Bisnes Dari Rumah

Pengedar Shaklee Paling Mesra Di Seremban 2 dan KLIA2

Assalamualaikum

Hari ini saya nak ambil peluang untuk share sedikit tentang saya kerana, tak kenal maka tak cinta gitu kan? Nama diberi Fadzillah Hasbi, dan lebih dikenali sebagai Illa.

Orang-orang tua ada yang lebih gemar memanggil dengan nama Ella ( termasuk jiran baru saya ). Mungkin, lebih mudah disebut ^_^ Berasal dari Sarawak, dan kini menetap di Seremban 2 bersama suami dan anak gadis tercinta.

KISAH IBU YANG BUAT BISNES DARI RUMAH

Kini, saya bekerja 100% dari rumah sebagai Pengedar Shaklee di sekitar Seremban, Seremban 2, dan KLIA 2.

Sudah lama saya memasang impian untuk bekerja sendiri dari rumah sambil membesarkan anak dengan tangan sendiri. Mungkin ada yang kata paranoid, tapi bagi saya itu semua normal. Semua ibu pasti akan merasakan keinginan untuk membesarkan dan menjaga anak di depan mata kan?

JODOH PERTAMA DENGAN SHAKLEE

Tahun 2012, saya bermula dengan Set Kurus – Cinch Shake dan Lecithin. Masa tu memang aim nak kurus sebab nak sihat. Memang membantu dari inch-loss sebab masa tu lepas kelas rajin pergi gym dan zumba.

Lepas dah kahwin, tahun 2014 saya teruskan pula untuk betulkan period..risau dengan tahap kesuburan sendiri. Nak pastikan badan ni sihat sebelum ada baby kan? Alhamdulillah lepas 3 bulan dah positif hamil.

Alang-alang dah menggunakan Shaklee, Illa memang teruskan Set Hamil Shaklee sehingga Set Berpantang Shaklee. Fuh, banyak benda nak share masa berpantang tau! Pendek kata, Illa sekarang memang guna barang Shaklee je lah. Dari hujung rambut ke hujung kaki, dari pintu depan ke hujung rumah hehehe.

DARI ENGINEER KE HOME BUSINESS OWNER

Ya, saya pernah menjadi seorang jurutera awam , pegawai penyelidik , dan pegawai projek. Saya memang seorang yang workaholic , sampai kandungan mencecah 8 bulan saya masih giat lagi naik train dari Seremban ke KL untuk kerja. Gitulah penangan Set Hamil Shaklee – gagah bertenaga ^_^

Namun, bila berfikir panjang saya lepaskan kerja yang disayangi untuk fokus kat keluarga dan anak. Rezeki boleh dicari, tapi masa yang berharga takkan kembali lagi. Saya percaya rezeki yang halal tu ada di mana-mana. Insya-Allah.

Saya bulat hati pilih Shaklee sebab “teguran” pertama kali ketika saya join kelas Usrah Online bersama Lyna Noh. Masa tu belum start lagi nak berniaga, just join saja sebab free hehe.. Hati betul-betul terusik, sebab saya fikir kalau berniaga mesti asyik cerita pasal produk, marketing, dan cara tarik perhatian. Terkejut besar saya bila berada di dalam group iReach Shaklee ( keluarga besar Shaklee saya) , bukan semua tu yang menjadi pegangan yang utama.

Dan kini, saya gembira dengan pilihan saya untuk membantu mereka di luar sana yang memerlukan bantuan untuk meningkatkan tahap kesihatan mereka. Saya ingat, yang satu masa dahulu saya juga pernah berada di tempat mereka dan selalu tercari-cari apakah gaya hidup sihat yang sesuai agar hidup lebih gembira tanpa stress berlebihan, persekitaran yang lebih “green”, keluarga hidup sihat dan ceria.

Bukan setakat untuk diri sendiri je, tapi saya juga sangat mengalu-alukan surirumah, dan sesiapa saja untuk mencuba menjalankan bisnes dari rumah ni. Saya nak bantu orang lain memperbaiki taraf kehidupan masing-masing, di samping hidup sihat dan bahagia.

Setakat ni je dulu coretan saya tentang diri sendiri. InsyaAllah akan dikongsikan lebih banyak lagi pengalaman indah bersama Shaklee ^_^

Salam Sayang,

Illa Hasbi

019-7780575

[ ID 1140690]

Facebook Page : Kedai Vitamin Seremban 2

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge