Toulouse

Pengalaman Shopping Di Pasar Perancis Demi Lamb Chop!

Semasa mengikut suami berkursus di Toulouse, Perancis, memang gembira sangat. Perancis merupakan salah satu tempat idaman Illa sejak kecil lagi. Entah kenapa, mungkin sebab bahasa dia kot *kempunan tak dapat masuk kelas French dulu agaknya*

Kali pertama suami pergi, kami tak ikut dulu sebab kena pergi dengan rakan sekerja last minute. Masa tu Syawal lagi, jadi kami pun teruskan open house kat Seremban tanpa dia *sobsob*. Kali kedua, baru kami ikut sebab kali ni memang dia kena pergi untuk kursus.

Sepanjang di Toulouse, kami menginap di Citadine-Wilson Apartment Hotel, sebuah apartment hotel yang terletak di tengah bandar. Mudah juga untuk ke mana-mana, menyeberangi jalan sudah sampai ke pusat bandar yang sangat cantik dengan bangunan-bangunan lama yang antik dan bersejarah. Supermarket yang kemas dan bersih, tak nampak macam supermarket pun. Nampak macam H&M adalah *hehe*

Ini supermarket – Monoprix. Semua ada. Tingkat bawah ada seksyen baju dan bakery. Tingkat 1 ada barang dapur.

Sebaris dengan hotel ini, ada pejabat jualan Air France dan stesen metro Jean-Jaures. Sayangnya, tak berkesempatan nak explore dengan metro sebab tak ada peluang. Kekangan bahasa dan jangkaan masa membuatkan Illa tak confident nak explore, lagi-lagi berdua dengan Aisyah. Buatnya Aisyah nak poopoo, nangis tak selesa ke .. err memang tak sanggup lagi berhadapan situasi tu seorang diri.

I admit, ada sedikit kerisauan juga – and kerisauan suami dan ayah. Sebulan sebelum kami berlepas, masa tu ada kes terrorist attack kat Paris ( or Nice ) jadi semua tempat akan ada rondaan askar. Ada insiden panik masa kami di Lapangan Terbang CDG membuatkan lagi kuat rasa risau tu sebenarnya. Bila fikir balik, semacam tak berasas juga kerisauan tu. But, better safe than sorry.

Mudahkah Mencari Makanan Halal Di Toulouse?

Di Toulouse, memang ada beberapa kedai orang Islam di sini yang sangat memudahkan Illa untuk membeli barang dapur. Nak dikatakan banyak tu, tak pasti sangatlah sebab selama kat sana, kami hanya pergi ke kedai kebab orang Turki dan kedai makan yang direkomen oleh kawan. Selebihnya, Illa banyak memasak sendiri.

Suci dan murni gitu..walaupun masak Maggi goreng.. hehehe.. Bila google, ada je lagi kedai lain tapi kena pastikan betul-betul halal atau vegetarian tak.

Satu hari Illa teringin nak buat lamb chop, entah kenapa terliur pula lepas suami bagitau ada boucherie halal tak jauh dari hotel. Tupp terbayang daging kambing seketui. Lalu, daku menyimpan hasrat nanti nak pergi sana pagi-pagi untuk morning walk dengan Aisyah.

Barang-barang rempah dan keperluan lain semuanya dah dibeli di Monoprix jadi tinggal beli bahan mentah yang lain. Jadi Illa pun memulakan perjalanan ke boucherie ( kedai daging ). Pagi tu, Aisyah tidur nyenyak pula jadi Illa just guna Boba dan bawa shopping bag.

Bestnya udara pagi! Segar sangat. Cuaca autumn kat sini macam redup tapi tak hujan. Angin pun bertiup sepoi-sepoi tapi ada masanya menggigil jugak la. Aisyah, walaupun dalam Boba ku bungkus juga sian pula nanti. Dalam perjalanan tu, terjumpa kedai bunga.

Aisey, kalau di Malaysia sorryla memang ku beli satu ni bawa balik.

Jalan punya jalan, Illa ternampak ramai sangat orang kat depan. Apa pulak ni? Pagi ni ada tunjuk perasaan kah kunun. To my surprise, rupanya pagi tu ada pasar pagi!

Allah, terima kasih bagi peluang ni sebab memang nak pergi sangat pasar pagi orang putih ni >____< . Beginilah, kalau  suka tengok channel Food Network dan sebagainya. Memang segar tau warnanya. Bayangkan tomato yang sangat juicy dan oren yang manis. Aisyah cukup suka bubur labu yang Illa buat, mungkin labu tu manis. Mami tak makan labu hehehe

Meh cuci mata dengan hasil tangkapan di pasar orang Perancis.

Oren yang terlalu sedap sampai nak makan dengan kulit ye Aisyah?

Ini tempat spices dalam Monoprix. Hampir gila memikirkan bilalah nak susun spices kat rumah tu bersepah betul. Letak dekat sangat ngan stove, merecik sambal. Hewhewhew

Dan, voila inilah hasilnya! Lamb Chop paling ringkas di dunia, dan lain-lain (n_n)* Aisyah and her pumpkins, settle. Yang penting, marinade kambing tu puas-puas dalam peti sejuk. Confirm berasa!

Bon apetit !

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge