Kehamilan

Pengalaman Anemia Teruk Hb 8.7 Semasa Hamil

Throwback kisah tahun 2015. Masa tu, Illa baru dapat tahu yang Illa hamil so minggu depannya ambil cuti siap-siap dan pergi klinik nak pergi buka buku warna pink. Dah sampai klinik kesihatan tu, kena ambil darah dan air kencing seperti prosedur yang biasa. Lepas tu, tunggu je sampai doktor panggil.

Bila dah sampai giliran masuk jumpa doktor, cuak sangat. Sebab masuk-masuk doktor muka garang hahah. Soalan pertama doktor, ” you baru tahu you pregnant eh? ”

Lepas cakap ya, doktor tu pun baru cakap yang bacaan darah Illa sangat rendah…sangat-sangat rendah. Dalam 8.7 macam tu. Terus dia bagitau yang Illa akan diletakkan bawah pantauan khas sebab bila Hb rendah sangat, boleh buat macam-macam komplikasi.

Kita ni baru first time tau, memang sedikit blur. Husband pun macam redho je tengok hihi. Doktor pun teruskan check bawah kelopak mata, tapak tangan.. memang awak ni anemia katanya.

Jujur, Illa tak pernah kisah pun pasal anemia ni apa tau. Masa 2014 buat checkup Mers-Cov lepas balik umrah, doktor ada bagitau yang Hb Illa rendah jadi kena banyakkan makan vitamin C atau multivitamin, iron dan sebagainya. Diet pun kena jaga, kena makan yang boleh naikkan Hb seperti bayam merah, bilis, ikan cencaru dan sebagainya.

Tapi masa tu doktor just kata, it’s normal sebab kalau disebabkan kurang zat besi, bacaan boleh naik dengan diet yang betul. Kalau berlanjutan barulah kena tengok manatau ada Thalasemia atau tak.

Antara tips yang doctor bagi :

  1. Banyakkan makan buah-buahan yang kaya dengan Vitamin C
  2. Ambil makanan yang kaya dengan zat besi ( ikan cencaru, bayam merah, sayur hijau, ikan bilis, delima). Organ dalaman seperti hati pun elok tapi tak digalakkan untuk ibu hamil.
  3. Jarakkan pengambilan susu atau apa-apa yang kaya kalsium jika makan Iron, kerana boleh mengganggu kadar penyerapan.

Dah masuk 5 bulan baru bacaan berjaya naik, apa cerita ??

Kisahnya, kena persoalkan dek nurse heheh. Sebab asyik makan Iron je, Illa pun selalu sakit perut dan rasa loya. Jadi nurse suruh tukar kepada Iberet Folic 500mg. Bila kami duduk sama-sama berbincang apa yang menyebabkan susah sangat naik, ada beberapa faktor mungkin buat susah naik tu.

  1. Masa makan yang tak menentu. Masa kerja kadang-kadang Illa lambat lunch, drag sampai pukul 3-4 ptg macam tu baru makan.
  2. Tak konsisten. Menu berkhasiat Illa tu tak menentu. Hari ini kadang ok, esok dah makan nasi goreng je haha.
  3. Illa ada makan snack in-between buat kerja, dan mostly chocolate. Chocolate kan ada susu. Mungkin ada sumbangan kat situ?

Alhamdulillah, selepas sedar diri.. Illa usahakan perbaiki ketiga-tiga benda kat atas tu. Yang paling tak tinggal, Sustained Release Vita C Shaklee. Tak miss walaupun hari-hari Illa sentiasa makan buah-buahan. Takde buah oren, makan apa je buah yang ada kat stall buah MBG tu huhu.

Bila Illa dah mula ambil Iberet dan konsisten terus dengan Sustained Release Vita C Shaklee, meroket naik bacaan Hb. Checkup Hb terus naik 10++ . Terus tukar sticker kat buku klinik dan dah boleh datang checkup sebulan sekali je. Kalau diberi peluang sekali lagi, Illa nak usahakan sahaja dengan Vitalea tapi disebabkan bacaan yang terlalu rendah, dan nurse desak suruh naikkan cepat.. Illa ambil juga la Iberet tu. Cuak tau kenapa Hb takmau naik ni, berat kemain naik!

Copp, dah check bukan Thalasemia walaupun dah kena saspek dek nurse2 hehe

Takpe anak pertama ambil pengalaman dulu.

So, ni sedikit sebanyak pengalaman Illa kena low Hb masa hamil dulu. Bila Iberet dah habis, Illa maintainkan dengan Vitalea pula. Alhamdulillah hari bersalin Hb 11++ so okay. Masa berpantang pun kekal setia bersama Set Berpantang Shaklee pula ^_^

Muah ciked,

Illa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge