, udah la berat nak bawa naik. Jadi Illa selalu standby masak air paip sebelum nak minum or masak. Jimat juga penggunaan air mineral botol tu. Dah namanya air paip, tak sedap la air nya hehehe.

Baru ni, teringat kat sejenis penapis air mudah alih ni. Namanya Get Clean Water Pitcher. Sangat mudah dan MURAH. Murah untuk penapis air yang mudah dibawa balik kampung mahupun piknik.  Mudah sebab tak perlu guna elektrik.

Macam “too good to be true” right?

Namun itulah hakikatnya. Ada satu jenama penapis mudah alih di UK kalau tak silap, namanya Brita. Kak ipar cakap masa dia belajar kat Jerman dulu diorang guna Brita. Memang air sedap dan bersih, tanpa ragu-ragu diorang guna.

Jadi masa Illa buat perbandingan antara Get Clean WP ni dengan jenama Brita dan lain-lain, Get Clean ni lebih bagus dari Brita! Sebab dia tapis lagi banyak pollutant di dalam air.

Menarik kan?

Jom tengok pula review dari orang-orang yang dah menggunakan Get Clean WP ni. Macam best je heheh

[ Testimoni 1 ]

[ Testimoni 2 ]

[ Testimoni 3 ]

[ Testimoni 4 ]

[ Testimoni 5 ]

[ Testimoni 6 ] 

[ Testimoni 7 ]

 

[ Testimoni 8 ]

Teruja pula Illa nak dapatkan satu untuk diri sendiri. Walaupun Illa memang pengedar Shaklee tapi selama ni rasa macam tak perlu. Haih menyesal pula tak beli awal dulu, kalau tak memang dah bawa ke Toulouse, Vietnam, Krabi.. jimat duit beli air mineral. Udahle mahal sebotoi.

Mari kita tengok apa lagi ciri-ciri yang istimewa yang ada pada penapis air mudah alih atau portable water filter ni.

•Sistem penapis jag air pertama yang menggunakan blok karbon isian semula yang menyingkirkan sehingga 99% plumbum yang menuras sehingga 303 liter air.

•Mengekalkan kandungan mineral sihat dan rasa air yang sedap

•mengurangkan klorin yang tidak baik untuk kesihatan

•Ada meter automatik untuk menyukat penggunana air

•Tidak menggunakan elektrik

•Ringan dan mudah dibawa

•Murah dan mampu milik

•Filter perlu ditukar hanya bila meter menunjukkan tanda atau hanya sekali setahun

•BPA free plastic

 

Murah ni wey, satu jag harganya RM 512.50 sekali dengan filter. Sangat berbaloi! Sangat mampu milik dan tahan lama.

Kalau korang sedang mencari-cari water filter basic yang sesuai dengan bajet, Illa rasa inilah jalan penyelesaiannya.

Nak balik kampung atau pergi bercuti dalam negara pun senang ni. Bawa je letak dalam bagasi, mudah kan.

Kalau duduk apartment macam Illa lagi lah berbaloi-baloi, tak payah angkut air mineral botol dah tiap kali kehabisan air minum.

Kalau duduk rumah 2 tingkat pun best. Malam-malam takyah turun bawah dah nak minum, leh tapis air kat je dan terus minum. Buat pantry kecil kat atas, comel je.

Jika berminat, korang boleh la Whatapps ke 019-7780575 untuk menempah satu atau dua buat letak kat rumah mak ka, kampung ka. Kalau nak dapat harga lagi murah, elok la register jadi ahli Shaklee terus. Boleh dapat rebate kalau cukup point ^_^

Nak bayar ansuran? Boleh buat 3 kali installment, yang penting Whatapps 019-7780575 untuk pertanyaan lanjut. Barang best jangan biar menghantui diri dan tidurmu hehehehe

OK, nak tengok tabung sat manatau boleh dapat penapis air portable yang cantik ni satu ^_^ .

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge